Adakah Ikan Makanan Kucing?
Kucing

Adakah Ikan Makanan Kucing?

Baru-baru ni saya cuba nak uji tahap kerakusan kucing terhadap ikan. Selalu orang sebut , kucing mana tak makan ikan,kan. Nak juga tengok kucing-kucing saya ni boleh tak diharap kalau ditinggalkan ikan kat sinki dapur.

Keputusan yang sangat tidak terduga….

kucing tak makan ikan

Memasing pelik tengok makhluk ganjil dalam pinggan.

“mama….. apa ni?”

kenapa kucing tak makan ikan

Siap berbincang bawah meja bulat mencari penyelesaian kepada masalah kehadiran makhluk pelik di dalam pinggan.

Melati : ” ko rasa benda 2 ketul tu apa”

Fazura : ” bau kuat, petai kot…”

Beemo : ” ni mamalia macam kita juga ni…platipus kot…”

kucing mana tak makan ikan

Selepas ikan terhidang depan mata terbiar sepi cuma dihidu bau sahaja, saya rebus ikan tersebut. Bila ikan direbus dan disiat-siat halus, dibuang tulang barulah memasing berebut makan.

Kesimpulan kepada ujikaji ini :  Tuan kucing yang pening memikirkan kenapa ikan mentah tidak dimakan sedangkan ikan yang sama dimakan habis apabila dimasak….hehehe

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Adakah Ikan Makanan Kucing?

  1. Kalau kucing tu memang tak biasa makan atau nampak ikan memang pada awalnya takkan makan. Kucing saya ada seekor yang memang langsung tak makan ikan pada awalnya. Diletak depan mata pun buat tak tahu ja. Akhirnya kucing yang lain yang ngap ikan tersebut. Yang dia pula mengiau nak makan Friskies juga.

    Tapi ada satu masa kucing saya itu sakit dan susah nak makan makanan kering. Jadi kami rebuskan dia seekor ikan supaya lebih lembut dan senang baginya untuk makan. Dari sana dia pandai makan ikan. Bila waktu makan malam ja atau siang sekiranya ada ikan dia pasti menunggu di bawah meja untuk menunggu diberi ikan.

  2. saya x bela kucing, tp terfikir jugak pasal benda ni sebab kita semua terfikir kucing makan ikan, tp pelik gak kenapa ikan yang di masak kucing makan dan yang belum masak kucing x makan, sedangkan majoriti kucing x tinggal dengan manusia, kalau mentah x makan, bagaimana dengan kucing yg x tinggal dengan manusia, selalu juga terfikir macam ni, hehhee

  3. Ada juga kucing yang memilih nak makan ikan yea. Mungkin ikan yang dah rebus lagi sedap. Rasa lembut dan ada rasa garam dan asam.

  4. Salam Kak Kujie….memang kucing ini tidak suka kepada yang bentuk yang tidak biasa mereka nampak kecuali yang dah dimasak dan dihancurkan dalam bentuk berketul-ketul barulah mereka begitu berselera.

  5. Kucing saya tak nak ikan mentah..kalo makan siap muntah2 bagai.. die nak makan frieskis jer.. layan jer lah makhluk tuhan yang comel nie..

    1. kata org…anak2 mcm kain putih, kita yg mencoraknya….agaknya kucing pun mcm tu
      dah biasa bagi kibbles premium, ikan mentah dia tak kenal

    1. jenis kucing juga ye….mgknlah kucing kt rumah ni dah biasa makan biskut
      dia lupa tabiat asal dia…kes lupa daratan 😛

  6. haha kucing pekan ni.. klau kucing kampung jgn kata di letak depan mata, dalam sinki pun abes kena kebas hahahaha..

Comments are closed.