Bukan Susah Untuk Faham
Motivasi

Bukan Susah Untuk Faham

Ng Zu Wei kawan Intan.  Dia pernah datang buat homework sama² dengan Intan.  Ada sekali tu, sebelum kami keluar untuk hantar dia balik, dia tanya Intan ” kenapa awak pakai tudung?”

Intan yang cerita sebab saya tak dengar pun.  Saya tanya Intan, apa yang dia jawap.

“Agama yang tetapkan…”  jawapan dari budak 12 tahun untuk rakan beragama lain. Perbincangan terhenti disitu.

Bila babtikan agama, mandatori.  Itu ketetapan yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31.

Tetapi , jika membabitkan perbincangan lebih mendalam bagi kita yang dewasa, akan timbul berbagai soal jawap untuk mencari satu keputusan yang tepat. Bukan saja orang² Islam minoriti di negara-negara Eropah, bahkan orang Islam sendiri yang menganggap pemakaian tudung terutamanya adalah satu bentuk penindasan kepada kaum wanita.

 

Dalam buku yang saya beli waktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumput 2011, , Bukan Susah Nak Faham karya Ustaz Zahiruddin Zabidi salah seorang penulis tamu kujie2.com dari kalamkhalifah.com terdapat kisah bagaimana seorang  gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam.  Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?


Dia mencari jawapan kenapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.

Dalam pencarian mengenai isu ini, dia bertemu dengan seorang ustaz. Selepas menyatakan permasalahan dirinya, Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum seakan faham pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis  itu terpana.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur.

Ini adalah kisah di dalam buku Bukan Susah Nak Faham terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd yang mudah untuk difahami kerana kisah yang dipaparkan adalah kehidupan yang dekat dengan diri kita. Analogi-analogi yang biasa digunakan adalah hubungkait kehidupan kita dalam memahami dan mengamalkan agama.

Anak-anak sekarang tidak segan silu untuk bertanya dan sebagai ibubapa kita juga perlu berusaha untuk memberikan jawapan yang tepat bergantung pada tahap umur.

Saya ceritakan kisah ini kepada Intan supaya dia  boleh gunakan untuk menerangkan kepada kawan²yang bertanya di sekolah.

” Mei Hue dan Ah Fei pernah pakai tudung Intan….”  bisik Intan pada suatu hari.  Untuk apa pun tujuan anak² itu, sekurang²nya dia ada keinginan untuk tahu.

Post ini disediakan oleh Zahiruddin Zabidi dari kalamkhalifah.com , Seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku Melayu tersohor di Malaysia. Beliau juga adalah penulis novel sejarah Islam bertajuk Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi (2010) dan Aminah: Cinta Puteri Quraisy (2010) juga sebuah karya motivasi keagamaan berjudul Bukan Susah Nak Faham (2011).

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Bukan Susah Untuk Faham

  1. masalahnya, ramai sangat orang buta sekarang. Itu yang malas nak faham-faham..

  2. Baik cara penyampaian ‘Bukan Susah Nak Faham’ tu. Bab aurat ni memang dah termaktub dalam Al Quran. Dari tak pakai, eloklah pakai. Namun tak terhenti di situ. Bila dah pakai, kena usaha istiqamah. Lepas tu nak kena upgrade lagi… dari pendek ke labuh. Dalam agama selalu digalakkan memperbaiki. Bab itu juga saya selalu tersangkut-sangkut…Hiks!

  3. Terima kasih kepada Kak Kujie kerana sudi berkongsi bahan dalam buku Bukan Susah Nak Faham, semoga ianya bermanfaat kepada para pengunjung sekali gus peminat kujie2.com

    Terima kasih, wassalam.

  4. Satu lagi contoh yang boleh diberikan tentang aurat wanita ialah seperti makanan. Kalau kita nak makan,mesti kita akan memilih makanan yang tertutup kerana yang tertutup itu lebih bersih dan suci.

    Berbeza dengan makanan yang terdedah,sudah pasti ianya tercemar dan tidak suci lagi.

  5. Salam.
    Mungkin secara kebetulan. Dialog Ustaz tu sama seperti apa yang saya terangkan pada seorang gadis 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah sekarang dia dah masuk Islam. 🙂

  6. ayat yang hampir sama seperti yang diberi kepada saya oleh suami .. 🙂
    agaknya dia baca buku tu… 💡

  7. sebenarnya segan nak tulis komen psl tudung2 ni sebab kite pun baru n tengah bertahan pakai tudung.masih belajar to perbaiki diri. tapi,nak komen gak ar!!hahahahaah

    dulu,masa free hair kawan2 selalu pandang serong.mcm jauhkan diri.ntah diorang takut kot nak kawan or pesal ntah.tp,ade 1 member ni dia mmg baik.alim orangnya. kite ask die “kenapa diorang (my frenn yg lain) mcm xsuka dekat2 ngan kite ek?” then this gurl jawab ngan panjang lebar psl isu tudung n kewajipannya. sampai terkedu cz suka dengar huraian die

    then me puji dia “pandai awak jawab soklan kite” die jawap simple je “bila org bertanya pasal agama,samada dia islam/bukan islam..kita KENA jawab dan jangan sesekali balas dengan TAK TAHU SEBAB APA” -..-

  8. suka sangat dengan cara ustaz tu menyeru ke arah kebaikan..beliau tidak menghukum saja kalau kita tak ikut hukum..guna ayat yang sangat indah untuk faham dan tak lukakan hati sesiapa yang baca/dengar..

Comments are closed.