“Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.
Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.
Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.
Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.
Lalu dia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”
“Lobak, telur dan kopi”, jawab si anak.
Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.
Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.
Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi.
Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, ayah?”
Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.
Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
“Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?
Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?” tanya ayahnya.
Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.
Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.
Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.
Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
telur masak kicap kak jie..
sedap!! 🙂
callisters last blog post..Skeleton in my closet
@callister, dgn nasi panas2….
kakjie… 1 hari am minum 4-8 cawan nescafe.. aku penagih kopi.. apa saja berasaskan kopi adalah suatu yang nikmat.. rasanya am kopi kot..
ams last blog post..Fast Update 16
@am, banyak tu… kak jie suka bau neskefe…beli utk bau saja
tapi tak boleh minum…mesti muntah
.. kopi nampaknya adalah pilihan yang terbaik anatra ketiga-tiganya..
1. Dapat bagi nikmat pada orang lain lepas kena panas.
2. Dapat menghilangkan rasa mengantuk menghadap laptop / memandu kereta.
3. “gian!”
samdaddycools last blog post..Artwork – batik painting.. 2nd attempt
@samdaddycool, walaupun warnanya hitam…..dpt hidu aroma pun dah sedap
Salam kak jie…
Ermm… manusia berubah mengikut keadaan.
Dugaan setiap org mungkin sama, mungkin juga berbeza…
Kesannya juga mungkin sama dan mungkin juga berbeza…
suaras last blog post..Merawat Retakan Hati.
@suara, bergantung pada kekuatan diri sendiri utk menilai tahap mana dugaan itu
Salam Jie…
Kalau ikut kulit OD, kopi lerrr… kadang-kadang, jadi lobak tapi ada masanya jadi telur. Piliih tiga-tiga boleh Jie?
ODs last blog post..The X Files
@OD, Boleh…nak berapa kilo?
hehe..erk telur berapa biji
😀 jie..jun boleh jd sume..tgk keadaan n tempat la..hahaha…tp kan, rasanya, bila dah ujung2 remaja (ceewahhhh!) ni…dlm ertikata lain, tua yg x brape tua..keh3..dh cool sket kot..wahahaha…
psst! tp kopi tu dulu minum dlm pantang j jie..la ni, air suam..hmmmm, x ubah rasa ape2 pon kan..yg pasti skarang ni, byk yg sedap dimakan tu mendatangkan penyakit plak..hikks!
juns last blog post..Talam marble
@jun, mana de tua…Jun cute mcm remaja awal 20’an gitu..hehehe mgkn sbb makan lobak merah….
Intan mungkin pilih karektor tertentu mengikut keadaan. Bila perlu lembut kita cuba jadi lobak merah. Bila perlu tegas kita jadi telur. Dan cuba pengaruhi persekitaran sbg serbuk kopi. Bukan bermakna tiada pendirian ttp kena pandai sesuaikan diri.
Sampai skrg masih mencuba & belajar setiap hari… Thanks Kak Jie for the great article. Buatku berfikir sejenak.
Mcmana balik kg?? 🙂
intans last blog post..Precious Comments from Beloved Friends
@intan, Betul la tu Intan…bila kita kena ujian ( api ) kita boleh jadi kesemua keadaan tu mengkut permasaalahan …situasi tersebut
kita boleh serap kesannya utk menjadi yang keadaan yg sepatutnya
yang lembut itu tidak semestinya menyerah…
yang keras itu tidak semestinya kaku…
yang sedap untuk diminum tak semestinya semua orang boleh minum…
kerana sebenarnya kita belum teruji
kita belum teruji dengan ujian orang lain…
dan mungkin kita tidak terpilih untuk melaluinya…
yang pasti carilah keseimbangan di antara kesemuanya
& bersederhanalah dalam kehidupan yang sementara ini…
suealeens last blog post..I’ll be leaving you…..
@suealeen, bagus sgt peringatan Sue…. kesemua tu sesuai utk keadaan tertentu…kita akan tempuh kesemua tu
kak jie… saya suka makan kek lobak… dalam kek dah ada teloq… pastu sambil cicah ayaq kopi! perghhhhhh….
tu diaaa…. dia pun dah pakai read more jugak!!! tapi blog kak jie ni betullah macam padang pasiaq!
suealeens last blog post..I’ll be leaving you…..
@suealeen, tak reti buat kek lobak….carrot susu tau le buat 😆
loading slow tu..yg pakai read more
wordpress read more senang …klik more je
tapi entah hari tu tak jadi pula
sampai la ni kak jie tak faham..apa maksud pasang pasiaQ
kampung pasiaQ kat sungai petani kak jie tau laaaaa 😆
sebaik2nya mengubah keadaan sekeliling menjadi lebih baik..itu sahaja dakwah yang paling kecil mampu seseorg individu mulakan….
jap nak p tnya org sat…saya ni lobak ke telur ke kopi….x tahu nak judge diri sendirik..hahaaa 🙂
muadzlifes last blog post..Bakal2 Haji
@muadzlife, lobak tu…kena bagi anak2 makan selalu
biar cerah mata derang…hehehe
telut pun elok gak..tapi jgn kerap sgt
kopi?
hujan2 sedap …. dgn biskut raya
kdg2 rase cam lobak… tp.. jd cam kopi ngan teloq pun ada… taktau la mane se… huhuhu.. ape pun.. tengkiu… nice info…
psst.. ada ole2 utk kakJie…
http://jariketot.blogspot.com/2008/11/jjcm-part-1.html
@LiYaNNuaRs last blog post..JJCM part 1
@@LiYaNNuaR, ketiga2 tu ada dlm kehidupan kita
sbb kita ni manusia biasa..
terimakasih..kak jie dh p tgok tadi
sangat suka kan entry ini,mama..
rasanya 3-3 elemen ni ada dlm hidup setiap org.
err.kalau yonna..
3-3 la.
boleh kan ma ;))
depends on situation..
err lobak,telur dan serbuk kopi comel utk yonna :p
yonnas last blog post..meet the kekuri =)
@yonna, mmg perlu pun ketiga-tiganya
sbb kita hidup pun akan tempuh mcm2 situasi
kadang2 perlukan kita sekeras telur rebus
kadang2 kita lemah….( selalunya kot )
dah sukar utk menjadi spt kopi walaupun keadaan tu yang paling baik…
utk org yg comel, dia mesti dpt yg comel
susah nak pilih neh..tp mungkin telur jadi pilihan.. 🙂
Mohd Hafifis last blog post..Wajarkah Lelaki Menangis ?
@Mohd Hafifi, tak perlu pilih……..kita jadi kesemua tu…meriah hidup dgn berbagai ragam
Adus..
Apakah ini bermakna kalau ada budak budak yang degil dan KERAS kepala kita pakat pakat rebus dalam air panas je…
hashim habeeds last blog post..Cinta Selepas Kahwin
@hashim habeed, itu kalau otak dia cair… 😆
hm..pilihan yang sukar nak dibuat ni..
sy telur kot.. 😐
callisters last blog post..Be careful what you wish for
@callister, telur dadar ke telung mata kerbau atau telur dangdut? 😆
best kan jadi kopi.. walaupun hitam, semua orang suka.. heheee….
Neezas last blog post..Patut ke tak patut?
@Neeza,Black is beautifu… 😆
tengok situasi kot. tapi selalunya zana akan jadi telur rebus. nak gak jadi kopi yg sentiasa positif. tapi.. …(haiyoooo bape byk tapi daaaaaaaaaa 🙄 )
Zanas last blog post..Sengal!
@Zana, tapi selalunya jadi lobak….. 😀
lobak merah..byk vitamin A which is good for ypur eyes…and a lot of fiber too!
telur…putih telur byk protin…tp telur kuning byk kolesterol, which is bad
kopi…contains caffein which is very addictive..but have a sedative effect too…
so the choice is in your hand….
*komen merapu-tanya lain jwb lain*
@UncleJ, siap ada nutrition information lagi
betul tu uncle j… pilihan kita menentukan situasi tu dpt kita selesaikan mcm mana
saja melawat… nampak avatar mybloglog di blog saya… terima kasih melawat yerk… pasal post tak da pilihan.. kalau ada teh saya mesti pilih teh…
ikram84s last blog post..Manual Newbie akan membantu anda!
@ikram84, Salam Ikram..terimakasih kerana singgah…saya selalu klik avatar yang terdapat di blog orang lain…menjelajah
teh pun bagus utk…sakit perut..hehehee
heheh… x pasti nak ngaku yg mana tp kalau lobak campur telur buat omelet sedap gak minum ngan kopi pagi2….
shaxxs last blog post..Side Income with myLot
@shaxx, wah..sedap tu omelet ade lobak…minum kopi O
buatnya pagi2 tu hujan…lagiiiii sedap 😆
saya mungkin jadi ketiga2nyer…………..tetapi mengikut situasi tertentu 😐
cakap kosongs last blog post..Cinta…………..Jangan Tinggalkan Aku Sendiri.
@cakap kosong, itu biasa……..keperluan mengikut keadaan…
tersirat sungguh maksud di sebalik LOBAK,KOPI & TELUR nie…tapi bagus gak baca entri nie..sebab lepas baca kita terus merenung diri kita samada kita lobak,telur ataupun kopi..tapi izzah rasa kadang2 kita perlu jadi lobak,kadang2 kena jugak jadi telur dan kadang2 kita akan jadi kopi..begantung pada masalah yang kita hadapi…tak gitu kak jie.. 😉
@izzah, tapi percaya tidak…kita lebih kerap menjadi lobak
ada halangan ada ujian sikit
kita lemah…. 😥
dalam btol maksud nyer tuh…part dia pi rebus semua tuh leh agak…tp part explaination ape yg jadi tuh xleh nak teka…ahaks! 😀
|1f34|-|1r3s last blog post..Blog down sucks !
@|1f34|-|1r3, moral of the story tak perlu berkeluh kesah sgt dgn cabaran /dugaan yang kita tempuh….tiap org ada cuma berbeza keadaan dan tahap kesannya
serbuk kopi…bermula sebagai serbuk, dimasukkan ke dalam air panas…ia mencair dan mengubah warna air…kemudian boleh diminum.
tapi tak boleh begitu saja, rasanya masih pahit, perlu ditambah sedikit gula…baru enak rasanya..
gula itu ibarat apa ya? hmm..bergantung kpd kesukaran yg kita lalui. mungkin ilmu, mungkin kasih sayang..mungkin iman..dan macam2 lagi… 😀
Lan Bingkas last blog post..Dah habis ok
@Lan Bingka, wahh….hebat tu penerangan….gula yang secukup rasa menambah perisa 😆
Eh!..Tie tercicir lagi…napa lah lambat sangat makcik nih!! Ingat salah bukak blog tadi. Ok gak , senang je nak bukak. Blog tie macam mana ekk?? Byk tie dah buang. Tapi nak buang awards tak sampai hati, takut kengkawan kecik ati.
Pasal lobak, telur dan kopi, ye….hmmm susah nak buat keputusan laa…nanti balik fikir semula, ok?
Ties last blog post..Kali Pertama
@Tie, dah abis fikir ke Tie….sambil minum kopi mgkn otak lebih fresh 😆
yg mana satu ya…hehe
kita mengalami ketiga2 situasi tu dalam keadaan tertentu..
tapi pepetang ni dapat kopi o sedap jugak.. hehe
zinos last blog post..dua cerita..
@zino, ye…kita akan temui kesemua keadaan itu…bergantung mcm mana kita sesuaikan dgn keperluan pada masa yang tepat 😉
dlm mksudnye… tak pernah terpikir sebelum ni
@farah, kita selalu gagal mentafsir sesuatu yg kita nampak biasa-biasa
tiap ciptaan Allah ada pengertiannya
yati tak tau nak pilih yg mana.. kak jie pilihkan leh 😆
Yatis last blog post..Tag dr Tera
@Yati, tak leh…sef service 😆
Mintak mai kopi sechawan
Mintak cekodok yg ada lobak merah potong-potong tuu (tak tau nama penuh cekodok ni)
Wuih petang2 camni sedap ni dapat dua menu ni..
p/s: Selamat berhari minggu utk Kak Jie & family
@iza, ceQ nak kopi kacip patimah ka… 😆
erk..ada ka cekodok lobak merah? kak jie tak pernah buat pun
kalo bilis ke…udang yg kedekut udang tu tau la.. 😆
bila nk terbangnya?
diva pilih untuk jadi kopi, dapat mengubah rasa dan warna selepas mengalami kesengsaraan. tak mau jadi telur yang jadi keras hati, atau lobak yang mengalah pada keadaan. Sama ada keras macam telur atau lembut macam lobak rebus, akhirnya menjadi makanan enak manusia…. Tak gitu….?
divas last blog post..PANTUN DIVA
@diva, Akhirnya kesemua keadaan itu mmg biasa dlm kehidupan manusia..tiap org punya kekuatan/kelemahan yang tersendiri
Kita gunakan kesemua keadaan itu dlm kesemua keadaan yg kita jumpa sepanjang perjalanan kehidupan ini………….
Kujie,
TeloQ Rebuih tak pa lagi.
Kengkadang dapat teloQ asin, sebelah dalam.
Musyuk…
Zubli Zainordins last blog post..Lawak Pemimpin – Isteri Kata Tak Lama Lagi Abang Tak Boleh Naik Motosikal Masuk Bandar Dan Pekan..!
@Zubli Zainordin, ada ka org bagi mcm tu..ishh..kejam sungguh!
satu perumpamaan yg sangat menarik… sedar seketika.. dugaan yg melanda pasti mengubah kita.. namun, kita perlu menentukan samada untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk
@smaelz, semua org ada cabaran dan dugaan dlm hidup
bergantung mcm mana kita memandangnya dan menandatangani supaya akhirnya sesuai dgn keperluan hidup masing-masing
Malu nak pilih telor.
Nak kata kopi dak jugak, sebab minum Nescafe…
Zubli Zainordins last blog post..Lawak Pemimpin – Isteri Kata Tak Lama Lagi Abang Tak Boleh Naik Motosikal Masuk Bandar Dan Pekan..!
@Zubli Zainordin, uik patutlah sekarang ini pergi kenduri kahwin orang dah tak bagi telur
ada orang malu nak ‘bawa teloQ’