salam kak.. sy ni ade bbrpa masalah yang amat berat untuk saya tanggung.. kadang2 saya rasa saya ni antara yang bertuah diberi ujian oleh Allah.. sy merupakan anak bongsu dari 10 adik beradik namun saya tidak rasa saya ade abang dan kakak kerana selepas kematian kedua orang tua saya, saya langsung tidak dipedulikan padahal saya masih lagi belajar. kematian arwah ayah saya amat memberi kesan yang sangat hebat buat saya sehingga saya menjadi seorang pendendam. bayangkan kak, abang dan kakak saya ada yang berduit tetapi sepanjang 3 tahun saya di universiti mereka langsung tidak pernah kirim wang pada saya tapi alhamdullilah duit ptptn yang saya dapat saya simpan sedikit dengan berjimat cermat. akhirnya, saya menjadi seorang pemarah dan terlalu ego kerana saya seakan rasa saya tidak memerlukan orang lain dalam hidup saya kak.. tolonglah saya untuk memberi pandangan dan nasihat yang dapat saya ikuti.. terima kasih.
e-mel dari Zhoumi
Sedih juga baca e-mel ini tetapi adik Zhoumi seorang yang berfikiran positif kerana walaupun agak kecewa dengan beberapa hal dalam hidup tetapi masih mampu menangani keadaan tersebut dengan baik.
Pertama adik sedar dan rasa bertuah diberi ujian oleh Allah, kita diuji berkadar dengan kemampuan kita sendiri. Tiap orang berbeza dugaan kehidupannya. Sesiapa yang bangkit dari kegagalan dan kekecewaan lalu akan lebih bermotivasi tinggi untuk menuju ke arah kejayaan. Mereka lebih berkeyakinan dan tabah menghadapi sebarang cabaran yang merintang kerana pengalaman lalu telah berjaya mematangkan diri mereka.
Adik Zhoumi sangat bertuah, ingat itu!
Kedua, tanpa bantuan kewangan dari adik beradik, adik berjaya juga sehingga kini. Itu namanya rezeki yang berkat. Kalau diukur rasa sedikit tetapi nilainya lebih mencukupi untuk menampung hidup. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Orang yang tidak puas dengan yang sedikit dia tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi tau….). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ).
Kita sering berfikir apa yang kita hilang tanpa menghargai apa yg sedang kita miliki saat ini kerana lumrah manusia yang lebih nampak hitam yang kecil daripada putih yang meliputi. Cuba lukis satu bulatan dan letakkan titik ditengah-tengahnya…. kita kan mula mentafsir makna titik tersebut dari memandang luasnya bulatan putih keseluruhan. ( Dah try buat ujian ni, memang automatik otak tu fokus pada titik dulu )
Bukan semua orang sentiasa bernasib baik dalam kehidupan kerana putaran hidup ini bagaikan roda. Ada masanya kita akan berada di “bawah” dan inilah cabaran yang harus ditempuhi.
Adik jangan terkeliru, kita manusia tidak pernah sempurna dan keran aitu kita akan saling memerlukan satu sama lain . Telah menjadi fitrah semulajadi setiap manusia, tidak kira apa kaum dan bangsa, bahawa kita perlu hidup bersama saling kait mengait untuk memenuhi berbagai-bagai keperluan.
Kita tidak mampu memenuhi kesemua kehendak dan keperluan sendiri sendiri. Ada keperluan kita yang dipenuhi oleh orang lain dan ada pula keperluan orang lain yang kita penuhkan. Dalam cuma memenuhi keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain, ada kalanya berlaku kelainan pandangan, ada kalanya dalam lirik suara yang berlainan nada, ada kalanya menghadapi tempo yang berlainan dan ada masanya terdapat perbezaan tafsiran, namun kelainan pandangan dan perbezaan tafsiran itu, memungkinkan penghasilan pemikiran yang lebih matang lagi teruji.
Disinilah berlaku pertembungan ego. Semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. Sebaik-baik mungkin cubalah mengawal supaya tidak memusnahkan diri sendiri kerana orang pendendam mudah terkena sakit jantung.
Bertenanglah adik Zhoumi, bersyukur kerana adik masih kuat untuk menerima ujian ini – ujian emosi dan bukanlah ditimpa berbagai jenis penyakit kritikal seperti sesetengah orang lain. Pandanglah nilai-nilai positif yang ada dalam diri adik dari mengenang hal-hal negatif yang boleh melemahkan akal fikiran.
p/s – macam bagus je nak nasihat orang…kehkeh membebel macam mak nenek…. Kejap lagi kawan-kawan Kak Jie datang membebel sama ye….
setuju dengan semua ‘kawan-kawan Kak Jie datang membebel sama’..hehe.. 😆
bersyukurlah dgn apa yg kita ada..
jadilah seorang yg pemaaf.
orang yg kuat adalah org yg boleh menahan marahnya.
bai tak pandai nak bagi nasihat. bak kata mama, kena cari mood.hehe..
all the best utk kamu, Zhoumi 😉
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak =-.
Zhoumi,
Barangkali apa yang kita benci itulah yang membawa kebaikan buat kita.
Jadi jangan disimpan perasaan marah tu.
Betul kata Kak Jie,
Sesiapa yang bangkit dari kegagalan dan kekecewaan lalu akan lebih bermotivasi tinggi untuk menuju ke arah kejayaan.
Mungkin kakak dan abang Zhoumi tu mahu Zhoumi menjadi seorang yang berdikari dan lebih kuat semangatnya.
Semoga Zhoumi mampu menjadi seorang yang pemaaf untuk kebaikan diri sendiri…
Ehm..macam baca ruangan Cik Sri Siantan pulak..hihihi..
.-= Kak Long´s last blog ..Cara Menyertai Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
hahaha,ni sesi leteran bersama kakjie ke? heheheh
p/s : masalah pasal celcom tu masih dicari,adoyy. pe la masalah dgn celcom ni 😕
@blowie, email Kak Jie kat customer care pun belum di balas.
Nice entri… Kalau Zhoumi dapat tenangkan fikiran… perhati betul betul… masih banyak yang ble disyukuri sebenarnya… hermmm kalau aku kena ujian camni… ntah macam mana la gamaknya..
.-= Adry´s last blog ..TUNE TALK , the new prepaid mobile service =-.
@Adry, macam Kak Jie cakaplah…nak nasihat orang mudah…pok pek pok pek…kalau terkena kat batang hidung sendiri, baru kita tahu…ada banyak faktor2 sampingan lain yang mempengaruhi perasaan kita waktu tu
sedihnya….tp yang pelik sejak bila kak kujie menjadi kaunseling ni?
.-= Najib Hassan´s last blog ..Lirik Lagu Kami Anak Malaysia =-.
@Najib Hassan, kat Post Lain Yang Berkaitan, ada entri Hari Bertemu Pelanggan tu…klik… 😆
@Kujie, ops sorry kak kujie..tak baca kesemua enteri ! 😛
.-= Najib Hassan´s last blog ..Lirik Lagu Kami Anak Malaysia =-.
Salam Kak Jie…
Wah dah lama tak mai kat sini …
Skarang kak jie dah jadi cam pakar motivasi
cayalah.
Salam Ramadan semoga Ramadan ini penuh dengan keberkatan
bagi akak sekeluarga
@hashim habeed, Salam Ramadan…mmg lama tak berselisih
rasanya sejak balik ke kampung di India tu
moga diberkati Allah selalu
bagi kak jie satu ruangan dalam mingguan malaysia…saya sokong!
@Lan Bingka, tak boleh..nak tulis mcm ni kena cari mood dulu….bukan selalu idea dtg
to zhoumi,saya dapat rasakan apa yg awk rasa,sya sndiri pun anak bongsu daripda 10 adik bradik dan kedua orng tua sya sudah tiada,cuma berbeza dengan awk adik bradik sya masih lagi mengambil berat tntang saya.
Sya harap awk bersabar dan berfikiran positif.percayalah Allah sentiasa bersama-sama dengan orang cam kita ni.Setiap ujian dari Allah msti ada hikmahnya wlaupun sukar kita mngerti apa yg tersirat di sebaliknya..
.-= mohdhanif´s last blog ..P1 Wimax,apa masalah kau ni? =-.
@mohdhanif, terimakasih kerana berkongsi cerita, moga Zhoumi lebih tenang dan bersabar
kak jie..cayalah..kak jie mmg best… 😉
to Zhoumi,
memberi kemaafan adalah sesuatu yang paling bermakna dalam hidup..kalau kita ingin rasa bahagia..berilah kemaafan dengan seikhlasnya..dendam dan ego hanya akan memakan diri kita akhirnya,kerana apa yang dipendam hanya menyebabkan hati kita akan lebih terluka..
mugkin..anda boleh memulakan jalan menjernihkan hubungan kekeluargaan..buat perkara baik..tentu Allah akan membalas dengan kebaikan..insyaAllah..
.-= izzah´s last blog ..TAK SUKA!!! =-.
@izzah, nasihat ni untuk diri kak jie juga, terimakasih
ayat last kak Jie best.. “Kejap lagi kawan-kawan Kak Jie datang membebel sama ye….”
Pesan kepada Zhoumi, kalau kita rasa nasib kita teruk, sebenarnya ada lagi makhluk atasa muka bumi ni lagi teruk. Syukur dengan apa yang dah kita kecap. ramai lagi diluar sana terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada U tanpa sempat menjejak kaki atau separuh jalan. Yang baik itu semua daripada Allah. Bertawakal dan istiqamah. Kalau kita tak diuji sekarang, mungkin kita lupa diri satu hari nanti.
All the nbest buat Zhoumi
.-= samdaddycool´s last blog ..Clickbank : Pecah telur beb! =-.
@samdaddycool, he he he… entri ni bukan saja untuk zhoumi tetapi utk kawan2 kak jie juga…. 😆
harap-harap zhoumi gembira atas perhatian dari semua kawan-kawan kak jie..kita mungkin tak kenal tetapi sebaris ayat yang disampaikan tentunya sikit sebanyak dapat memberi sokongan
salam..akak ni sesuai sangat jadi pakar motivasi..sesuai kalau masuk TV ni
@imanshah, kak jie kat ceruk dapur saja..as domestic engineer 😆
Alhamdulillah.. adik zhoumi pandai mencari jalan keluar.. takpelah, hari ni hari diorang.. esok2 mungkin hari adik zhoumi pulak.. Allah tu maha adil.. sabar lah..
.-= Neeza´s last blog ..Blog berhibernasi =-.
@Neeza, apa yang berlaku ada sebabnya…insyaalah kita akan temui hikmah yang tersembungi bila tiba masanya
duit ibarat mencabut bulu ketiak, esok lusa tumbuh lagi, tak begitu kak jie sayang
.-= haritz´s last blog ..Minyak Angin Masuk Mata – Aduh!! =-.
@haritz, ni jurujual deodorant ke cakap le macam janggut ke…. 😀
adik zhoumi,
jgn ikut perasaan marah, tapi cuba ikut akhlak Nabi s.a.w.
dendam tidak bawa byk faedah melainkan keparahan – ikut pengalaman sdiri.
memaafkan org lain adalah antara perkara terpuji, akhlak mulia gitue
.-= AyKay´s last blog ..SOS Aminah Hassan – perginya seorang tokoh =-.
@AyKay, lebih memberi jangan mengharap ye…konsepnya
zhoumi, lebih baik abang dan kakak tak bagi duit daripada diaorang bagi dan di ungkit-ungkit sampai mati…bayangkan…pedihnya hati tu….bayangkan dia cakap kat anak zhoumi “dulu bapak/ibu kamu ni lulus U pun sebab pakcik/makcik yang bagi duit” …..jadi lebih baik bergantung harap kepadanya H daripada kepada makhluk …ALLAH MAHA pengasih dan tidak pernah minta balasan usahkan nak di ungkit-ungkit ….yakinlah setiap kejadian dari ALLAH pasti ada HIKMANYA bagi yg sabar dan taqwa…
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, Terimakasih.. moga tenang hari Zhoumi nanti
lihatlah sekeliling cik zoumi, lihatlah dengan hati. dalam masa sama tenangkan fikiran dan buka mata hati luas-luas.
buat masa ini kamu adalah pelajar, ada baiknya kamu terus capai apa yang kamu impikan. lupakan seketika masalah yang menimpa.
kamu masih beruntung kerana masih diberi peluang untuk sambung pelajaran dan memiliki biasiswa. mungkin ada yang lebih malang dari itu.
jangan sentiasa dalam keadaan marah, kerana ia bisa menutup mata hati yang bakal memburukkan lagi keadaan.
yang penting belajar bersyukur dan sentiasa minta petunjuk kepada yang Maha Mencipta.
ps – syok betul baca entri akak yang ini 😉
@megat, dengar tu nasihat dari Pakcik Megat… 😆
@Kujie, alamak! pakcik!? :p
Hi friend! I have visited your blog. Very Informative. Thanks for sharing and I have added you as a friend (~_^)!
.-= saya nimbuzz´s last blog ..Lighting =-.
@saya nimbuzz, thanks for checking out my blog
Baloot’s Blog ok je ni kakjie.. try reload atau refresh beberapa kali.. hee.. kadang2 chrome ni terlampau laju tak sempat nak panggil page.. huhu.. 😆
.-= baloot´s last blog ..Quote Of The Month – September 2009 =-.
@baloot, dah boleh dah..mgkn betullah chrome laju sgt 😆
Dik Zoumi, tolonglah jangan jadi Zombi yea, atau segolongan dengan mereka.. huhuhu
nasihat murah dari en maza.. huhuhu
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Di Kampung Cacing #2 =-.
@maza, terimakasih pakcik maza… 😆
@Maza
pokcik..terima kasih sebab buat saya ketawa guling2…hahaha..lawak..lawak..
.-= izzah´s last blog ..TAK SUKA!!! =-.
Saya rasa kadang-kala kita tidak harus menuding jari terhadap pihak lain. Walaupun mereka adalah ahli keluarganya, ini tidak bermaksud mereka harus tolong Adik Zhoumi.
Saya rasa..dik zhoumi tidak patut berdendam dengan mereka. Arwah ibu and ayah kamu tentu sedih. Forgive and forget Adik Zhoumi! 🙂
.-= tekkaus´s last blog ..The Best Anti-Smoking Video Yet! =-.
@tekkaus, tapi sebagai adik beradik, kita ada tanggungjawap kepada adik beradik kita yang lain… 😆
masalahnya kita sedar atau tidak je.
memang kakjie bagus.. baloot suka baca nasihat2 yang diberikan oleh kakjie.. kdg2 kita tak ikut nasihat orang paling dekat dengan kita.. tapi ikut nasihat orang yang tak kenal kita pun.. cthnya penceramah motivasi..
ramai student tak ikut nasihat yg diberikan ibubapa, tapi bila kena ceramah motivasi, diorang ikut pulak.. betul tak kakjie? bukan semua la kan, tapi ada segelintir camni..
.-= baloot´s last blog ..Quote Of The Month – September 2009 =-.
@baloot, sebab tu kita mudah share hal peribadi di blog. macam kak jie susahlah sebab tak sembunyikan identiti, ramai yang kenal, ramai yang pernah jumpa, jadi hal peribadi jarang dikongsi di sini, kalau ada pun yang lite-lite saja 😆
P/S – tak boleh komen kat Baloot’s Blog, kenapa ye.. Kak Jie guna Chrome, dia keluar msg
Oops! This link appears to be broken.
huhu pinjam kapet aladdin kat DisneyLand Kak Jie
iza nampak kak jie, kebetulan tengah merenung monitor ni tadi.. tu yg laju ja menyibuk kat sini 😆
.-= iza~de~bintang´s last blog ..H.K…Catatan Akhir (^_^) =-.
@iza~de~bintang, kena pandai baca arah angin le pula kalau guna kapet tu…takut nnt landing kat mana-mana 😆
oh iza suka entry ini… 😀
semoga adik zhoumi tabah hadapi cabaran hidup…
kadang2 wujud rasa tak memerlukan orang lain, hakikatnya kita sangat memerlukan orang2 lain itu.. sangat! 😉
.-= iza~de~bintang´s last blog ..H.K…Catatan Akhir (^_^) =-.
@iza~de~bintang, cepatnya dia terbang dari Hong Kong…org dok edit itu ini dia dah komen…