Adakah dengan mengeji atau membenci akan menaikkan satu darjat?
Motivasi

Adakah dengan mengeji atau membenci akan menaikkan satu darjat?

Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul.

Yang kita tatang, yang kita puja, yang kita keji yang kita meluat hari ini bukan penentu ianya akan berkekalan. Dalam keadaan kita bersosial dan berkomunikasi hanya melalui tulisan di muka skrin, tak pernah bertentang muka bersua fizikal, tetapi kita membenci dan mengutuk seolah-olah diri seputih kapas?

Aneh bukan?

Berpada-padalah. Benci pun berpada-pada, Suka pun berpada-pada. Tak perlu menjadi rebung tidak miang, bembam pula yang miang.  Kadang-kadang dugaan datang untuk menguji  – memberi peluang kita belajar mengurus sedikit ujian hati.

Orang yang rapat dengan kita kadang² adalah orang yang sering menyakiti hati kita kerana mereka selalu menyatakan sesuatu yang benar tentang kita, menjadi mata kita untuk memberitahu apa yang tidak kena pada diri kita. Walaupun kadang-kadang terasa pedihnya tetapi fikirlah,  lebih baik dipendamkan saja dan satu masa nanti biar ia hilang dengan sendiri sehingga terlupa kita pernah merasa sebegitu. Biarkan ianya ibarat mimpi yang kita lupa setiap kali terjaga dari tidur dan kita pun meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik lagi tanpa ada penyesalan…

Kita tak mampu menutup mulut orang dan menahan gerakan lidah mereka tetapi tentu kita setingkat lebih baik dari mereka kerana kita mampu menjaga mulut dan mengawal lidah kita. Lawan tindakan mereka dengan diam dan memperbaiki atau meluruskan setiap kesalahan kita kerana tak mungkin kita cukup baik dan sempurna, dicintai semua orang atau terhindar dari cela . Kesempurnaan adalah sesuatu yang mustahil terjadi!

Jangan biarkan diri larut dalam kesedihan, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah kerana semua itu memang telah digariskan keputusan dan pelaksanaanya. Bersabarlah. Hari ini tetap berlalu dan orang yang menyakiti kita itu juga seorang makluk Allah, seorang insan biasa yang juga punya kelemahan dan kekurangan. Jadi untuk apa perlu bersedih.

Janganlah kita merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah. Hadapi kehidupan ini dengan apa yang ada, kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tidak mungkin semua orang tulus kepada kita dan semua perkara sempurna dimata kita. Padamkan panasnya keburukan dengan dinginnya kebaikan. Dunia ini memang tercipta dan tempat bertemunya dua hal yang berlawanan, dua jenis yang saling bertolak , dua kubu yang saling bertentangan, dua pendapat yang saling berbeza,yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan.

Semua yang baik, yang indah yang bahagia yang sempurna dikumpulkan Allah di syurga.

p/s – pernah keluarkan entri ini 2 tahun dulu

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Adakah dengan mengeji atau membenci akan menaikkan satu darjat?

  1. Mengeji dan membenci tidak akan menaikkan darjat. Kedua-duanya adalah emosi negatif yang amat kuat.

    Memang boleh menaikkan darjat, tapi darjat itu tak akan kekal lama dan tidak akan bertahan dalam hati orang-orang di bawah pemerintahannya.

  2. semakin lama disini semakin banyak ilmu yang kita dapat..
    sy sendiri memang x sempurna, masih terlalu muda dalam dunia blogging ni, banyak benar y nk kene belajar…

    Kadang2 dalam keghairahan berbelog, sy sendiri terlupa ada banyak hati yang perlu dijaga, insyaallah lepas ni akan lebih berhati2
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..MariposaMy Profile

  3. menarik kak jie, setiap individu punyai pandangan tersendiri dan cara masing-masing utk luahkan emosi mereka 😀
    .-= Post terbaru etomyam ..Statpress Plugin Deactivated =-.

  4. Salam kak jie,

    Terima kasih atas entry ni.. boleh saya pinjam masuk ke blog saya. Saya juga sedang mengalaminya..comment2 ugutan pun ada…

    Terima kasih.

  5. sudah terkena dengan tempias dunia benci – membenci dalam menulis blog, 2 bulan dalam menulis blog telah mematangkan saya bahawa bukan semua blogger suka apa yang kita tulis
    .-= akuvision´s last blog ..Selamat Hari Guru! =-.

  6. Maaf cakap, saya seperti melihat sebuah “drama” di sini dan di sana…

    Biarlah saya sorang saja yang menanti dan melihat…

  7. ada orang luahkan dekat blog
    abis dia sembur dalam blog hehe
    .-= Syafrizal´s last blog ..Ubat kuat seks yang membawa maut =-.

  8. tiada siapa yang dapat menghalang daripada kita berkata-kata baik ataupun buruk…tetapi ada yang memerhatikan atau mencatatkan perlakuan kita setiap saat atau setiap detik.
    .-= eddie yustin´s last blog ..CERITA HANTU =-.

    1. kalau mampu bersuara – luahkan

      tetapi pastikan setiap apa yang kita tulis , niat menegur lebih berhemah. Semua orang baca dalam keadaan aman – hidup ini singkat-

  9. kak jie memang prihatin, sy salute betul
    .-= mijie´s last blog ..Inikah yang dipanggil live blogging? =-.

    1. dua hari lepas nampak adik2 kak jie bertweet hal ini – kak jie tegur sebab sayangkan mereka.

      Dia org nak terima atau tidak, sekurang2nya Kak Jie mencuba mengelak mereka dari ‘merosakkan diri sendiri’

  10. hi kak, singgah di blog senior..bnyk ilmu..tqvm
    .-= ´s last blog ..GEGATA =-.

    1. Terimakasih kerana singgah dan baca
      lupa letak nick ye..tapi kak jie dah berbalas kunjung.

      tetapi kena ingat, bukan semua yang dicari ada di sini kerana bukan semua kak jie tau.

      Kadang2 erk…selalunya entri2 Kak Jie pun sengal merapu meraban juga…selang seli ikut mood

  11. point-point mama sangat lah benar-benar belaka. kadang yonna pun macam tu. bila tak suka, hentam bagai gila. mengamuk kat twitter, lepas tu bila ada jugak geng tak suka, haa lagilah rasa seronok hentam dalam tu sebab tempat tu je best nak lepaskan geram T___________T

    tapi lepas tu mesti yonna rasa menyesal buat mcm tu. bila keadaan dah cool, rasa bersalah pulak sedangkan secara peribadi yonna tak kenal org tu, tak penah jumpa. asyik judge diorg based on entry.

    tapi mcm mana nak hilangkan perasaan annoying ni mama? T_________________T
    .-= yonna´s last blog ..Musykil Sikit =-.

    1. Ini masalah sejagat ni… hehehe

      Tips mudah – elak diri dgn komuniti yang begitu. Kita tak boleh halang org lain mengata apa yg keluar dri mulut dia org tapi kita boleh mengawal diri sendiri.

      Kalau nak tulis nada marah2 , nak mencarut maki2 ke…fikir balik – adakah dgn perkataan tu peribadi kita lebih baik, harga diri kita lebih melambung dan 1-2 tahun lagi adakah kita akan menyesal membaca semula apa yg ditulis.

      tarik nafas ….. menyesal sebab tak cakap lebih baik dari menyesal kerana tercakap.

      1. eerm..tu la..kalo kite tgk skrg ramai gak org yg letak status maki hamun kat fesbuk, kat status ym pon. sakit mata je tgk. yg tu pon kena tegur gak. tp mcm kak kujie ckp, nak tegur pon kena lembut2. kalo tak nnti kita kena maki balik..
        .-= NiZaM Limited´s last blog ..Tips Tingkatkan Populariti dlm Berkomen. =-.

        1. Betullah..especially youngsters (its not like i’m that old..heheee). Cukup sensitif membaca bahasa carutan ni. Tapi itulah bahasa harian mereka hingga terbawa2 ke penulisan. Tulisan takde insurans lah senang kata. Cemana nak bagi sedar tulisan diorg tu annoying eh?? Sebab carutan diorg tu semua memang yang hardcore punye. Hmmmm….
          .-= Post terbaru yoa ..Wah..Sibuk..Sibuk!!! =-.

  12. Macam macam kan kak jie.. ish heran la.. kalau tak suka sangat pun, patut tata tertib tu jaga la sket kan. Kita bukan backup sesapa tapi tu laaa… bila da marah, tak larat nak pendam sangat.. ann pun sama gak kekadang.. ouhh very bad attitude.. T_T
    .-= ann´s last blog ..Bloggers surat khabar versi express??? =-.

    1. mmg tabiat manusia = suka berjemaah bab2 macam tu…bershopping pun suka ramai, apa lagi kalau ada bahan untuk sama2 ‘bermain api’

      berhati2 – org yang sedang gelak ketawa sama2 ‘menganyam ketupat’ tu mungkin suatu hari kita juga yang dijadikan bahan.

      kalau dia boleh berkata dgn org lain, adakah dia tidak akan buat benda yang sapa pada kita?

  13. bg sy, slagi blh bersuara utk tegakkan yg mana btl yg mana salah, tak salah kot walaupun nmpk terlalu laser..baik laser dari hipokrit

    1. ini bukan soal hipoktik tetapi adap dan susila, dlm agama sendiri ada term mengenai berprasangka baik

      betulkan sumber , jgn cakap dengar
      nak tegur isteri pun ada cara apa lagi nk tegur org yg kita takkenal

      kalau kita rasa kita ‘lebih baik’ tentu kita pun boleh menegur dengan cara yg lebih baik

      Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul.

      Kalau kita ada pendapat, org lain pun ada

      1. betol !!! kadang2 kita xkenal hati budi seseorang itu pon, perlukah kita memakinya kerana mengikut org lain?

        andai kita manusia yg menjadi mangsa, bersabarlah kerana manusia itu x kemana.. di akhirat akan bersua juga. hutang di dunia akan melarat ke akhirat.

        sebb tue kita kena berjaga2 dan berhemah ketika bercakap agar x sakitkan hati org lain. =)

        1. semua org ada pendapat tesendiri – itu kita kena faham

          dan semua org yang berakal akan terima kalau pendapat yang kita luahkan itu kena caranya.

          itulah bezanya.

          apa yang kita tulis mengambarkan dan lahir dari sudut hati – tak mungkin dtg melayang dari roh atau pemikiran orang lain. LIntasan hati tu lah yang mengerakkan otak kita bertindak.

      2. erm.btol kak kujie ckp yg ni.
        kdg2 sy pon nak bg pendapat berdasarkn ape yg sy rasa je.
        tak pikir dari pemikiran org tu cmne.
        berfikiran baik..sy amik point akak tu.. 🙂
        .-= NiZaM Limited´s last blog ..Lumayan Buat Dosa MLM. =-.

  14. terima kasih kak.

    agak terasa dengan kes di twitter semalam…

    =)
    .-= paeh´s last blog ..Mimpi Ngeri Di Alam Nyata =-.

    1. Kak Jie pun manusia normal – ada yg suka ada yg tak suka
      tapi pernah nampak kak jie tulis secara terbuka hal2 yg negatif, hal2 tentang orang lain?

      Kak Jie cuma ingatkan saja kat twitter semalam – takut dlm ghairah seronok mencari perhatian, memberi pendapat kita tersasar – niat menegur tetapi lebih kepada mengumpat dan mengutuk

      Kita org yg bermotivasi positif, kita kikis prasangka buruk dalam hati

      KITA – maksudnya Kak Jie juga….

    1. Benda yang salah bukan boleh dibetulkan dengan cara yang salah juga.

      Kak Jie menulis secara umum Sarah, bukan bergantung pada kes yang tengah hangat ni…dah bertahun Kak Jie dlm dunia blogging ni – dah jumpa kes mcm ni berkali-kali

      Jadi pandai2lah kawal utk menempatkan diri kita di bahagian mana kita nak..hidup ini pilihan..kalau baik yg kita cari, baiklah yang akan kita nampak

    1. Cikgu biasa luahkan pendapat dengan baik sekali, tak salah membicangkan isu ini kalau sama2 kita dapat manfaatnya.

  15. kadang-kadang yang dibenci kena muhasabah diri jugak kenapa dia dibenci kan kak jie..

    bak kata bidalan dulu-dulu, tiada angin masakan pokok bergoyang..hehe

    kadang-kadang angin tu goyang kuat sangat, angin monsun kot
    .-= chekgu naman´s last blog ..MC kerajaan VS MC swasta =-.

    1. sebab tu kak jie ckp berpada-pada

      suka berpada-pada
      benci pun berpada-pada

      dan..kalau kita benci org pun kita tak boleh hebah satu dunia….simpan utk diri sendiri

      banyak buruk dari baik kalau disuarakan secara umum – akan timbulkan ketidakselesaaan org sekeliling dan akan menimbulkan fitnah berpanjangan

        1. baca entri kak jie secara umum -dan dgn hati yang terbuka – sebab tidak ada satu perkataan pun yang merujuk kepada si polan si polan.

          bersuara boleh, beri pendapat semua orang pun boleh tetapi kebijaksanaan yang membezakan bagaimana kita menyalurkan pendapat kita.

  16. hehe… berdiam diri setakat neh.. tp sbnrnya teringin nak bersuara… blom ade kekuatan lagi..
    .-= jard´s last blog ..Aku dan Pertunjukan Sarkas =-.

    1. cara kita menyuarakan pendapat akan memgambarkan personaliti kita…kematangan

      tak salah beri pendapat tetapi bukan lesen unutk membelakangkan adap dan susila

  17. baru kini saya tahu dunia blogging juga dipenuhi amarah, dendam, iri hati dan benci…

    namun saya pasti masih ada insan yang tulus ingin berkongsi rasa, menyebar ilmu yang ada tanpa syarat. moga pahala nya berkekalan .

    saya bersetuju dengan nasihat kujie. jangan cepat melatah dengan kutukan dan cacian dan kuatkan hati agar ia juga tidak cepat patah.
    .-= klcitizen´s last blog ..perempuan gedik pun kalah =-.

    1. dunia blogger yang mengerakkannya pun manusia bukan alien dari planet entah mana…sama saja dgn dunia luar

      cuma kita kena rasional lah…. semua nya hanya dari entri yang kita baca di blog – jadi berpada2 jugalah kerana tindakbalas kita juga jgn melebihi apa yg sekadar kita baca…belum tentu kita faham

  18. ambil yang jernih, buang yang keruh~
    .-= aman´s last blog ..WordCamp : Perkara Menarik Mengenai WordPress =-.

    1. dalam dunia ni ada sisi gelap sisi negatifnya

      kita berhak memilih apa yg baik utk diri

      kalau kita cari yg tak elok, itulah yg kita dpt

Comments are closed.