Hari ini hari apa? Jumaat – betul…betul…betul…
10 haribulan Sepuluh – betul…betul…betul…
Menurut kalender Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini adalah Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Mental yang sihat tu macam mana?
Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan. – (Adaptasi dari Kanada)
Kajian pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11% rakyat dewasa mengalami gangguan mental. Kawan² saya semua yang baki 89% tu ye…, cuma ada seorang saja yang Menteil
Saya tak nak cerita hal mental yang negatif jadi mari kita cuba mengekalkan tahap “kementalan” akal dan fikiran kita yang sihat/ baik. Antara caranya :
Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
Mengamalkan cara hidup sihat
Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
Berfikir dengan positif
Buat keputusan secara bijak
Cari kawan
Dengar suara hati sendiri
Belajar menangani kritikan dengan baik
Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri
Belajarlah berkata “TIDAK”
Rancang masa anda dengan baik
Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
Bina keluarga bahagia
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
Be realistic – kenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri, fokus akan matlamat yang boleh dicapai dan belajarlah menerima apa yang tidak boleh diubah ( Qada & Qadar ).
Buat keputusan secara bijak – Fahami fakta² yang berkaitan , pertimbangkan kesan baik dan buruk .
Cari kawan – Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama dan hormati pandangan mereka dan bersabar.
Dengar suara hati – Suara hati/perasaan memberitahu apa yang sedang berlaku, apa yang kita perlukan, juga apa yang penting untuk diri sendiri. Kita boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun kita tetap ada perasaan . Tidak salah meluahkan perasaan, sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan.
Belajar menangani kritikan dengan baik – Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Kita tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri kita, kita boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana hanya kita sendiri yang lebih mengetahui tentang diri sendiri.
Belajar menjadi diri sendiri / menyukai diri sendiri – Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri sendiri, cakap hal² yang baik² tentang diri sendiri dan tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai kita.
wei…weii…jangan stress² lah baca entri ini…mari hilangkan kementalan , kita gelak kejap.
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar,di atas katil sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.
Isteri bersuara, “Dulu-dulu tu…. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.”
Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula.
Beberapa ketika, isteri bersuara lagi, “Kemudian tu….abang selalu cium saya.”
Suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi isteri.nya Kemudian sambung tidur semula.
Selepas beberapa saat, isterinya bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu gigit-gigit leher saya…….”
Dengan perasaan marah dan geram, suami melontar selimutnya dan bangun dari katil.
Isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?”
Dengan marah suaminya menjawab,
“Nak gi amik gigi …!”
Gila meroyan ke apa, pagi² Jumaat buat lawak 18sx. Patut bagi tazkirah…
Nenek sudah tua gigi tinggal dua
3B
Pontianak sengal
Scheduled Post – saya nak pergi buat pasport , tiket 747 dah confirm tapi saya tua bangka pun belum ada pasport, maklumlah ini pertama kali nak pergi obese, yang ni bukan lawak, jangan gelak…hehehee
EDIT – 8:20 am – Saya tak jadi buat pasport hari ni, Intak tak nak ponteng sekolah, jahat betul mama tersebut – yang ajak anaknya ponteng sekolah.
Dia tak nak ponteng bukan sebab rajin sangat macam mama dia tetapi hari ini ada sambutan Hari Kanak-kanak. Setiap tahun sekolah Intan sambut Hari Kanak-kanak setiap bulan Oktober. Yang seronoknya ada persembahan pentas, ada badut Mc Donald , dapat burger, dapat ais krim, dapat epal….dapat belon.
Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959. Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.
@Kujie,
Hari tu mai naik gherek kot :D…eitt awat keluaq kat bawah tu pulak..konpius sungguh. Ni yg orang Jakarta kata gaptek(gagap teknologi)
@Kujie,
HAri mai naik gherek kot 😀 😀
@menteil, sipi2 je..nick tu
uik..mcm tau je kak jie dpt adiah ari ni
dan dan nk bg tau esk harijadi dia… 😆
@muadzlife, tak kot..kak jie pergi dekat je
24/10
samalah kita kak jie…baru ni nak buat passport..itupun lepas confirm tiket bulan 2…Kak Jie bulan 12 ni kan….hehehehe..selamat bersoping..kalau ada barang tertinggal..jgn risau..nanti bulan 2 sy leh ambikkan…
Umimias last blog post..Apa citer dengan plan aku
@Umimia, kak pergi 24 hb ni…2 minggu lagi..hahahaha
pasport belum buat, minggu depan intan ada exams, tatau bila free nak pergi buat…
kak jie… sengal mode? hehehe 😈
@suealeen, owh…tu pun salah satu sakit mental juga
Alahai kak.. Theme lain pulak ke..?? Huhuhuhuhu.. Boleh terima award theme paling banyak di tukar la akak neh..
nikillass last blog post..Selepas 9 bulan..
@nikillas, kalau nak bagi award kena selitkan kertas berqualiti tinggi cop kepala agung ye… paling kurang yang warna merah 😆
tiba2 hari ini jadi mata duitan ..
alhamdulillah, lps raya ni mental yati masih sihat. 🙂 Gi honeymoon tu jgn lama2 sgt, yati rindu nnti wkaakakka…….
yatis last blog post..mengidam 😛
@yati, hahahahaha….. jgn hantar paparazi udah ye..
Syukur saya dengan Mahmood,
Mental kami okay.
Kadang-kadang dia pinjam saya punya.
Saya izinkan…
Zubli Zainordins last blog post..Lawak TP UMNO – Meneruskan Tradisi Presiden
@Zubli Zainordin, ingat ke mental pakai buang.. 😆
Tengah check mental saya hari ni.. sihat ke tidak yek.. selamat hari raya kak jie.. hari ni baru rasa macam boleh bernafas sikit..
nuaemans last blog post..Keputusan Ramadhan Contest!!
@nuaeman, patut lama tak nampak, lemau macam biskut raya
Haaa cantik layout ni. Masa Kak Jie pakai hari tuh lambat nak dapat “terjah” masuk ke sini. Hari ni senang sgt, baguih baguih..
Selamat hari kanak2 sedunia utk Intan
Selamat buat paspot utk mak intan dan intan
@iza, susah nak kata,
ada org cakap slow..ada org cakap laju
bergantung kot dia memandu apa
merc ke kancil…
bila fahami ntry nie baru pasan.. mental saya benonyer tak bape nak sihat. 😛 😛
takpe..sekali sekala merasa tak sihat itu perlu… 😛
tang ponteng skool tu mmg takleh. sbb mkn tgk minum pree jrg skool nak beri. 😀
Zanas last blog post..Giant Poster!
@Zana, kena demam kura² juga ke? 😆
hari lain liat je ..hari ni kejutkan pagi tadi…cepat dia bersiap 😆
Hehe… kalau su pun, su tak nak ponteng sekolah. Hari camtu hanya sekali setahun je…
suaras last blog post..Realiti… Ramadhan Terakhir
@suara, dia dah terbiasa tiap tahun mmg meriah..dpt makanan best2
hah kakjie… laju jer load theme ni… yang dulu tu penat tunggu…
ams last blog post..Fast Update 15
@am, sebenarnya tak tentu juga am
hari ni slow, elok laju…ikut angin kus kus
Bila flight nya?
Seronok aahh intan hari ni. Celebrate hari kanak2 dgn badut. Kalau ada belon extra pass kat makcik intan ni ek…
😛
intans last blog post..Cuaca Tak Menentu…
@intan, 24/10 – pasport pun tak buat lagi..hehehehe
@intan, mak intan pun tgh seronok gak ari ni..lalalalala…
adeh!! kak gie kutuk aku la..
hari nie hari mental..
sok pulak hari menteil..
sebab esok bezday en menteil.. huhu..
sila beri hadiah tanpa silu..
menteils last blog post..Ceritera Raya mEntEiL
hehehe..igt ke nak amik gigi kat ner tu..ahaks..
kakjie nak kemana?…ntah2 satu flight kita nnt..
muadzlifes last blog post..8 Syawal
kelakarnye…ada ke nenek gitu? hehehe
walau apa pun, kesihatan mental ini sangat le penting.Mudah-mudahan kita dikurniakan fizikal dan mental yg sejahtera seumur hidup.Amin
cikgu panjis last blog post..Beralih Arah
@cikgu panji, nak tau ada ke tidak,
tunggulah kita jadi nenek nanti..
ke mana kali nih ye?kalau passport..sudah tentu bukan cuti-cuti malaya kan? 🙂
arins last blog post..Sakit lak pinggang ku..
@arin, dekat je arin..
kalau cuti-cuti malaya, next planning ke Kuching.
sepatutnya dah jadi , tapi kesilapan /kelewatan merebut offer Air Asia baru² ini, jadi tukar perancangan..
tahun depan tak boleh suka suki berjalan lagi..Angah PMR, Along SPM
ammvoii, nak gi obese ghupernyerr..
@en_me, g hanimun yang tertangguh…
“keugamaan” – ayat klasik nih.. huhu… mental sihat, bdn pon sihat, minda cergas..
smaelzs last blog post..Kate Perry – Hot N Cold
@smaelz, yang sering dilupakan… 😆
owhh…saya akan belajar berkata ‘tidak’….
bukan ape, tak sampai hati kadang2 tu.. 🙄
azlan shahs last blog post..‘Kami’ merajuk
@azlan shah, kita selalu ingin menjaga hati orang dengan berkata ‘Ya’ sedangkan kita sendiri berat hati/ tidak sepenuh hati melakukan hal tersebut….tetapi kadang² membahagiakan orang lain pun perkara yang baik juga, kan….
wakakakka!!!!
gg palsu! gile sengal..
ala,mama.merasa gak mama pegi obese tau.
yonna nak souvenir!!! hahaha
yonnas last blog post..kesal..
@yonna, hahahah..kadang² suka belek entri lawak yang lama²
suka baca …suka gelak…hahahaha
awk tu dah pernah pergi obese, mama ni baru merasa nak pergi hanimun 😆
😀 Salam Jumaat, Jie. Have a wonderful weekend! Thanks for sharing this great article…Biskut raya banyak lagi ker?
norzs last blog post..Salam Syawal
@norz, Salam Norz…. saya suka merayau di alam maya, kadang² terjumpa sesuatu yang ingin dikongsi bersama 😆
wah…adakah theme baru lg? hehe….lawak tuh sungguh menarik…memang best untuk menceriakan hari jumaat nan indah ini…dah masak breakfast blom ni ?
|1f34|-|1r3s last blog post..How to change “Read More” in WordPress
@|1f34|-|1r3, theme ni dah pernah guna dulu
saja guna semula, tgh keliru mcm mid life cirisis…hahaha
maklumlah wanita 40’an 😆
patut hari jumaat ada tazkirah, ini buat lawak gigi yang seksi pula 😆
tapi tak de kena mengena dengan peristiwa malam tadi pun…