Awal tahun ini, saya pernah keluarkan entri minta pendapat Cara Mengorat Awek Sabah. Tetapi tidak ada seorang pun dari Sabah yang tolong jawapkan persoalan ini sehinggalah muncul pengkomen berikut.
Pengunjung yang saya percayai beliau seorang awek Sabah ini sudi untuk memberi tips dan panduan kepada lelaki ² Semenanjung yang berhajat untuk memikat gadis dari Sabah.
Saya edit tambah huruf yang tertinggal supaya kita semua boleh faham, maklumlah makcik² tak berapa ‘tangkap’ bahasa moden.
First…. nak share sikit perempuan Sabah sangat different dengan perempuan kat semenanjung…. this is fact ok
- Ramai yang tak suka keluar malam…. Tak kesah lah Islam ka Kristian
- Tidak suka lelaki yang bajet religious ’cause kat Sabah apa yang penting you do what your religion ask
- Tidak suka lelaki yang always wanna show they are romantic
- Kalau pandai cakap Sabah sikit ok juga
- We hate people talk badly about Sabah… cause’ perempuan Sabah semuanya sayang gila negeri bawah bayu ni
- You really need to be open minded… cause’ kat Sabah banyak agama dan bangsa and kebanyakkn perempuan Sabah yang korang nak takle tu adalah mixed blooded… (mostly mixed chinesse/dusun/filifin and banyak lagi la)
- Perempuan Sabah kuat makan sayur so that person better love veggie
Ada org tanya kenapa perempuan Sabah mahal . Someone answer: Because parents dia bagi makan makanan organik seumur hidup, actually benda ni betul .
…..so far itu ja lah tipsnya
Menarik bukan? Saya sendiri tidak langsung terfikir terperinci sifat dan sikap gadis Sabah. Perkongsian ini sungguh menarik. Terimakasih .
p/s – apa lagi… pi la bercucuk tanam, Semai sawi, kubis, bendi atau pun pegaga. Atau sekurang² kenal mana sayur kangkung, mana kailan mana cekur manis.
EDIT
Untuk lebih memahami isu ini , sila klik link yang diberikan di atas untuk rujukan. Entri ini bukan saja² ditujukan kepada gadis Sabah tanpa sebab tetapi kerana keyword yang dicari ini.
Tips – baca blog bukan macam baca akhbar, link rujukan yang diberikan perlu dibaca kerana entri ini adalah kesinambungan dari entri dari link yang diberikan tersebut tanpa diulang².
Tolong jangan ambil serius , ini bukan kajian saintifik peringkat phD. Ini blog peribadi. Baca blog’s disclaimer yang disediakan.
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Sy org kedah tpi tngal di sabah…bgi sy awek sabah mmg cantik2 sbb bnyak etnik dn kacukan…pasal agama sini takde hal klu nak bawa kapel…sbb tu smangat 1 malaysia sini sngat kuat….suara jgn ckap la…lemah lembut je…perhhh etnik yg sy suka sino kadazan atau cina mix kadazan…mmg the best la
hehehe no komen la hal ngorat ni,, saya org sabah dusun dan bagi saya nak mengorat tu biar la dengan keikhlasan jujur,. bagi saya if korg mahu mengurat perempuan org sabah mesti la open minded dan hal kecil tu jangan la di perbesarkan, cthnya if dia keluar dengan rakan dia beragama muslim dan c gadis ni christian jangan timbulkan permasalahan dalam kedua situasi ini, dan lagi org2 sabah ni tidak kisa la perempuan ka lelaki ka… kitorang lebih suka makanan kampung yg ada sayur-mayur, soup… ada juga makan makanan yg ala2 owg puteh itu pun tingu org juga i mean ya org yg suka enjoy jak dan tidak serius, yela apa dia nak kesah sangat bukan duit dia nak bayar kan.. so kena hati2 juga.
dan if pegi makan jangan memilih tempat sangat cthnya: if gadis tu christian dan lelaki ni muslim, dan gadis tu bawa or ingin pegi makan di tempat yg ada service pork korg jangan la risau di katakan org sini sabah kan open minded korg boleh oder makanan kat sebelah dan bawa di gerai sebelah tempat awek korg.. bos saya selalu cm tu dengan berpakayan songkok pun malah da jadi haji,, semeja dengan bos yg makan di kedai yg ada service pork..tp order makan di lain tempat la… jangan banyak salah faham la heheheh
hello , tips yg diberikan diatas adalah betul .. terutamanya yg keluar malam , utk pengetahuan semua , mmg perempuan sabah dilarang keluar malam2 kecuali kalau ada kenduri or tuition malam .. macam saya , sya x suka keluar malam , nnt ada penjahat.. hek hek hek …
tapi saya sgt tidak bersetuju dengan Nadri , mna ada perempuan Sabah QUEEN CONTROL , kakak sya kahwin org Semenanjung pon setiap tahun balik Perak bha ,, pastu bebulan jg di sana ..aiyoyo.. open your mind sikit lorh..
lastly, saya perasan dgn pemikiran org2 Semenanjung nie ( segelintir yup) , ada yg ingat Sabah ni cam hutan .. xda bandar dan x maju.. hahaha.. nak tahu , kami rasa kesian pd org yg b’fikiran camtu meh…sebab pemikiran tidak maju dan terus menerus menganggap yg Sabah ni mundur.. nampak sgt yg dorg tu kurg ilmu pengetahuan..keh keh keh.. len kali selidik betul2 meh 🙂 ..
kak , tu ja titipan sya ..hehe..
Tips Mengurat Awek Sabah:-
1) Kena belajar budaya orang Sabah (budaya awek Sabah)
2) Kena pikat keluarga awek Sabah tu dulu…( :mrgreen:)
:penting sbb besanya kebanyakan ibu bapa tak benarkan anak mereka kawin dgn org Semenanjung….
3) Nak meminang awek Sabah, perlu wang usin yang banyak… sebab wang hantarannya agak mahal…kalo awek Sabah ada pendidikan tinggi maka tinggilah wang hantaran…
btul…. thats y skrg ni I tinggal kt pahang, I prefer makan timun ja rather than sayur sawi, very different taste, rasa baja
Saya awek Sabah 😉
Tips mengorat awek Sabah merupakan suatu perkara yang subjektif, tiada tips yang betul dan tiada tips yang salah
Bagi pendapat saya, semuanya kembali kepada perkara yang paling asas dalam perhubungan iaitu memahami dan seterusnya menerima seadanya
Tapi, apa yang pasti, laki-laki Semenanjung yang berminat untuk berkahwin dengan awek Sabah perlulah bersedia dari segi ekonomi 😆
Selain itu, saya hanya ingin berkongsi di sini bahawa Sabah itu luas, ada bandar, ada pedalaman, ada keluarga besar, ada keluarga kecil, ada kaya raya, ada juga yang kurang berkemampuan. Sama sahaja bukan dengan orang Semenanjung? 😛
Panjang pula berkata-kata di sini, maaf ya kak kujie 😀
p/s: Sedih betul bila ada yang bertanya, “Rumah awak kat atas pokok kerrr?” grrrrr … sakit hati tulll, rasa nak cekik2 jer org tu!!! … tolonglah datang sendiri ke Sabah dan melihat kehidupan kami di sana, bukan mundur sangat, kami juga rakyat Malaysia! 🙂
*saya sudah merantau dan hidup di Semenanjung hampir 15 tahun~ saya awek Malaysia! 😉 *
Memahami adat resam dan budaya mereka adalah cara terbaik sebelum memikat orang sabah. Kerana terdapat perbezaan antara setiap suku kaum.
kakak ipaq org sabah. ada betulnya, tp dia ni rajin sembahyang
Sabah kerana keyword search engine yang mencari adalah ” cara mengorat awek Sabah”. Tunggu keyword gadis Kelantan, gadis moscow atau gadis vietnam untuk perbincangan mengenai tempat lain.
aku asal sarawak, awek orang sabah, terpikat sebab cara pertuturan mereka, lemah gemalai 🙂
yang mixed2 ni lah best. hehe..
sape2 yg nak pikat gadis sabah tu…baca la tips tu yea…
what can be considered if in the opinion of a ‘girl’ sabah ‘sj. At human nature, anyone who does not want to raise the dignity of self-kan.
ish3..payah ngorat kalau camnih..hahaha..
Queen control tu refer to sorang abang tu nye komen..hihih..
kene banyak lagi reader from sabah..
hihi
Assalamualaikum,
Nanti kita buat tesis phD kaji pasal gadis sabah sama-sama ya 😉
Assalamualaikum,
Fresh dan murahhhh sangat-sangat. Satu plastik besar buah mentimun kat sini cecah RM10, sana boleh beli dengan RM2. Fuhhhhh tu kat KK kalau kat kawasan kampung sikit, agaknya boleh dapat FREE tak?
😉
I am Sabahan & it’s so TRUE that i love veggies! Hello Kak Kujie,Hello everyone… i’m a new blogger 🙂
wow, ade tips lagi…huhu…tak ske kuar mlm….btul kot..huhu..hmmm…..xpernah lagi pi sabah..tp daa ade tiket pi sandakan utk tahun ni…..so klo aku x balik2 semenanjung korang paham2 laa…hahahahaha..kidding2…
menarik tips ni…..
Harap maklum, Ini bukan kajian untuk thesis peringkat sarjana atau PHD.
Tips diberikan adalah pandangan peribadi beliau, sudah semestinya setiap orang berbeza. Pandangan peribadi setiap orang bergantung pada sejarah hidup, pengalaman yang ditempuh.
Kita mungkin tak menempuh apa yang beliau tempuh… jalan hidup setiap orang berbeza. Itulah warna warni kehidupan dan sebab itulah dinamakan perkongsi maklumat.
mgkn faktor ekonomi yg menghalangnya utk balik kg..bygkan anak dah 3..masuk parents 2, so total 5..tp klu naik Air Asia pasti blh sampai..so kena plan awal2 lah…
tips yg sukar diterima..apakah boleh dikira tips jika mengikut pandangan seorang ‘gadis sabah’ sj. Dah lumrah manusia,siapa yg tak mahu mengangkat martabat sendiri kan.Soalnya,adakah anda sbg penulis sudah betul2 menyelidik dan memahami sifat,sikap,gaya hidup gadis2 sabah sebelum postkan tips ni?Byk yg dickp tak seperti yg sebenarnya..
Kakak ipar duduk sana 11 tahun… mmg ikan kat sana fresh. Sayur pun…
salah satu faktor……kak jie dah pernah pergi Sabah, comel² je dia orang.
orang satu negeri pun, kalau dia tak nak balik, dia tak balik…. kita kena terima jarak yg memakan belanja besar utk menyeberang Laut China Selatan tu
faktor ekonomi setiap orang tak sama..tak boleh kerana seorang individu kita labelkan seluruh negeri.
saya suka rambut perempuan sabah. lembut gitu 😀
hehehe….. saya tak syorkan utk bapa bapa 😆
tips tu update kat bloglah..hihihi 😆
yep betul, sangat setuju!! 😆
oittt saya wanita sabah tp tidak queen control pun, dalam perhubungan kena ada toleransi, ingat kita kawin bkn dgn pasangan kita aje, kita kawin seluruh dengan keluarga pasangan kita.
apa pun semua itu bergantung pada seseorang, TIDAK semua wanita sabah queen control, perkara nie meluas. eh..eh…awat ku emosi nie..wakakkaa abaikan 😆
ada siapa2 nak tips lagi? meh2 nak share…wakakaka 😆
saya juga penggemar sayur²an dan ulam²an..kenapa tak gebu² jugak ye?hehe
Kak Jie, entri pasal pesta buku saya dapat komen wakil AJK Penganjur Pesta Buku. Terkejut saya dibuatnya.
salam K.Jie,
pada pendapat saya, queen control takde kena-mengena dengan negeri asal seorang wanita. ia lebih kepada sifat peribadi seseorang itu tanpa mengira dari mana negeri asalnya 😉
sekurang² orang yang tak tau, tak terfikir dapatlah tips sikit , kan… manalah tau….tetiba tersangkut 😆
Yup…pernah sampai ke sana. Dan kawasan tu tak berbau baja macam kat Gameron Highlands
putih gebu kot? gadis sabah putih gebu… 😆
Tak sama… tiap orang dalam diri dia tetap ada walau sedikit karektor tempat asal usul. Untuk teknik mengorat, kena kenal budaya setempat untuk lebih memahami…contoh gadis Kelantan dan gadis Sabah berbeza kerana budaya tempat mereka berbeza.
hehehe…sebab itulah dinamakan perkongsian pendapat…kerana ianya datang dari pengalaman peribadi seseorang. Kalau 20 org bagi tips, sudah semestinya ianya juga pendapat peribadi 20 orang.
tapi, dalam entri tu…hanya awek ini saja yang reply dan sudi listkan tips…yang bagi orang lain, ada yang tahu ada yang tidak.
dan itulah namanya perkongsian pengalaman. Orang Perlis nak kenal orang Sabah…orang Kelantan nak tahu tentang orang Sabah.
Dalam list tu dia tak tulis pun Queeen Control…
kak jie…dulu ada sorang makcik isteri ketua kampung…saya cakap kat dia saya ni orang Selangor time g raya dgn geng, pastu sebelum kuar dari rumah dia tanya saya “dari Sabah ek”…
kebanyakan mereka makan sayur sebab tuntutan agama…it is one of their own belief to be a vegan and surprisingly dalam kristian ni…
my SIL is a convert and up till now her ‘guilt’ to eat meat tu masih ada…
Orang Sabah queen control? LOL…saya pun nampak ramai orang semenanjung Queen Control especially dari N9…
anyway list yang kak jie tulis copy dari kmen tu rasenye pendapat peribadi si penulis..bukan sifat general orang perempuan Sabah…
just my 2 cent la sebab rata2 list tu semuanya ‘biase-biase’ je except part sayur tu..
Di Kundasang memang banyak peniaga tempatan menjual sayuran segar.
🙂
terima kasih kepadayang sudi berkonsi..
aa..saya ada kenal. veggy saya tak pasan plak. tapi dia tak bape gemor ikan belah sini coz kat tempat dia sana, pagi ptg siang malam dok ikan fresh je..really fresh. jeles ler plak
Owhhh..patut la perempuan sabah banyak yang cantik²..
Gebu² je kulit..
Banyak makan sayur agaknya..
Sekarang sudah ada AirAsia. Everybody can fly tapi kena rancang awal untuk mendapat tiket tambang murah
mana-mana pun sama ja bah….(ooppssss??)
kawan sekampung saya kawin dgn wanita sabah..skrg balik kg jenguk orang tua pun dah jarang2..wanita sabah Queen Control kots…
😐 alamak baru tau tips ni…tapi dah kawin la..hahaha
Ada juga betul apa yang diperkatakan kerana ketika bertugas di Sarawak dan Sabah dahulu, gadis sana agak keterbukaan berbanding gadis Semenanjung.
Walaupun warna kulit yang sama tetapi kerana berlainan agama mereka boleh hidup dengan harmonis. Ramai yang pelik kerana saya bertemu jodoh dengan orang Semenanjung berbanding gadis di negeri Malaysia timur padahal lama juga saya bekerja di sana. 🙂
Tidak berani cakap lebih-lebih kerana nanti ada yang salah faham. Kalau nak tahu karektor gadis Malaysia Timur kerana berada di sana barulah faham.