Dua-dua kesayangan – kucing dan sofa. Ini adalah tempat kegemaran Julie dan nampaknya telah menjadi tempat lepak turun temurun anak beranak.
Sesiapa yang bela kucing mesti ada masalah untuk mencegah kucing kesayangan kita melepak di atas sofa sehingga meninggalkan bulu kucing dan bau. Sofa saya di dalam gambar tu tak apa, sebab itu sofa lepak keluarga nak tengok TV bukan di ruang tamu.
Walaupun kita jaga macam mana baik sekali pun, bulu kucing tetap akan gugur, itu adalah penciptaan Allah untuk makhluk yang hidup. Mustahil bulu kucing tak gugur langsung. Sama macam bulu rambut kita…. normal kalau ada yang gugur. Sikit atau banyak saja bezanya.
Saya gunakan berus bulu kucing yang halus untuk sikat dan bersihkan bulu Julie, jadi tahap keguguran bulu kucing adalah minimal.
Petua untuk menghalang kucing daripada melepak di sofa sehingga tinggalkan bulu dan bau ialah gunakan cuka. Campurkan sedikit cuka di dalam air dan spray di permukaan sofa. Jangan risau sofa kita tak rosak malah cuka banyak digunakan dalam tips rumahtanggan untuk hilangkan kotoran degil pada pakaian atau alatan dapur.
Cuka juga digunakan untuk mengelak kucing berak atau kencing di tempat yang tidak dibenarkan. Spray campuran cuka dan air di kawasan keliling sudut rumah atau di luar rumah. Kucing ada deria bau yang kuat, dia boleh hidu bau cuka yang tidak menyenangkan.
Sebenarnya cuka ada banyak lagi kegunaan lain. Kalau cuci pakaian bayi, untuk bilasan terakhir, campurkan sedikit cuka. Ianya boleh meninggalkan sisa kimia sabun untuk melindungi badan bayi.
Kalau pakaian yang melekat dengan bau badan, boleh spray cuka di tempat tersebut dan biarkan semalaman, esoknya cuci pakaian tersebut seperti biasa.
Boleh gunakan cuka untuk membunuh rumput di taman. Ini untuk taman sekangkang cucu kera, kalau taman besar sekangkang bapa kera tak berbaloi nak spray cuka keliling rumah.
Petua yang saya bagi ini gunakan cuka makan ( vinegar) bukan cuka getah (asid formik) yang digunakan untuk membekukan getah cair. Cuka ni murah saja, tak rugi pun untuk dicuba…kalau ada petua lain yang boleh digunakan, kongilah bersama kami ye.
Tip ini anak bujang saya yang beritahu dan saya telah berkongsi bersama jiran-jiran sewaktu perjumpaan majlis makcik-makcik jiran sekampung.
okeh. esok gak beli cuka.
Tak berbau ke kalau letak cuka?
setakat ni 3 ekor yang saya baru bela tuh belum lagi ada niat nak melepak kat sofa…baru je nak mengenal sekeliling..ada la panjat sana sini..tapi belum rasa nak melepak..main je kejenya..maklumlah..masih baby..:D
Terima kasih atas perkongsian yang menarik
As-salam..
1st time singgah sini. Simple jer…petua ni nanti nak cubalah coz kekucing kat rumah tu memang suka lelepak atas sofa.
assalamualaikum kujie…tips yg baik ni dan akan dicuba selepas ini…;)
wah…!! kucing tu mcm tajam2 bulunya… tips cuka tu sy akan cuba… sbb kucing dirumah asal ada tmpt yg ada bau2 kucing, confirm kencing sesuka hati…hehehe
TIPS baru yg dipelajari utk elak dr kucing duduk disofa….xdela lepas ni bulu kucing..
Boleh cuba nih…ada 4 ekor kucing kat rumah ni..tapi buat masa ni biarlah dorang duduk kat sofa hehe..tukar sofa baru nanti baru boleh cuba..yang ada ni memang dah lunyai..
Bagus betul petua nih. Akan cuba nanti… Bila ada kucing kat rumah. Hehe. 😀
Idea bagus ni. Isteri n anak2 memang suka dengan kucing…
Saya baru tahu apa yang boleh dimanfaatkan dengan cuka makan..sebelum ni ingat ia untuk dimasukkan ke dalam makanan je..thank Kak Jie untuk info ni..
baru tau petua ni..
bagus, nanti boleh amalkan nanti 🙂
Banyak juga kegunaan cuka ya….
Apa pula kegunaan lain cili kak jie?
memang satu petua yang mudah dan berkesan nihh
Baru tahu petua ni, boleh cuba petua ni.
baru tau petua ni..igtkan cuka buat dlm makanan je..byk kegunaan cuka ni..sygnya rumah jie xde kucing klu tak bleh cuba..hehe
Err.. kalau si kucing suka melepak di lengan isteri berbanding isteri landing atas lengan suami, haruskah maza gunakan spray cuka ke ketiak isteri?
hehhehehe
Kena guna petua lain…. guna emas.
Beli gelang mas bagi isteri pakai…kucing tak selesa dok kt lengan yang berkilau kilau..hahaha
wah bestnya boleh bela kucing. saya sampai sekarang takut nak dekat hihi.
Waah…best nyeee petua niiii!!saya mencari2 petua nak elak kucing jantan saya x tidur atas sofa dan memancit dlm rumah.skrg dah jumpe.nnt nak try.thank you Kak Kujie.
Kucing tidak suka bau cuka.
bagusnya entry akak ni buat pembela kucing..hii..lama tak siggah sini 😉
baik punya tip
boleh cuba guna cuka tu..kucing jiran selalu berak kt pasu bunge..
wah seksi lah itu kucing tapi teringat kisah kawan baik yg punyalah suka pada kucing tapi wife dia tak suka jadi bila dia outstation wife dia akan hantar ke hotel kucing sampai jadi gaduh suami isteri.
Kucing-kucing yang melepak kat rumah saya selalu membuang kat laman rumah. Siap la dorang, nak kena sembur lepas ni. terima kasih kak ji bagi tip.
tips menarik ni.
boleh buat kat Cun ni. hehehe
Meow
kalau bab kucing je dia datang…kuat betul hidunya