Isu Semasa

Tentang Kamal Affendi (Di Kemaskini)

Edit 9/10/2012 – Berita terkini Kamal Affendi HashimBantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM

Saya dah tidur…memang tidur awal pun. Entri di bawah telah dijadualkan.

Jam 1 pagi terbaca sms yang dikirimkan jam 12.11AM . Saya bangun, cari info, tweet dan stream kat Google+ , tiada siapa pun yang reply.

Cari berita terkini dari Bernama, Utusan dan Berita Online, pun tak ada berita tentangnya. Mustahil kes berprofil tinggi begini belum diupdate.

Eh…mungkin mimpi. Off komputer dan sambung tidur.

————————————————————————————-

EDIt: 06/07/2011 1:50 PM – ini berita yang saya dapat lewat malam tadi. Belum ada siaran media, jadi saya kunci mulut.

Seorang lelaki mati ditembak setelah mengamuk dan mengancam nyawa orang lain, di rumah pangsa Valencia, Seskyen 25 Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashimย yang berada di pejabatnya bergegas ke lokasi untuk mententeramkan keadaan.

Empat anggota polis turut berkejar ke rumah pangsa berkenaan namun mereka diserang lelaki terbabit.ย  Kamal Afendi terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri apabila lelaki itu menerkamnya dengan parang.

Beliau turut cedera apabila ditetak di tangan dan kaki oleh lelakiย  tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, ia berpunca daripada pertengkaran lelaki itu dan rakan serumahnya.

sumber : Berita Terkini TV3

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Tentang Kamal Affendi (Di Kemaskini)

  1. Heee saya pun tak addicted SEO cuma kekadang selit2 kalau ada peluang tapi akhirnya rezeki tu datang dari Allah juga.

  2. terkejut jugak tengok tajuk Kamal Affendi tadi, ingatkan kenapa. nasib dia selamat, dia penganalisis yang bagus

  3. Mudah mudahan kamal effendi cepat sihat….. saya suka beliau mengendalikan program BLACK MARIA setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, pukul 11.15 di Radio BERNAMA.

  4. kamal affendi penganalisis jenayah terkenal..dia byk buat kempen anti jenayah mcm rogol dan sebagainya…tak silap,dia ni bekas pegawai polis

  5. rasanya dia ni selalu yang masuk TV tu ke sis.. persoalan ni.

  6. bahaya orang mengamuk ni.aritu ada jugak orang mengamuk kat segamat ni tapi takde la sampai nak masuk berita.dia mengamuk sebab bini dia curang dengan dia.mula2 tu ada jugak nak hempuk orang ramai dengan parang.nasib baik la ada 2, 3 orang polis tengah duk minum kat kedai sebelah.

    agaknya kalau polis2 tu duk buat tak tau je,mau ramai orang mati aritu… ๐Ÿ˜†

  7. ehh nape pulak ni..dia gi mengamuk ke atau menjadi mangsa amuk? kenapa dia di tempat kejadian dan bukan polis dulu?

  8. pernah sekali jumpa dia masa jadi tetamu jemputan utk kursus anjuran Dr Fadzilah Kamsah ari tu.. kalau ckp psl jenayah, memang best dengar… sbb dia bckp melalui pengalaman dia sendiri…

  9. kat sana skrg mmg bahaya, environment xsama macam dulu. adik duduk flat valencia tu juga, Blok H.memang banyak kes, memang patut selalu polis serbu sana. pernah sekali nampak orang berjudi terang2an je kat bawah flat tu.

    eee takutlah kalau duk sana, tulah pesan kat adik dan suaminya supaya sentiasa beringat, tak tahu siapa2 saja boleh menyerang, sebab sblm nie ada kes budak kena serang sehingga mati, sebab atas motip berdendam dengan bangsa lain dan dilepaskan dendam pada orang yang tidak bersalah, budak tu kawan 1 sekolah adik lelaki yan, tak silap pernah keluar berita tv3 tahun lepas kot tak pun awal tahun baru nie.

  10. OOo.. gitu rupa kesnya….
    semoga beliau ok. bahaya kalau org mengamuk n masuk campur ni.. dia dah tak ingat mende

  11. Kak Jie tak akan umumkan mendahului polis… cuma malam tadi terjada terus on pc sebab kes ini berlaku pada seseorang yang Kak Jie ikuti blog dia dan dia orang terkenal… ๐Ÿ˜‰

  12. y kak jie?teruja nak bergosip nih hehehehehe
    eh kamal affendi yang kakjie maksudkan nih yang selalu cakap pasal jenayah tu kan?kan?

  13. wow betul la, saya tak cukup popular la kak jie ada orang nak hantar sms :mrgreen:

    apa pun kalau selamat dah kira ok tu.

    kompem sat g blog ni penuh orang. cloudflare bersiap la kau ๐Ÿ˜†

  14. owh… dulu saya duduk kat Block L, Rumah Pangsa Valencia , Seksyen 25 tu…masa muda remaja dan awal2 tahun perkahwinan.

    Maksudnya saya bukan bermimpi malam tadi….syukurlah selamat dan kita tunggu pengumuman polis nanti

    Terimakasih En. Mazidul ttentang maklumat ini, saya ingat saya betulยฒ bermimpi bila siang pun tiada maklumat terkini.

  15. Kujie, tunggu petang petang sikit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Mohd Adnan Abdullah telah mengeluarkan kenyataan kepada wartawan berhubung kes itu.

    Dia ok dan sempat menghantar SMS kepada saya dalam jam 12 malam tadi.

    Kes orang mengamuk di Rumah Pangsa Valencia, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.

    Dia dilaporkan berada bersama Ketua Polis Balai berhampiran sebelum pergi ke lokasi kejadian.

    Orang mengamuk kemudian bertindak mengancam nyawa polis dan dia.

  16. apa kes kamal affendi ni kakjie… rasa tak sabar tunggu update…try gugel pun takde jawapan…

Comments are closed.