Cinta Dan Anugerah
Live Blogging

Cinta Dan Anugerah

Petang² selalunya saya tertengok juga sinetron Indonesia kat tv ulangtayang berbayar tu. Tapi sekarang saya kerap tengok muka Ashraf Daniel Sinclair suami kepada Bunga Citra Lestari dengan pelakon cewek manis Indonesia Nabila Syakieb dalam drama Cinta dan Anugerah di TV9.

Saya tak nak bercerita pasal sinopsis drama Cinta dan Anugerah tetapi hanya ingin menyentuh dua perkara yang agak ketara dalam setiap sinetron dari Indonesia.

1 . Kalau watak jahat mesti bercakap menjerit-jerit seperti dirasuk syaitan dengan mata terbeliak.

2. Tiap kali ditimpa musibah, mereka mesti solat dan berdoa. Bab doa tu yang istimewaa kerana mereka berdoa terus dalam bahasa pertuturan yang mudah. Dia bercakap direct apa yang dia mahu. Bukan doa dalam bahasa arab yang kita sendiri tak faham .  Drama kita jarang fokus pada dialog berdoa ni… dia beraksi tanpa dialog.

Semua perkara ada sisi baik dan buruknya apalagi kalau dari negara luar, sudah tentu budaya dan adat berbeza dengan kita.  Pandai-pandai sendirilah tapis mana yang baik  buat sempadan, mana yang berlawanan dengan tuntutan agama dan adat kita abaikan.

KebesaranMu (Ost Cinta Dan Anugerah)
Kau,tempat ku mengadu hati,
pemberi segala hidup,
dunia dan seisinya milikMu,
mencintaiMu sejati ..

Ku manusia yang penuh dosa,
berharap ampunanMu,
lihat di langit kesempurnaan hadirMu,
Kau cinta pertama dalam hidup .

Allahuakhbar Maha Besar ,
MemujaMu begitu indah ,
Selalu Kau berikan semua ,
KebesaranMu Tuhan .

KebesaranMu – Kumpulan ST12

Cukuplah dua yang sangat ketara .  Kalau ada lagi, boleh tambah di ruangan komen.

©kujie – baru habis tengok episode akhir Cinta dan Anugerah ( episode 244 )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Cinta Dan Anugerah

  1. Klu cakap sinetron konotasinya pasti drama tpi sbenarnya di indo tak sama sbb di indo ada drama ada sinetron juga. drama indo atau yg lebih dikenal sebagai FTV ceritanya terkonsep samada dngn drama msia cuma drama indo tak tayang berepisode tpi tayang langsung tammat dngn masa tayang 2 jam sedangkan sinetron ceritanya tak terkonsep berepisode episode selalu berkembang disetiap episode selalunya ada watak baru bahkan selalu stripping yah mmang itulah ciri khas sinetron dan ciri yg anda paparkan betul semua cuma anda belum paham knapa mesti begitu jawapnya itulah lakon yg sebenarnya bukan mengada ada

  2. .terimakasih kerana tinggalkan komen tetapi dengan bahasa yang sukar difahami
    apa yang nak diluahkan tidak sampai pada sasaran

  3. Plkon utama dia tak pnah buruk hitam? ya iyalah mrka kan orng2 pilihan yg dpilih mlalui sleksi ketat dr jutaan muka kacak yg mcm tu d indo tpi ia tak skedar mngndalkan muka kacak trlebih pd kualiti akting dn adax aura bintang. Trus lu kata suka zoom muka klu ada babak yg mmrlukan emosi dn feeling lebih. lu benar benar bngt, nak suruh pnnton mmahmi apa mesej yg nak dsmpaikan mlalui mimik muka dn lu tau plkon2 indo da brjaya mnympaikan dngn luar biasa bngt, lalu… apa guna dn maknax lu nnton klu crita tu tak sampai bhkan tak mrasakan apa2, hampa?? hmm… pncritaan srta dialog pd sinetrn mmang sngt kreatif dn smua watak yg ada sngt kuat jg shngga yg nnton prlukan otak zikit untk mmahami.(gue da nnton drama2 msia sprti ‘terlerai tabir kasih, nur kasih, awan dania, syurga cinta=sinetrn kiamat sudah dekat’ dn bnyak lg, da tau bezax. Salam Damai Indo-Malaysia)

  4. Maknanya miller tu bkn pasal tak best dngn malsya tp mmng dah senang hidup dngn kerjaya di indo, dah mampu beli rumah sndri beli kerta mewah bhkn yg gue tau miller beli aprtment pula pdhal sinetronnya baru 3 yg pegang watak utama yg lain cuma peran pembntu

  5. Miller tu orang malsya cuma dah rezki dia jd pelakon sinetron pdhal ngga gampang loh jd artis sinetron krna syaratnya bnyk bngt.. klo diikutkan smua pasti pingin jd artis sinetron yalah bayarannya tinggi sapa ngga mau dibayar Rp10jt-Rp25jt atau kira2 RM5000-RM10000 untk 1 episode mcmmna dngn 100 episode 244.. mcmmanalah pula miller nak ingt balik malsya?

  6. Soundtrck lagu dsinetron ini klu tak salah ada 6 antrax lagu Kebesaranmu st12, Cinta Tak Direstui st12, Mencintaimu magneto, Beri Waktu the hope, Cinta Pertama Dan Terakhir sherina munaf dan Apalah Artinya Cinta she. apa menarikx semua lagu tu sesui dngn jln cerita tpi dr semua episd yg paling brkesan bg aku masa perkahwinan Nabila dan Gio krn semua artis ‘sinemart’ datang terutama skali Jonas Rivano he.. he

  7. Krna sntronnya begitu menarik serta lakonan yg amat hidup dan natural masa 244 epsod terasa tak cukup(sila bktikan sndri), nnti ada pelakon tmbahan antaranya Dirly Dave, Richard Kevin, Raya Kohandi, Keith Foo, Luna Maya serta bekas kekasih Baim Wong Vony Cournelia. oh yah unt pngtahuan pnceritaan dlm sntron CDA ini tak mcm snpsis yg anda bc dsbabkan sntronnya stripng ia bnyk mngalami prubhan dngn inspirasi dan saran pnnton via sms

  8. CDA adlah salah satu sntron trbaik indo dia masuk rating 10 besar prgram tv indo, meski 244 epsod tp cerita dia pnya dinamika, epsod awal tak bgtu mnrik tp smakin epsod k depan… anda nnton sndri sj aku jamin ngga bakal anda kecewa krn aku sndri mski orng indo bukanlah pnggemar sntron tp CDA ini da buat aku nnton sntron

  9. mmg kalau di layar tv, zoom atau shot itu penting kerana hanya cara begitu msg dapat disampaikan. Tidak seperti di dalam novel di mana apa yg tersirat di dalam hati atau pemikiran sesuatu watak itu dpt dinyatakan dgn terperinci. Di tv atau filem, penonton yg benar2 menilai setiap adengan itu..dan kalau akting nya bagus..maksud nya sampai…jika tidak..hampehhhhh…..dan juga lain penonton nya lain intepretasi nya….berbeza dgn membaca novel..fakta nya sudah ditulis dgn jelas.

  10. Saya dulu layan la jugak cerita ni sebab ada Miller . Tapi , bila tahu Miller ada something yang saya tak suka , dah tak layan dah cerita ni .

    Plus , 244 episod ? Berjanggut la nak tunggu cerita ni habis . Haha 🙂

  11. jarang sangat tengok cerita macam ni…mungkin sebab saya ni bekerja agaknya..masa yg ada agak singkat untuk dibahagikan dengan menonton tv…tapi pernah dengar anak2 bercerita…ok jugaklah…

  12. tak mengikut sinetron ni…
    dengar kata ada citer ilusi di TV3… pun tak melayan sangat
    sekarang ni kurang betul menonton tv
    tv menonton saya, selalulah

  13. biasanya, cerita indonesia ni lebih kurang sama…. ada watak baik yang miskin, pastu nanti dapat kekayaan…. yang kaya tu plak, jahat melampau…selalu camtulah…

    pastu pusing2 kejap jahat menang, pastu baik menang… camtu la…

    lama2 saya bosan tengok cerita indonesia….

    cerita melayu pon lebih kurang…. tetapi jahat dia lain sedikit dengan cerita indon….hehehehehe

  14. yg ketara sangat sinetron indonesia bila part yang terkejut..sengaja buat gerak lambat..

    lagi satu jalan cite pun lembab..saya kalau tertinggal seminggu pun still boleh tangkap lagi jana cerita die

  15. ma..tu yg jahat..kalu yg baik plak…mcm bodoh tahap petala…terima semua seadanya…adooiii..stress tengok..langsung x melawan plak tu…

  16. kak jie tak tgok lah dah…sebab dah melangkah tengok episod akhir kat youtube…tak perlu nk tunggu lagi. dah tau 😆

  17. Salam Kak Jie,
    Sebenarnya Su ‘seram’ dgn cerita bersiri ni. Dia ada ‘virus gam’. Dah tengok, sure akan ‘melekat’ punya… Tapi adakalanya tewas juga, apalagi ada promosi kekawan yg cakap cerita tu sedap, cerita ni sedap. Aduhai… lemah betul la. huhu

  18. owhh..rupanya jie melayan jugak cerita ni yerr…
    sama ngan akak…mengisi masa petang…kdng2 tv tgk tuan..

    yg paling perasan sekali..bab jegil mata..(tebolah butir mata) , xcene tu pula amek masa yg lama..masing2 terpegun…dah jd semcm trademark utk cerita2 hendon..
    – jegil mata
    – berdoa
    – terpegun lama
    – ego yg tinggi
    – terlalu merendah diri

    tp ttp layan jugak…ehhee..dah tk de citer best…

  19. saya layan Ilusi tiap hari di TV3 jam 6:30pm. kak jie try layan.menarik gak. pasal sixth sense ..

  20. tu lah..memang trademark mereka begitu kan?asal drama seperti ini pasti ada saja yang sama..tak lah berbeza sangat trademark mereka..ish

  21. :mrgreen: huaaa tak tgk pun, kije la kak… tapi btl kata kakJie tu, part pakaian kalau yg mewah tu, amboi seksiii bangaaat 😀

  22. seronok pula tengok ashraf cakap Indonesia… tapi nampak muka dia ‘masuk’ dalam pasaran di sana. kalau di sini ketara sgt dgn pelakon lelaki kita… sebab org sana banyak kacukan Belanda, mungkin…iras2 Ashraf

  23. hahaha…yang kaya teramat kaya, yang miskin teramat miskin
    jarang nampak kehidupan yang sederhana…. 😆

  24. selalunya tertengok juga drama ni, lepasa tengok spongebob pukul 5.00, drama sinetron ni muncul, lepas tu kelas fardhu ain.

  25. asrap sinclair berlakon tuh.cakap indon seyh! ahahaha..lg satu sinetron indon ni dia suka zoom tang muka klu ada babak2 yang memerlukan emosi dan feeling lebih. nak suruh penonton memahami apa yang mesej yang nak disampaikan melalui mimik muka tanpa memerlukan sebarang dialog.haha

  26. selalu kalau sinetron ni

    1.kalau orang baik selalu jer malang nasibnya, tapi orang jahat dia buat last-last baru dapat bencana

    2. lagu tema dia sedap, sampai tercari-cari siapa yg nyanyi

    3. Pelakon utama dia tak pernah yang buruk ke hitam gelap ke, muka pecah rumah ke, semua muka persis macam model, kacukan belanda, putih bersih

  27. sebenarnya..apa nak dikejar…sekarang astro beyond kan ada hehehehe 🙂 🙂

  28. sebenarnya sudah lama maza tak layan sineteron

    kalau dilayan takut balik terkejar2..mcm cerita winter sonata dulu2 itu.. huhuhuu

    xcdnt aniaya lak kat keluarga maza, kan?

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  29. rajin kak jie ngadap. zana tgk bila gi umah inlaw je. kalau kat rumah bergaduh ngan anak rebut siaran.

    bagus dah abis. logiknya kedaung betul. hehehe…

    dia dah tau la mak dia siapa ek??

    mesia rasanya ada garis panduan tentang lakonan berkaitan solat ni rasanya…

Comments are closed.