Artikel, Motivasi

Ikatan Kasih Sayang

Kasih sayang adalah ikatan antara ibubapa dan anak-anak, berrilah anak-anak segala kasih sayang yang diperlukannya.
Jagaan anak-anak – Sepanjang masa, ini adalah penting untuk pertumbuhan pemikirannya.
Berikan dia masa – Masa yang anda habiskan bersamanya adalah lebih bererti dari yang dapat anda bayangkan.
Berikan dia peluang – Untuk belajar dan mengalami sesuatu yang baru . Ini akan memperkayakan daya pemikirannya.
Berikan dia galakan – Dalam sebarang kegiatan janganlah disekat percubaannya untuk ‘menjelajah’, berusaha, mencipta, berimiginasi dan membina.
Didik dia supaya bertanggungjawap – Dengan memberi kerja-kerja rumah yang mudah. Amalan ini adalah latihan yang baik dan menjadikannya merasa dirinya berguna.
Berikan dia kebebasan – Untuk menjalani liku-liku hidupnya sendiri. Dia seorang yang istimewa. Jangan bandingkannya dengan adik-beradiknya.
Berikan dia pujian – Atas segala kejayaannya. Lebih-lebih lagi atas segala daya usahanya meski pun ia gagal.

Bertimbangrasalah – Timbangkan – umur dan perasaannya apabila anda tidak bersetuju tentang sesuatu hal. Anda mungkin tidak gemarkan perangainya tetapi tidak dirinya.

Berikan dia keyakinan – Sentiasa jangan mengasingkan diri daripadanya atau mengugut hendak memutuskan kasih sayang anda atau mengkhianatinya.

Berikan dia seberapa banyak kasih sayang – Jangan harapkan balasan. Anda yang menghendakinya, bukan sebaliknya. Oleh itu dia didik dia supya menhormati orang yang lebih tua darinya dan juga kedua IBU BAPAnya.

LEBIH BANYAK KASIH SAYANG YANG ANDA BERIKAN LEBIH BANYAK AKAN ANDA TERIMA?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

4 thoughts on “Ikatan Kasih Sayang

  1. sesungguhnya kasih sayang itu adalah pengubat jiwa yang paling mujarab..

    slmt hari ibu buat kak jie 🙂

  2. hehehe.. sama ler ..belum kawen gak…tapi tak ramai yang leh wat camtu…

  3. thanks kak jie..info best tu..leh praktik kalo dh dpt anak nnti…*kawen pun belum*..hahahahaha

Comments are closed.