Isu Semasa

Zara pilihan Raja Nazrin


KUALA KANGSAR 7 Mei – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman berkata, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah berkenan menyempurnakan istiadat perisytiharan lantikan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan penganugerahan Darjah Kerabat kepada isteri Raja Nazrin di Istana Iskandariah pada 18 Mei.
Istiadat persandingan diraja akan dilangsungkan pada 19 Mei ini di balairung seri istana itu pada sebelah malam, diikuti dengan majlis santapan diraja, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, pejabat Sultan Perak akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa untuk keperluan media bagi mengelak liputan berbentuk sensasi.
Beliau memohon kerjasama dan persefahaman pihak media bagi melakukan liputan secara fakta berdasarkan kenyataan rasmi dari istana dan bukannya membuat liputan berbentuk sensasi.
Laporan Bernama mengenai perkahwinan Raja Nazrin tidak menamakan wanita yang menjadi pilihannya.
Bagaimanapun, sumber Utusan Malaysia memberitahu, gadis bertuah yang menjadi pilihan putera raja itu ialah anak kepada seorang peguam terkenal yang memiliki firma guaman di Kuala Lumpur.
Menurut sumber itu, wanita yang berjaya mencuri hati Raja Nazrin, 50, dikenali sebagai Zara Davidson.


Difahamkan, Zara, berusia 30-an, berasal daripada keluarga bangsawan Kedah dan salah seorang datuknya merupakan tokoh politik terkenal di negeri itu pada zaman awal kemerdekaan.

Raja Nazrin dan Zara mula berkenalan beberapa tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan rapat mereka. Raja Nazrin adalah putera sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.
Baginda diputerakan pada 27 November 1956 di Pulau Pinang dan pernah ditabalkan sebagai Pemangku Sultan Perak ketika ayahandanya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Kesembilan dari 1989 hingga 1994.
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Sumber :
Utusan Malaysia
Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan

EDIT 14/03/2008 >> Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

3 thoughts on “Zara pilihan Raja Nazrin

  1. Jie, walaupun bagidan berdua sudah pun dikurniakan dengan seorang puteri, hamba tetap nak ucap tahniah. Sama cantik, sama padan dan sama brilliantly smart. Moga diberkati ALLAH hendaknya baginda bertiga. Amin.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

Comments are closed.