Berita muka depan Mingguan Malaysia hari ini mengenai banyak kopitiam diragui sijil halal.
Ini keratan akhbar Kosmo Rabu 24/2/2010 mukasurat 3 mengenai Sijil halal kopitiam yang diragui. Jelas terang dan nyata – cuma kita saja yang suka mengambil mudah.
Namun sedar atau tidak, daripada beratus-ratus kopitiam yang terdapat di negara ini, hanya dua buah sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).
Kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka.
Dah terang di tulis hanya dua, jadi yang lain-lain tu boleh fikir sendirilah statusnya. Dah banyak sebenarnya hebahan mengenai status halal haram kopitiam tetapi ramai yang lebih berminat ‘ membeli gaya hidup’ untuk menempatkan diri dalam status urban orang bandar.
Pemantauan memang dari pihak berkuasa tetapi kuasa membuat pilihan adalah dari diri sendiri. Masalah ini mudah saja – kalau ragu-ragu , elakkan!
***************************************************************
Respon entri semalam – itu autopublish. Saya tidur awal semalam. Baca komen denaihati buat saya ingin menbalas di sini.
Semua tertunggu next entri ni … apakah semuanya akan terjawap.
Komen blogger lelaki kebanyakkan menjangkakan Intan akan dapat adik…mentang-mentanglah cik abang kita baru balik bercuti – ingat terus je dapat baby ye.. Mesti tak faham maksud ‘kitaran 28 hari’ tersebut.
Putaran 28 hari saya memang teruk selepas kelahiran Intan. Itulah rutin setiap bulan – mabuk, loya, muntah, sakit kepala seolah-olah orang mengandung kena morning sickness.
Stoplah cerita bab ini – tak berapa suka dan selesa untuk bercerita hal diri sendiri secara terbuka begini. Terimakasih untuk kawan-kawan perempuan yang memahami .
PAK HAILAM KOPITIAM HALAL OKE:)
tahu x pe.
😀 sememangnya itulah suruhan Allah is3 perlulah taat pd suami kecuali diminta berbuat dosa dan bertentangan dgn hukum islam elakkan.
Jika dah tahu xde sijil halal dan ragu2 jgnlah gi kat kopitiam gi je kt kedai kopi org kampong je.
kluang station ade dua owner…2 org cucu… satu muslim satu non-muslim….yg asal(stesen keretapi) dh convert muslim..so x perlu risau…cuma yg diaorg buat system franchise/kopitiam concept perlu jaga2….