Minggu lepas saya bawa Julie ke Klinik Haiwan buat pertama kali selepas dia beranak. Bercadang nak bagi Julie suntikan perancang kebuntingan tetapi ubat dah habis. Doktor bagi suntikan vitamin dan ubat cacing ( deworm ).
Ubat cacing kucing ( deworm ).
Ubat cacing cecair untuk anak kucing berharga RM 5 dan ubat cacing untuk kucing dewasa ( canlverm 175mg ) berharga RM 5. Suntikan vitamin untuk kucing dewasa berharga RM 10. Harga ubat kucing di klinik haiwan, sila klik di sini – Harga Perkhidmatan Dan Ubat Kucing Di Klinik Haiwan
Kucing perlu diberikan ubat kucing setiap 3 bulan sekali. Kalau anak kucing dibawah umur 6 bulan, ubat cacing perlu diberikan setiap bulan.
Balik dari klinik saya bagi kesemua anak-anak Julie termasuk anak susuan ( 4 ekor ) minum ubat cacing. Saya dah tahu teknik nak bagi kucing makan ubat. Bukan senang tau..kalau kita tak biasa.
Masa Julie baby, selepas balik dari klinik, dia terus berak dan keluar cacing. Nampak jelas cacingnya. Tapi anak-anak 6 ekor ini tak ada yang berak keluar cacing. Mungkin juga disebabkan Julie dilahirkan entah di mana, dibesarkan oleh ibu entah siapa tanpa penjagaan kesihatan.
Julie pula kucing yang saya berikan suntikan vaksin berjadual dan penjagaan kesihatan yang baik. Anak-anak kandung dan anak susuan dapat susu dari ibu yang sihat.
Anak-anak susuan Julie telah pun dikembalikan, sekarang tinggal Julie bersama 2 ekor anak kandungnya ( Camo dan Natalia ) dan Nyet-Nyet seekor anak angkat yang diselamatkan dari seekor monyet.
Yang berwarna putih 3 ekor tu anak angkat Julie. Kami panggil Tikus Makmal sebab badan kecil comel kalau berjalan macam tikut-tikus putih di dalam makmal. Beberapa hari lepas Julie macam tak ada mood, muka tak berseri macam sedih… mungkin rindukan anak-anak susuan dia kot.
Semalam saya mandikan Julie dan grooming cantik, nampak lebih comel dengan bulu gebu bersinar. Maklumlah sebelum ini sibuk nak menjaga 6 ekor anak, tak ada masa nak jaga diri sendiri pun. Mak-mak memang macam tu kan Julie…. tak sempat nak jaga diri sendiri kalut uruskan anak-anak.
Sejuk mata dan happy jiwa tengok kucing dan anak kucing sihat…alhamdulillah…
Bela kucing memang kena jaga elok2 supaya dia tak mudah sakit..ubat cacing, vaksin, ubat kutu..yang paling saya ingat, vitamin yang saya pernah bagi kat kucing saya dulu..sedap betul bau..gel macam caramel pekat..dengan tuan2 rasa nak makan. hahaha
hoho..ambe tak pernah grooming kucing…takat tgk2 jer..hehe
hari tu sempat tgk kedai grooming binatang..mmg berkilat habislah bulu kucing tu…
tak ku sangka anak kuching pun ada ubat cacing
kak jie memang pandai jaga kucing
Untung Julie ada yang take care macam ni..haha
kalau dulu kucing makan apa saja boleh di makan.. sekarang beda betul. 🙂
Masa bela kucing dulu tak pernah beri pun ubat kucing..bawa jer ke padang, dia akan cari sendiri ubat dia untuk cuci perut.. tak tahu pun apa nama daun tuh.. tapi sure dia muntah berserta cacing2nya..
Macam mana la agaknya Kak Jie bagi makan ubat cacing tu ye?Harap anak2 kucing tu semua menurut perintah dan arahan tuannya mas makan ubat..demi untuk kebaikan si kucing jugak..
Kucing yg dulu bukanlah yg sekarang,
Dulu dia bebas, sekarang inside cat,
Dulu makan ikan, sekarang makan friskies
heheh
Semoga anak-anak kucing ni membesar dengan sihat
mantap betul kak jie. Sya tak pernah pula bagi kucing ubat cacing. Tak tahu pula kena bagi 😀
tak hairan ada yang sanggup berbelanja besar kerana minat dengan kucing….ada pahala tu!
ololo keciannya..sy x larat dah nak layan anak kucing ni..rumah sendiri pun x terjaga
1st time dgr ubat cacing utk kucing..biasa utk org je..hehe
Bertuah Julie dan anak-anak dijaga dengan baik oleh tuan mereka.
Kalau ada rezeki, boleh jumpa Julie dan anak2 Julie nanti..
macam ni rupanya ubat cacing anak kucing pertama kali tengok
Comel-comel anak Julie
Hmm… Geram nya tengok baby kucing, rasa nk picit picit.
Wah ada ubat lagi…kucing ni kalau kita pelihara dia, mesti jaga macam manusia..sebab itu haiwan kesayangan Rasulullah S.a.w.
Tringat zaman bela kucing kat kampung dulu kucing makan rumput pastu muntah kuar cacing
Kucing sekarang manja betul… kucing dulu takde makan ubat-ubat cacing ni… 🙂
Kucing dulu bela bebas lepas..dia boleh cari ubat sendiri… kucing skrg duduk dlm sangkar 🙂