Rutin harian saya bersama Julie sejak 4 bulan dibela.
Kalau saya lewat buka pintu bilik, dia akan mengetuk sambil melompat melanggar dirinya ke pintu. Bila di buka, Julie biasanya akan duduk di hujung sejadah sehingga saya selesai solat. Kalau saya tak keluar, baring semula atau membelek telefon, dia akan kuis dan usik sehinggalah saya buka pintu dah keluar.
Rutin kami setiap pagi, keluar rumah dan duduk di taman sambil beri ikan makan. Waktu ini Julie akan melompat dari satu batu ke satu batu sambil menjilat air embun dan makan beberapa helai rumput.
Walaupun rumput di halaman basah dan taman masih lembab, Julie pun tak kisah. Julie bukan kucing bandar yang perlu grooming jaga penampilan..hehehe
Hari ini saya nampak Julie muntah selepas makan beberapa helai rumput. Orang-orang tua kata, kucing makan rumput untuk dimuntahkan semula bagi mengeluarkan bulu-bulu yang tertelan sewaktu dia menjilat dirinya. Kucing kan suka membersihkan diri. Lidah kucing ada sisir halus seperti sikat.
Pandainya kucing. Tak perlu Google atau diajar makbapa pun dah boleh tahu cara dan petua untuk kesihatan diri.
Kalau kucing yang tak berpeluang menjejak tanah dan makan rumput, gumpalan rambut yang terkumpul di dalam perut yang dipanggil ‘hairball’ boleh menganggu sistem penghadaman. Kalau tak salah, ada rumput untuk ditanam yang dipanggil Pet Grass dijual dipasaran. Rumput organik yang ditanam dari biji benih tanpa perlukan tanah.
Saya tak gunakan racun untuk taman, jadi tak risau kalau Julie makan rumput untuk kebersihan perutnya. Lagi pun Julie bukan jenis kucing berbulu panjang dan lebat, bukan kucing high maintenance.
Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!
Ya betul Kak Jie, kucing saya (comel) pun bila buka pintu terus ke luar pergi ke rumput di depan rumah. Terus memakan rumput di situ. Sekarang baru saya tahu kenapa kucing makan rumput.
iya aku juga sering lihat kucing suka makan rumput…
hmm kucing den tak pernah pulak den nampak dia muntahkan bulu dia.. umi den suka bagi dia makan kangkong..huhu
As salam…baru wan tahu kenapa kucing makan rumput. Wan pun pencinta kucing sebenarnya. Baru hari ni wan tahu hal sebenar. Thanks kak. 🙂
Betul kak jie…abah selalu ckp kucing makan rumput utk ubat dia…hehehehe…bukan main dia mengendap ikan2 dalam kolam tu ye..
ciptaan Allah sememangnya begitu indah . tiada sangkalan mahupun bidisan ..
erm..nanti dah duk sekali ngan wife memang nak bela kucing hajatnya..belum masanya lagi..tak dapat nak bela..:D
memang betul tu…mak saya pun cakap macam tu
Pernah nampak kucing muntah dan ada hairball,ingat dia makan anak burung ker hehehe..
Kucing memang bijak jaga kesihatan
memang biasa dah kucing makan rumput nih..
kucing cari penawar sendiri. Allah dah tunjukkan..
🙂
*seronok bela kucing kalau ada laman macam K.Jie ni..
ternyata kucing makan rumput untuk membuang sisah bulu yang termakan ya. saya baru tahu nih..hehe
wah syoknya bela kucing….teringn sgtnak bela kucing tapi student ni susah sikit nak bela binatang nih…
oh baru tau pasal kucing makan rumput untuk dimuntahkan…
Tumpang rasa bahagia plak baca kisah Julie K Jie ni 🙂
Baru je borak ngan member pasal kucing makan rumput ni.. hehe..
Dulu saya ada tgk/baca recana pasal kucing makan rumput ni.. lupa dah kat mana.. depa kata sebab nak memuntahkan lah.. kucing2 saya kat kampung pun macam ni.. dahla muntah merata.. tsk3..
tapi kekadang kucing ni pandai juga cari ubat.. makan daun2 pelik kalau diorang sakit.. dulu ada sekor kucing saya suka makan petai.. huhu..
selama nih dayah cuma tahu kucing makan rumput sebab ubat..
baru tahu kisah nya…rupanya utk muntah balik.. ohhh..
assalam..
kdg2 kucing makan daun2 terpilih, bukan jer rumput..
kebanyakn haiwan karnivor tidak laa 100% pemakan daging..
hanya spesis ular jer yg 100% karnivor..
*off topik* istilah zaman dolu2:
• karnivor = ‘maging’
• herbivor = ‘maun’
#LOL