Hari Guru disambut pada 16hb Mei setiap tahun. Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah ‘ Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ‘
Untuk sambutan Hari Guru tahun ini saya ingin mengajak kawan-kawan blogger saya yang comel dan handsome untuk melakukan sesuatu yang dianggap mudah sempena Hari Guru.
Beli atau buat sendiri kad ucapan hari guru dan hantarlah kepada pihak sekolah anak-anak kita.
Saya dah beli 3 – 1 untuk sekolah rendah Intan tahun lepas ( sjkc), 1 untuk MRSM Angah tahun lepas dan 1 untuk sekolah Intan sekarang yang juga bekas sekolah Along & Angah.
Menghormati guru bukan saja adab seorang murid ( anak² kita ) tetapi sebagai ibubapa, kita juga dituntut untuk menghormati guru kepada anak² kita. Sekeping kad yang kita hantar sebagai ibubapa kepada sekolah ( bagi pihak guru) tentu saja menghasilkan impak/ aura positif kepada persekitaran sekolah tersebut. Perkara-perkara kecil ini juga sebenarnya amalan baik yang kita pamerkan kepada anak-anak supaya menjadi contoh dalam kehidupan masa depan mereka nanti.
Saya tahu ramai yang akan mengeluarkan seribu satu cerita negatif atau rasa tidak puashati pada sesetengah perkara kepada guru ( saya pun, kadang²). Ini adalah rasa normal bagi manusia yang serba tidak sempurna, tetapi untuk sehari dalam setahun , apa salahnya kita sebagai ibubapa berbuat sesuatu yang kecil untuk menghargai guru kepada anak-anak kita.
dah…. dah… pi beli kad!
Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuk akal, hati , rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku . Ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan – Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawi.
©kujie – we never know until we lose it…..
“Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru
Jom terjah post menarik dari http://google.com ..http://google.com
Saya belum pernh melakukan ini dan kedengarannya sangat bagus, setidaknya mengajari anak kita untuk selalu ingat dan menghargai akan jasa para guru mereka..
Jom terjah post menarik dari Rina As ..Beberapa Situs Penyedia layanan Statistik dan Analisa Trafik Blog
Saya rindu nak pergi sekolah rendah saya dulu. Petang semalam, kebetulan lalu sana, dan singgah sebentar melihat perkembangan sekolah… Jumpa pak cik Jaga yang masih sama masa saya sekolah dulu.
Ramai guru yang dah berpindah, hanya sempat mengirimkan salam sayang dan rindu kepada mereka melalui Pak cik Jaga tersebut… 🙂
Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..TERDAMPAR MATI
Nak ajak anak2 buat sendiri lah , kakak tu suka benda2 gini ,
thanks ingatkan saya kak..
Jom terjah post menarik dari puanbee ..UNICEF : Kematian Ibu Semasa Melahirkan Boleh Dielakkan
Johny masih ingat lagi cikgu cikgu dan cikgi cikgi thanks
saya tak pernah terfikir tentang perkara sebegini sebelum ni..cuma ingat hari guru cuma disambut oleh anak murid dan guru..
memang bernas dan sepatutnya para ibubapa yang anaknya bersekolah buat camni jugak sebagai penghargaan kepada guru yang mendidik anak anak kita semua..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Poslaju
oh oh ide yang sangat bagus
salam kak,
Bila ingat balik zaman menakal masa sekolah dulu terasa banyaknya nak kena mintak maaf dgn cikgu.. Dan terima kasih sbb tak jemu dalam mendidik anak bangsa
bagusnya kak jie..
jangan lupa kad kt saya satu..nt saya emel alamat..hehe
saya masih kenangkan jasa guru² yg mengajar saya dulu, walaupun pernah diketuk kepala sampai nampak bintang 😉
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Darwisy Berlatih Bermain Squash
guru2 patut dihargai atas jasa mereka..terima kasih cikgu…anak2 blm sound lagi nak belikan hadiah apa utk cikgu2 mereka…
Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..SEPETANG DI RESTORAN HASSAN MOHD ONG, KOTA TINGGI
anak2 saya blom sekolah lagi..tapi mungkin nak belikan kad ini untuk isteri tersayang @ guru juga….
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Give Away | Buku Pelaburan WTF? 23 Properties by 30
Anak-anak saya belum lagi beritahu selain akan ada peperiksaan lebih awal atas gesaan PIBG.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve
Anak saya ada bagi tau hari tu..dia plan nak beli kad dan kek untuk cikgu dia..
itu memang biasa, anak2 bagi hadiah dan kad kepada guru masing2
yang kak jie cerita adalah -kita sebagai ibubapa yang hantar kad
terimakasih cikgu kerana telah mendidik anak saya….gitulah lebih kurang
bahagian ibubapa yg ucapkan pada cikgu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bukan Merungut Cuma Berkongsi Jalan Hidup
hehehe untung cikgu kalau semua ibu berfikiran seperti kak jie
kadang2 terjumpa ibubapa yang ada mcm2 rungutan dan terasa hati dgn guru anak2 dia
sebenarnya keadaan tu tak berapa baik….utk proses keberkatan anak2 kita menuntut ilmu
kalau pun level atau taraf ibubapa lebih tinggi dari guru kepada anak kita, kita tetap juga perlu menghormati beliau…. ini dah tertulis dalam kitab ulamak terdahulu….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bukan Tema Hari Guru Atau Kad Ucapan Hari Guru …Cuma Ajakan
assalamualaikum kak jie…
happy belated mother’s day…
hehehe…
lama tak tinggalkan jejak kat sini…
<3
waalaikumsalam…. terimakasih
kak jie tau, kawan2 lama mmg gitu…kehadiran dia tak dinyatakan
tetapi ada…sama le juga dgn kak jie
masih mengikuti life kawan2 ttp agak payah nak tinggalkan jejak/komen
putaran biasa dlm kehidupan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menyingkap Istana Negara Disebalik Pameran Raja Kita