Cinta Dan Anugerah
Live Blogging

Cinta Dan Anugerah

Petang² selalunya saya tertengok juga sinetron Indonesia kat tv ulangtayang berbayar tu. Tapi sekarang saya kerap tengok muka Ashraf Daniel Sinclair suami kepada Bunga Citra Lestari dengan pelakon cewek manis Indonesia Nabila Syakieb dalam drama Cinta dan Anugerah di TV9.

Saya tak nak bercerita pasal sinopsis drama Cinta dan Anugerah tetapi hanya ingin menyentuh dua perkara yang agak ketara dalam setiap sinetron dari Indonesia.

1 . Kalau watak jahat mesti bercakap menjerit-jerit seperti dirasuk syaitan dengan mata terbeliak.

2. Tiap kali ditimpa musibah, mereka mesti solat dan berdoa. Bab doa tu yang istimewaa kerana mereka berdoa terus dalam bahasa pertuturan yang mudah. Dia bercakap direct apa yang dia mahu. Bukan doa dalam bahasa arab yang kita sendiri tak faham .  Drama kita jarang fokus pada dialog berdoa ni… dia beraksi tanpa dialog.

Semua perkara ada sisi baik dan buruknya apalagi kalau dari negara luar, sudah tentu budaya dan adat berbeza dengan kita.  Pandai-pandai sendirilah tapis mana yang baik  buat sempadan, mana yang berlawanan dengan tuntutan agama dan adat kita abaikan.

KebesaranMu (Ost Cinta Dan Anugerah)
Kau,tempat ku mengadu hati,
pemberi segala hidup,
dunia dan seisinya milikMu,
mencintaiMu sejati ..

Ku manusia yang penuh dosa,
berharap ampunanMu,
lihat di langit kesempurnaan hadirMu,
Kau cinta pertama dalam hidup .

Allahuakhbar Maha Besar ,
MemujaMu begitu indah ,
Selalu Kau berikan semua ,
KebesaranMu Tuhan .

KebesaranMu – Kumpulan ST12

Cukuplah dua yang sangat ketara .  Kalau ada lagi, boleh tambah di ruangan komen.

©kujie – baru habis tengok episode akhir Cinta dan Anugerah ( episode 244 )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Cinta Dan Anugerah

  1. Sy mmg stuju dngn pndpt korang smua…….. mmg bnr crta sinetron indonesia pnjg brbelit2. Apatah lagi CDA 244 episod… sbrlah…. sy tngk juga walaupn trpksa menunggu trlalu lma. sbb mak sy org indonesia(mastautin) & ayah sy pla org malaysia… lagipun sy tngk crta mlysia trmsk indonesia.
    Sbnrnya kalau boleh tngklah sbb 6 april 2011 adalah episod alhir(esklah tu….. x sbrlah rsanya.

  2. cerita ni pelakon cantik2 semuanya, actingpun bagus2.. tapi jalan cerita out.. hampeh.. patut cerita ni lama dah tamat tapi dia punya meleret mak aii….. scene yg tak logikpun byk.. bole ke buat plastik surgery boleh tukar rupa jadi org lain tak ada cacat langsung.. suarapun bole tukar ke?? cop jari tak cek ke??? citer ni sikit2 nak bunuh diri.. c haris lagi kalut.. dah kawin ngan mak bole ke nak kawin ngan anak? karut marut sungguh sntrn ni. I bagi 2 bintang dari 5.. tupun sbb pelakon2 dia kira OK la..

  3. ASSALAMUALAIKUM,APA KHABAR KEPADA SEMUA YANG PEMINAT CERITA CINTA DAN ANUGERAH?SAYA SUKA MELIHAT CERITA CINTA DAN ANUGERAH PADA TIAP-TIAP HARI.

Comments are closed.