Lelaki Tidak Jujur Mengorat Awek Sabah
Live Blogging

Lelaki Tidak Jujur Mengorat Awek Sabah

Pengunjung blog saya tanya ” kenapa perempuan suka cakap lelaki tidak jujur”

Pendapat saya – Jantina bukan penyebab seseorang itu jujur atau tidak.  Dalam kes lelaki dan wanita, nampak seperti peratusan lelaki tidak jujur lebih banyak bukan kerana dia lelaki tetapi kerana dia mengambil peluang atas emosi dan biologi seorang perempuan.

Perempuan mudah bermain dengan emosi dan kerapkali mudah dimanipulate.  Lelaki ada banyak kelebihan , ruang , kesempatan untuk tidak bercakap jujur kerana mereka sentiasa  ‘hangat di pasaran’.

Tuuu……. ada lagi soalan ” betul ke wanita suka membebel”

‘No Komen!” ha ha ha…boleh macam tu.

Perempuan bukan suka sangat nak membebel tetapi dia berleter bila lelaki tidak mengendahkan dirinya dan rasa tidak diberi perhatian.

“Abang……lepas mandi tuala tu sidai”

Dia tetap juga buat aktiviti “tanggal dan tinggal”.  Sekali dua kali patploh kali, pengsan makcik!

Lagi pun sunyilah hidup kalau perempuan diam. Diam juga bahaya kerana boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain.

“Pasaipalah bini aku diam harini…?”

Cara mengorat awek Sabah – sangat specifik selera dan kehendak.  Ada sesiapa boleh bantu mamat dari Klang  ini  mengorat awek Sabah?

Tapi betul juga, kan.  Lokasi berbeza , cara pun mesti berbeza.  Budaya, bahasa, adat mesti mempengaruhi cara lelaki memikat.

Awek Sabah mungkin boleh berkongsi tips  ciri² utama yang diperlukan. :grin:

Kalau nak tau beza , baca entri ni >Apa Beza England Dan Great Britain?

p/s- ramai tak faham kes entri di bawah tu..abaikan je lah!

~ ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan ~

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Lelaki Tidak Jujur Mengorat Awek Sabah

  1. keywords simple dalam hidup..bukan keywords rebutan pakar SEO

    keywords suam suam yang orang tak guna…tapi sebenarnya disitulah tempat kak jie cari organic visitor , tak payah fikir saingan dgn blog lain………..blogging dgn happy ever after…hehehe

  2. Kalau ngorat awek dusun/kadazan..cakap jer “MUHANG OKU DIKA”… maksud nya-I LOVE YOU 🙂 ..

  3. awek sabah kalau nak ngorat kena tahu cikit2 cakap bahasa sabah, ada banyak kaum di sabah,so pilih jer yang mana satu pilihan hati 🙂

  4. saya heran kenapa tajuk dia”lelaki tidak jujur ngorat awek sabah..hehe/betul ke.. mungkin juga,tak semua kot.. rasanya dah ramai awek sabah yang dah kawen orang sini..

  5. kadang membebel tu salah satu tips bermanja……bebel manja gitu…

    bab ngorat awet tu yg tak tahan – ramai nak cungkil rahsia bagaimana nak mengorat awek sabah

    tapi awek sabah belum share tips pun kat sini…ramai yg dok tunggu tu

  6. dia nak awek sabah..nak buat macam mana
    selera masing2…hehe

    esok2 kita tunggu kot2 ada yang nak cari awek alaska ke..awek siberia ke

  7. perempuan dilabelkan suka membebel sebab semua lelaki ada fasa dalam hidup dibesarkan oleh mak mak

    dgn bapa cakap 10 patah, dgn mak 100
    bila sekolah – jumpa cikgu yang majoritinya perempuan..bercakap lagi
    bila dah kahwin……….lagi sekali….heheheh

  8. ermm…kalau guna bahasa wang ringgit dan emas permata…cepat sikit cair kot… 🙂
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..TERJAHMy Profile

  9. tak suka penipu.. sekali kena ingat sampai bila-bila. bagi saya lelaki ke perempuan ke dua-dua jantina suka membebel. bergantung kepada keadaan la. perempuan membebel jika ada yang kena pada matanya, lelaki plak membebel bila bagi nasihat macam la tak pandai nak jaga diri.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Kerisauan Seorang BapaMy Profile

  10. Ikutkan, baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai kecenderungan untuk menipu yang sama kadarnya. Cuma, akibat dari faktor psikologi, lelaki jarang untuk menceritakan perihal ditipu wanita atas faktor ego. Manakala wanita cenderung bercerita perihal ditipu kerana perempuan memang suka share-share cerita. Alaa.. Dah nama pun perempuan.

    Disebabkan itu, kita sering mendengar perihal wanita ditipu oleh lelaki dan jarang sekali kita mendengar lelaki ditipu. Cover line la beb, malu bila laki kena tipu, dengan pompuan pulak tu.
    Jom terjah post menarik dari sylarius ..Bangun PagiMy Profile

  11. manipulasi lelaki ke atas wanita. lawanan yang mantik dan method. keupayaan fikiran berbelit yang dimiliki lelaki. haha.

    nasib baik dapat orang umah yang tak suka membebel. tapi biasanya berlawanan kan? siapa yang lebih bebel?

    patutlah selama ngorat awek sabah tak dapat, ada cara lain rupanya. haha.

    p/s: mantap la SEO blog akak. haha. siap entri medley lagi.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Guru yang memimpin sehingga akhir hayatMy Profile

  12. key word xbleh blah..hahaha..thanks kak jie share….hiburan wat kami2..disamping ilmiah laa..cara ngorat awek sabah…hahahaha..xpernah plak google camtue……..hahaha….menarik2 ….. 😆 org mmg mcm2…huhu…

    google = find me google = paling noob aku pernah dengar 😛

  13. “Jantina bukan penyebab seseorang itu jujur atau tidak. Dalam kes lelaki dan wanita, nampak seperti peratusan lelaki tidak jujur lebih banyak bukan kerana dia lelaki tetapi kerana dia mengambil peluang atas emosi dan biologi seorang perempuan.”

    Sokong kak Jie! Kadang-kadang bila bila tidak jujur itu sudah menjadi habit lelaki (bukan semua), kaum wanita pula yang dipersalahkan.
    Jom terjah post menarik dari Ieqa ..Mark Zuckerberg- Datang MalaysiaMy Profile

  14. Benar, gender bukan penentu segala kelakuan atau habit seseorang.

    Membebel boleh jer terjadi pada sesiapa. Ada tu secara spontan, kemudian habit lama-lama dah takleh buang.

    Lelaki tidak jujur kadang2 tu kerana nak jaga hati wanita. Supaya tak jadi perbalahan. Orang lelaki malas nak bergaduhh… 😆
    Jom terjah post menarik dari azieazah ..BUJAL oh BUJALMy Profile

Comments are closed.