02/02/2011 – update terkini dari Mesir yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri – Berita Terkini Di Mesir
Update Keadaan di Mesir (23:08 GMT +8)(17:08 GMT +2)
1hb Feb 2010Baru ada kenyataan rasmi mengenai pemindahan pelajar2 menggunakan kapal TLDM yg berlabuh di Athens
Pelajar di Alex sudah mula mengemas & berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkn ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG
Ibubapa diminta sentiasa menghubungi anak2 untuk mengetahui keadaan semasa mereka di samping memberitahu tindakan kerajaan Malaysia kerana sistem komunikasi di Mesir sangat terjejas, ramai yang tidak tahu keadaan semasa.
Kawasan Kaherah dan Iskandariah sangat dikhuatiri . Bagi anak2 di Muhafazah lain, InsyaAllah keadaan mereka selamat kerana kawasan yg teruk terjejas ialah Kaherah & Iskandariah.
Setakat ini tiada laporan kes keselamatan pelajar2 Malaysia di sana, doakan supaya mereka sentiasa selamat.
Update : 02/02/2011
Bernama Online – Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari.
Sudah berunding dengan Menteri Luar untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
Berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.
=======================================================
entry asal.
Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.
Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.
Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.
Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh charge or no kredit so dah tak boleh call..
dan gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.
Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.
Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.
Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak
- Anda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )
- Mohon untuk tweet post ini
Untuk mengikuti berita terkini mengenai suasana dan keadaan di Mesir, boleh ikuti di blog > krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
=====================================================
Ini fast-entry, saya akan bertolak balik ke kampung sekejap lagi – Esok kembali semula.
Suami pesan, jangan cerita lebih² dengan mak, nanti mak risau. Algeria masih dalam keadaan stabil. InsyaAllah … doakan suami saya selamat di sana.
Allah . Moga mereka selamat di sana . Dan moga kerajaan ambil tindakan yang sewajarnya .
Saya ini bukan hendak mengambil kesempatan di air yang keruh perlu diingat kita pernah menghantar misi menyelamat dengan menghantar pasukan elit Paskal menyelamat kapal dagang Malaysia yang ditawan lanun Somalia teluk Aden.
Cuba kita pertimbangkan antara nyawa dan perdagangan mana perlu kita priority. 🙁
kesian diorang…hopefully diorang semua selamat…kite doa2 kan la yer 🙂
apa sebenarnya ada dlm fikiran menteri2 ni???mungkin ini yag dikatakan rakyat didahulu kann..taun depan nk undi umno lagi laaaa…untungg ade kerajaan yg sayangkan rakyat sampai tahap macam ni..alhamdulillah… Ya Allah hnya pada MU kami mampu meminta pertolongan..lindungilah keluarga kami di sana kerna tiada yang mustahil dengan izinmu..bukakan lah pintu hati menteri2 terutama muhyidin untuk segera membawa keluarga kami pulang…kami keluarga pelajar disini harap kerajaan memahami dan meletakkan kami di situasi kalian semua..
mana suamiku,mna spupu2ku…cmna nasib diorg kt sna??ya Allah tlglh lembutkn hati pm,pulangkan suamiku n sume rkyat msia ke msia dgn segera..dh xtahu nk pikir cmna dh..dh rsa cm nk sasau dh,,suamiku ckp bekln mknn dh smkin kering,,xkan nk hirup air ja??pncuri sna sni..so cmna PM??????????????????????????????????
kenapa kerajaan msia risau tentang belanja nak bawa balik pelajar2 malaysia, masa darurat ni hantarkan bantuan secepat mgkn sebelum terlambat. Amerika jepun dah htr flight ambil rakyatnya. Malaysia bila?
kenapa kerajaan msia risau tentang belanja nak bawa balik pelajar2 malaysia, masa darurat ni hantarkan bantuan secepat mgkn sebelum terlambat. Amerika jepun dah htr flight ambil rakyatnya. Malaysia bila?
Saya sudah tulis pasal isu ini di blog.
Terima kasih.
mmg xdop modal la pm nie,,
2 je alsn??m0ga2 kak y dok tnta slmt,,
spe2 tau p’kmbngan tanta,,plis,,
bkn ke bn dah meng??tnjukkan je la rkyat didahulukan 2..
mse ni la nk action..ni dh kira mlampau..
byk nyawa y akn t’k0rban..
smbgkan duit je,,duit rkyt dh hbis ke??
ambk tndkan plizz…..
salah satu cara menarik orang ramai
membaca blog kak jie.
apa kata kita teruskan berdoa.supaya
mereka selamat.
Ya Allah selamatkan mereka semua.
kasihani la mereka.jangan biar kan
mereka menderita Di Mesir.
sesunggunya Engkau lebih tahu
apa yang terjadi di sana.hanya
kepada Engkau kami meminta pertolongan.
redakan keadaan di Mesir tu.tunjuk kan Kekuasaan-Mu
Allah.
Amin……………….
Kerajaan Australia pun dah charter Qantas Airlines untuk ambik student diorang kat Egypt. Kerajaan yang kononnya mendahulukan rakyat ni masih tak ambil tindakan.. Sedih aku.. 🙁
akak…sy copu n paste..adik sy juga di sana…mohon doa untuk mereka
Salam perkenalan, isteri sahabat saya sedang berlinangan air mata kerana anaknya terkandas di sana. Berita tadi, Britain dan negara2 Eropah dah hantar kapalterbang utk bawa pulang rakyat mereka.
gadis sorang kena bawak lari kat Lombok beriya2 nak hantar bantuan. Cendikiawan kat Mesir beratus2 bukan keperluan ?.. 😡
Pemuda pemudi itu harapan 10 tahun akan datang.. semoga mereka dilindungi Allah.. 😥
Bimbang sangat mengenangkan kenalan dan saudara yang ada di sana.
Semoga ada tindakan positif agar pelajar kita di sana tidak dibiarkan dalam keadaan yang berbahaya itu.
salam..
saay pun tak faham , ape government macam ttak nampak serious dalam isu ni.,sepatutnya bawa je balik pelajar malaysia..
ada berita dlam facebook yg kata ada pelajat malaysia kena rogol..takut dengar
Bawa jer balik rakyat kita di sana. Keselamatan lagi terjamin. Buat apa nak hantar ke negara jiran pulang, dah macam pelarian pulak…
salam..sy copy ni..n paste kt blog sy,utk share dgn readers lain 🙂 thanx~
salam..
semalam jz ada published entry copy paste dari satu akhbar online. tq share info ini. jz mohon kebenaran untuk share info sebenar ini di blog jz. doakan yang terbaik untuk semua di sana. amin!
memang perlu diwarwarkan…..supaya kerajaan kita didesak
ummi menyeru semua rakyat malaysia fikir2kan semasa indonesia dilanda musibah, bila palestin diancam nyawa betapa cepatnya dan prihatin nya rakyat kita menghulur bantuan, betapa sedihnya hati ummi bila andanda tercinta diancam gelora di bumi tanta,mesir . Hanya Allah saja yg tahu .. segeralah kerajaan msia pindahnya semua rakyat kita keluar dari pergolakan itu Amin
sangat seram bila tengok keadaan mesir kat tv sekarang ni..huru hara dah jadinya
XPA DOAKAN RAKYAT MLYSIA SELAMAT
saya sedih la jugak apabila Timbalan PM cakap mcm tu…seolah2 tiada apa2 yg.patut dibimbangkan…padahal suasana kelam-kabut…ramai yg.ambil kesempatan…misalnya ekoran drp.banduan terlepas dr.penjara membolehkan mereka buat sesuka hati…Risikonya ialah org.asing termasuk rakyat Malaysia yg.seringkali menjadi bahan mainan mereka….itulah realitinya . Saya ada bb. org.anak sedara yg.study kat Cairo dan Alexandria, turut berasa tempias kebimbangan ini…nasib mereka entah bagaimana sebab terputus hubungan langsung…pihak atasan patut berfikir…
kalau dah ramai yang mati nanti, barulah agaknya nak bawa pulang pelajar malaysia tu kot..
Ya Allah..
selamatkan la pelajar2 yg ada dekat sane tu..
Harap-harap kerajaan Malaysia dapatlah bawak dorang pulang…kesian dekat parents dorang dekat sini..
rase mesti ada yg sampai tak boleh tido malam..
nasib baik dapat contact lg hehe..
sampai macam tu sekali teruknya?
kerajaan harus ambil langkah segera.jgn nanti sudah terjadi sesuatu yang buruk kepada pelajar d sana, baru nak bertindak. time tu segala tindakan kerajaan dah x membawa makna…
Kesian betul. Sepatutnya bila keadaan meruncing macam nie. Kerajaan kena la take action supaya ahli keluarga di sini tak risau keselamatan ahli keluarga disana. Harap pihak kerajaan akan lebih peka. Jangan sampai dah berlaku sesuatu yang dahsyat .. baru tindakan yang sewajarnya diambil. Masa tu .. tentu dah terlambat.
semoga kerajaan malaysia cepat bertindak dengan isu ini…segera pindahkan keluar dari mesir atau bawa balik terus ke malaysia!
takkan tak dew perkara yang boleh menteri kita wat untuk mengahdapi masalah nie..jangan laa bagi alasan cam tuh..
Patut la kat opis ni bnyk sgt bangsa dia dipindah masuk. Grrrr.
Semoga dipermudakan segalanya buat mereka di mesir
sdey nyer..harap2 sume yg d sne drahmati allah..skang ney kte kne bersyukur n amek iktbar ats ape yg terjd di msir..elakkn nye dpd blaku d malaysia!!
semoga Allah melindungi rakyat Malaysia di sana. PM & TPM, sila bertindak bijak walaupon anak anda takde di sana
sepupu saya kt Alexandria sekarang. mesti mak su saya tak senang duduk jadinya. hmmm…. 😥
krajaan jgn suka sedapkan ati rakyat…. tolong mereka yg memerlukan… kalo anda tidak membantu… anda akn hilang satu undi dr saya…. 👿
tu lah..malam tadi dengar kecewa rasa apabila pak menteri kata ‘tiada keperluan’ untuk bawa pulang pelajar Malaysia..kuciwa!
semoga Allah melindungi mereka semua.. dah krisis teruk camni pun tindakan sepatutnya tak diambil.. safety first..
selama ni duk percaya berita tv, paper kat sini..
seriau bila tahu berita sebenar..harap² masalah ni berakhir
jangan ada cakap tak dapat bawa balik pelajar kita disebabkan duit peruntukkan tak ada.. sudah habis dibelanjakan di hotel2 mewah tanah arab dan PRK baru2 ini! huh!
jangan ada sampai pelajar kita kecundang di tanah bergelora sana..
cepat bertindak…
Salam kakjie, serius smlm masa timbalam PM ckp xde keperluan untuk bawa pelajar malaysia blk memang sangat marah even xde family yg berada disana, tapi kita ramai sahabat blogger yang beajar di sana, macam zida tak taulah apa khabarnya di sana :(,
Kerajaan malaysia kena fikir nyawa pelajar malaysia kat sana, bukan seorang je, tapi ramai!, kerajaan malaysia kena ambik tindakan dgn cepat, jgn dh ada nyawa melayang baru nak bertindak, ada jugak terbaca kt fb, kata diorang menurut sumber terdekat ada pelajar yang dah kena rape, Ya Allah, ada yang kena curi wallet, dan keadaan mcm kakjie nyatakan diatas.
Semalam berita sibuk dengan undi tapi bila hal macam nie tak pulak bertindak dengan pantas, Ya Allah kesian sangat dengan diorang kt sana, memang teruk! banduan pun dh terlepas…balai, airport semua dh kena bakar
Sama-samalah kita doakan semoga mereka semua selamat, amin…hanya itu yang kita mampu 🙁
kesian depa. mudah-mudahan mereka sume selamat. pada pandangan saya kita patut laporkan pada kerajaan tentang keadaan sebenar mereka
ssh sangat ke nak bawak balik dorang tu balik msia.keadaan makin teruk. berita msia duk cakap makin tenang, makin tenang. sengal tu. adik aku sorang kat sane. mcmane keadaan die pun, kitrg sume x tau. sedeynye..:'(
haiih… kesian… cube ar ada anak menteri yang terkandas. pas tu tak tau mane duduk.. mau dia kerah semua askar pergi buat misi pengaman tu.. lol~
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964?v=wall
bantu kami dapatkan perhatian kerajaan malaysia!
TPM suruh balik sendiri – ada ramai yang terkandas di airport..nak balik
cuma tak ada kapalterbang
selambanya cakap tak perlu. kalau ada nyawa yg melayang macam mana?
Ramai student Malaysia di Mesir dan ramai dari mereka adalah rakan² blogger – internet dah down, sistem perhubungan juga terputus, bagaimana mereka dapat berhubung.
Kalau pun tak bawa balik Malaysia, sekurang² dipindahkan keluar dari Mesir.
semoga semuanya selamat. amin…
herm.. Malaysia.. Malaysia… dah try #TanyaNajib tak pasal masalah ni? Dia jawab tak? lol~
KAK KUJIE, masa saya dengar di berita malam tadi kata Menteri Pelajaran “tiada keperluan” nak bawa balik depa, saya terkejut!
sebab sebelum itu ada rakaman perbualan telefon dgn salah sorang pelajar, dia kata, “tak tau berapa lama bleh bertahan, sebab makanan pun takda ni.” Masa tu saya dah terkejut, sedih simpati.
Tup tup menteri cakap camtu. Cuba fikir kalu ada ANAK MENTERI pun terlibat di sana??