Minggu lepas Julie tak sihat. Tak nak makan dan suara jadi serak. Dua hari selepas tu, mata kucing dah berair dan bertahi mata.
Saya bawa Julie ke Klinik Haiwan Daerah Gombak di Rawang. ( Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak ). Dalam ruangan komen entri lepas, ramai yang bertanya klinik haiwan tu di mana. Lokasi Klinik Haiwan Rawang dihadapan Petronas pekan Rawang ( Taman Greenpark ) .
Waktu rawatan di klinik haiwan ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari sahaja.
Kalau nak suntik vaksin kucing, silalah telefon dulu . Nombor telefon Klinik Haiwan Rawang : 03-60919962 / 03-60924148
Doktor cakap Julie demam. Ubat kucing demam tu kena suntik 2 kali. Kemudian doktor titiskan ubat mata.

Ubat demam kucing ada 4 biji, makan setengah biji sehari sekali. Vitamin untuk kucing ni sekali sehari sebanyak 1ml. Guna picagari senang nak bagi kucing makan ubat. Semua kos di klinik haiwan yang perlu dibayar adalah RM20.00. Semak senarai harga ubat kucing di klinik kerajaan di sini – Harga Ubat Kucing Di Klinik Kerajaan
Ubat sakit mata kucing saya beli di farmasi jenama Nicol dengan harga RM4. Apa saja jenis ubat mata yang manusia boleh guna, kucing pun boleh guna. Tak boleh gunakan Eyemore ye, itu bukan ubat sakit mata.
Cara Bagi Kucing Makan Ubat
- Tangan kiti pegang bahagian tengkok atas, dongakkan muka kucing.
- Buka mulut kucing dan letak ubat di bahagian tepi dinding mulut.
- Kucing akan terus telan ubat tersebut.
Pertama kali bela kucing secara serius, memang banyak perkara baru yang kena belajar. Macam jaga anak kecik lah pula, tambahan sekarang Julei sedang mengandung anak pertama. Kesian je tengok dia lemah terbaring dengan mata yang berkedip-kedip minta perhatian.
Kalau perlukan panduan dan nasihat mengenai cara menjaga kucing, boleh baca di sini – Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!
Kasihan ya ,kalau hewan peliharaan kita sakit>mereka tidak tahu apa yang dirasakan karena tidak bisa ngomong
Jom terjah post menarik dari estri ..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat Putih
saya dulu letak eye more jer..ehhe tapi oklah tahan jugak waalupun sikit..
Jom terjah post menarik dari Faiza Fredley ..Aksi Askar vs Polis di Perlis Paintball Field
Kalau sakit mata yag teruk sampai taik mata berkerak.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..6 formula pantas menambah susu ibu tanpa bantuan suplemen
salam kak.. dlu kceng sy skit mata teruk sgt smpai bengkak.. pastu vet bg ubat mata cam gel.. dia kata kat farmasi pn ade utk org punya.. kceng leh guna..
alhamdullilah cpt baik nye 🙂
Panas badan si julie ni. Macam budak2 jugaklah….Kalau bertahi mata, panas badan kata org tua2…
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Temuduga PPTM F29 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Ala haiii…siannya Julie , dah lah mengandung…demam le pulak. Macam orang gak depa ni..bila mengandung macam2 sakit yang datang..
Jom terjah post menarik dari hannyabdullah ..Dayre Applikasi Terbaru Yang Semakin Meriah
dok bersin je..tapi julie mudah makan ubat
kita dok basuh balkoni , dia datang nak main air ….jenuh tak bagi dia main air
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buah Nam Nam Buah Katak Puru
Kak Jie, nanti kongsikan tip pasal mandikan kucing. Kucing saya nama Goldie, baru semalam saya mandikannya dengan mandian utk hapus kutu. Lepas mandi terus merajuk. Hari ni lari dari rumah tak balik-balik lagi. Nyesal pulak saya mandikan dia. 🙁
Jom terjah post menarik dari Stuwie ..Dari United Kingdom ke Malaysia dengan Basikal
cian Julie….hehehehe..Meoww Alynn tak pernah bawa g klinik pun..huhuuu
Jom terjah post menarik dari Alynn ..YB Nak Datang Rumah? Biar Betul??
hoho..cucu pertama kahh??
Jom terjah post menarik dari titan ..Berapa ramai yang masih guna lampu MENTOL di rumah?
Assalamualaikum,
makin manjalah kalau tak sihat…cian dia
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cita-cita Saya Nak Jadi Wakil Rakyat PAS
Siap ubat tu haa.. hehe!
Kakjie, kucing saya kuat bersin. awat??? ka tercekik tulang atau tuan dia busuk :3 ?
Jom terjah post menarik dari Syahril Hafiz ..Susu Kambing Segar & Susu Lembu Segar. Mana Lebih Baik?
ololoh…mesti julie ni manja ngan akak ye =)
Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Tahniah! Pemenang Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb
Semoga cepat sembuh.. kesian ibu2 mengandung ni.. =)
Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Contest SEO momsavenues.com