Kucing

Wad bersalin bayi terbiar

Ini adalah senarai kucing yang pernah singgah di rumah saya. Rasanya saya perlu buka “wad bersalin” di rumah.

kucing5

Kucing berhigh maintenance yang pernah singgah. Akhirnya diketahui juga siapa tuannya,.   Itu pun setelah tuannya membaca myspace anak saya yang dilink kan pada entri di SINI


kucing-1

Bayi ke-2 saya jumpa di dalam almari baju Along. Along 2 minggu sekali baru balik, rupa² ada bayi yang disorokkan… Bakal juara dunia pingpong ni!  Kecik² dah berlatih table tennis.

kucing3

3 bulan lepas saya terserempak lagi dengan  bayi baru bermain² di taman rumah .   Pertama kali dia bertemu manusia….garang macam singa.

kucing2

Ini pagi tadi .   Intai  dalam kotak ternampak  2 ekor. Patutlah dalam minggu ni saya nampak ada ibu kucing berkeliaran kat luar rumah, rupa² ada yang datang bersalin.

kucing4

Ha! Ini bukan bapa kucing. Bulan lepas mengiau-giau bunyi dari atas siling rumah. Tak tahan saya nak dengar, saya paksa suami memanjat malam² buta. Dia nampak 4 ekor anak kucing tapi tak dapat nak tangkap dah lari menyorok.

Sepanjang minggu siling rumah saya ada bunyi mengiau dan  mencakar².    Semua anak² kucing ini akan hilang ( bawa diri @ dibawa lari )  kira-kira selepas 2 minggu .

Saya tak suka bela kucing.   Bukan benci.   Tetapi rumah saya adalah Hospital Bersalin Kucing.

EDIT: TOMOK Menang OIAM malam tadi….1 juta tu!  Saya tak pernah pun ikuti OIAM tapi selalu baca preview tentang Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan di blog lain….kebanyakkan pendapat mengatakan Tomok semakin bagus dari zaman beliau bersama Newboys

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Wad bersalin bayi terbiar

  1. Comelnya si high maintenance tu… oren lagi. Yang garang macam singa tu pun sama… ha ha ha. Banyak cantik muka dia nak marah orang sedangkan dia sendiri yang trespassing… ha ha ha. Hospital MiauMiau (Miu-Miu dah ada dah, kan?) 😆

    ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…

    1. @OD, tak pernah marah , tak pernah jemput…tu yg selalu ada kucing dtg beranak tu

      agaknya lepas 2 minggu..bapa2 kucing dtg jemput anak2 dia kot… :mrgreen:

  2. lawak la kak jie…

    kira ok la kot.. mcm kawan zana… tucin duk dlm enjin keta dia. sib bek tak jalan tros. ada plak bangkai kat enjin keta kang. hehehehe…

    1. @Zana, was bersalin zana….mcm2lah jenis yg dtg :mrgreen:
      seram tu..kawan kak jie…dia sanggup keluar tak bawa kereta sbb bila dia hidupkan engine…kucing2 tu bukan nak lari…..lagi dtg dekat ada
      dia syg kucing…dia g surau jalan kaki je…hahahaha

  3. okla tu kak jie kucing dtg beranak, pastu hilang.. tak mengganggu tuan umah..

    yang saya ni apela malang agaknye kucing datang, membuang bahan buangan.. pastu blah.. marah betul!! 👿

    dahle berak dalam planter box dekat dgn bilik.. abesla bilik air bau asshem.. huhu 😡 seb baik tak penah jupe kucing yang buat onar tu.. klu tak siapla! 😈

    mrs azmis last blog post..kisah hari ini~

  4. comelnya kucing kucing tu Kak Jie..
    tapi kalau bagi, neeza angkat tangan. Neeza takut bela kucing..
    geli dengan bulu dia.. and tak elok untuk kesihatan..
    suka tengok dari jauh je.. :mrgreen:

    Neezas last blog post..Cacamerba

    1. @Neeza, samalah kita neeza….comel tapi tak boleh nak bela
      tapi ni….ibu2 bunting yg cari tempat perlindungan
      kena jaga la kejap…. :mrgreen:

  5. ooo..comei gile suke2..keje sy ialah menjaga kucing sendiri (sekor jerk)..dan kucing abg dan kakak bile depa outstation. Sy dulu rimas dengan kucing ni bukan tak suke cuma kelam kabut skit. But bila dah mula jatuh hati jumpa kucing jerk mesti histeria.. :mrgreen:

    catzers last blog post..Boroi Itu Bahagia?

    1. @catzer, rumah kak jie konsepnya terbuka…sentiasa pintu terbuka..kebetulan mmg rumahnya di jalan utama…hahaha

      :mrgreen: tapi kucing2 tu akan pergi sendiri bila dah sihat :mrgreen:

  6. sempat akak selitkan kemenangan tomok ek??
    huhu…

    akak jadi mid-wife kucing je laa…tk yah jadi mak kucing…
    atas siling pon jadi kucing ni nak beranak, tak ke panas…

  7. saya tak undi untuk OIAM ..tapi saya tak penah miss tgk tomok beraksi..mmg byk perubahan dia..berbaloi dia menang duit tuh..

    arins last blog post..Wee

  8. hati2 dgn kucing yg beranak atas siling..

    aritu, kat umah sy, ada kucing beranak kat atas siling..
    pastu, anak dia mati, agaknya.
    4 hari ulat jatuh ke lantai…
    eeeeeeeee…. ngeri bila mengingatkan… ulat bangkai… besar2… macam ulat yg org sarawak makan tu…

    blueeekkkk…
    oopppsss… termuntah plak 😛

    psssttt… sy minat tomok sejak dia masuk oiam… dia very humble.. patut menang sejuta tu… tak teringin ke dia nak bg saya 111,111.11 sbg hantaran… muehehehehe

    1. @kutaksempurna, eee…rasanya kalau mati pun tak sempat berulat…kt bumbung tu panas…agaknya mati rentung..kering :mrgreen:

      saja nk alih….perhatian..tka moh nk imagine mcm tu :mrgreen:

      hahahaha………… kalau angan dari jauh je.. hanya 0.11% keberangkalian untuk berjaya :mrgreen:

  9. aisey. tomok menang. haha..tahniah..

    pasni, aku tahu mana nak bawak kucing bersalin.. 😈

  10. Salam kak jie..hahaha, pic last tu…bukan “bapak kucing” ek?..Kak jie memang dilahirkan mempunyai kelebihan sifat ke”ibu”an, tu pasal kucing yang sarat bunting, suka bersalin di rumah (atau kawasan rumah) kak jie…..Nasib baik kucing tak boleh berkata2 kan…kalau tak depa panggil kak jie…”mama G”….amponnn….

    ah mat gebus last blog post..SUP AYAM MAT GEBU

    1. @ah mat gebu, amboiiiiiiiiiiiiiiii mat..gambo yg last tu terang je mata ko nengok ye…dok intai2 dari bawah tu….hahahaha

      teringin je nk pedajal…. :mrgreen: tapi takut kena hempap :mrgreen:

  11. Tentu ada sbb kucing2 tu pegi sana utk bersalin. One of the reason surely tuan rumahnya baik hati. Saya suka juga kucing tp tak minat bela. Tak sanggup nak urus.Dari terbiar, biarlah insan2 yg berkelayakkan menguruskan mereka.

    1. @Ismail N, samalah saya…. tak pernah bela kucing dan tak berminat pun…rasanya kucing2 ni ujian utk saya yang tak suka dia…hehehe :mrgreen:

  12. kat umah saya tak boleh bela kucing sbb ayah saya tak tahan ngan bulu kucing tu..ade asma tp sy sllu bg kucing jiran makan..nak makan je, datang umah saya..tak balik pun umah tuan dia.. :mrgreen:

    Mohd Hafifis last blog post..Fast Update!!

    1. @kruel74, sy pelik….sebab lepas beranak…anak2 dah boleh berlari…kucing tu terus hilang..sy tak pasti di bawa ke mana…kalau ikut yg singgah tu…mmg byk…

      tu yg ckp mcm hospital bersalin …. :mrgreen:

  13. salam kak jie… ahmandulilah ada juga tempat kucing2 tu menumpang teduh buat seketika. saya dan keluarga memang suka kucig. kat rumah saya ni sentiasa ada kucing sekurang2nya sekor… yang dibela semuanya kucing mendatang. nak dibuang kesian… jadi teruslah membelanya sampailah dia pergi sendiri.

    TokNabes last blog post..Ah… Leganya

    1. @TokNabe, tak pernah bela tapi mmg ada saja kucing kt kawasan rumah….selagi dia tak kacau…..masing2 menumpang hidup di bumi yg sama… :mrgreen:

  14. kak jie, umah MIL elin ni pun dh jd hospital kucing leh la joint ngan hospital kak jie geggegeg

    1. @Elyn, itulah……….. tgok mcm2 jenis, warna kucing pun terhibur juga
      comel………..je…

      tgok jernih muka anak2 tu….rasa sayang
      tapi tak pandai nk bela

    1. @kenari, iyelah tu..dia rasa tmpt tu selamat…naluri seorg ibu..mesti nak anak2 selamat….

      cuma ada manusia je yg berhati lebih buruk dari binaatang 😕

    1. @fiezabaiduri, tak sempat nk tatap lama2…..lepas tu lesap
      tak berani nk pegang..kata org..kalau dia bau anak dia ada bau manusia
      dia bunuh anak dia…

  15. Salam… Kak Jie.. Nur suka sangat blog akak nih… 😀 Banyak entry2 menarik..

    Tentang jadi wad bersalin kucing .. tu agaknya ada kucing2 yg pernah bersalin kat rmh akak dok sebarkan kt kenkwn dia ..dapat layanan 1st class kot hehehe 😉 😆

    Nur suka sangat kat kucing.. kt rumah ni ada 4 ekor.. :mrgreen:

    Nurs last blog post..selamat bercuti…

    1. @Nur, Salam Nur…. blog makcik2 Nur..macam2 yg nak dileterkan
      hal anak2…hal diri sendiri…hal kucing…hal laki bini :mrgreen:
      sesekali hal kawan2 :mrgreen:

  16. kami sekeluarga minat kucing. tp sekor kucing pun kami tk bela. hihihi

    1. @cikgu jawe, sy mmg tak suka bela..tp tak de sebab nak marah2 dia kalau dia tak wat salah….. :mrgreen:

    1. @pcuserz, dia dtg sendiri…tapi pandai pula bawa diri..tak pernah dia masuk dlm rumah atau wat hal2 yg boleh kecilkan hati ruan rumah…dtg bersalin je :mrgreen:

    1. @Mindaku Di Sini, yelah……..kak jie baca gak entri

      jiran dpn rumah kak jie ada 30 ekor kucing.. ada sekor tu buta, kena langgar kereta…semua kucing terbiar

  17. Ha’ah… kak jie.
    Saya selain dari blogging, saya jugak BIDAN kucing bersalin. Yang baru ni, saya dapat cucu 5 ekor sekaligus!

    4 perempuan, 1 lelaki. Nak tau nama dia?
    1. Macy Grayy
    2. Oprah Winfreyy
    3. Paula Abduul
    4. Reehanna
    5. Chris Braun

    Nanti saya letak picture cucu saya tu kat dalam blog saya… hahahahah.

    1. @rohaizad, wahhhhhhh….dah ada cucu

      glemer pula tu nama…sy ade ikan koi dulu
      nama mr.bean, Lizzie Mcguire , Freddy Krueger :mrgreen:

      wahhhhhhhhhhhhh….chris braun tu…! :mrgreen:

  18. Sib baik masa Kujie ambil gambar suami panjat syiling tu kain dia tak terlucut….
    Hahaaaa…. 😈

    JimieRays last blog post..Pengalaman Menghadiri Majlis Gay

Comments are closed.