Bedtime Story :  Cerita Rakyat Apai Saloi
Pengetahuan Am

Bedtime Story : Cerita Rakyat Apai Saloi

Kisah Apai Saloi – siapa tau ? Hari tu terjumpa buku lama ada cerita kanak-kanak mengenai Apai Saloi . Apai Saloi adalah kisah rakyat masyarakat kaum Iban tentang seorang yang digambarkan sebagai  lurus bendul .

Gambar : Kanak-kanak Iban
Kredit : Martin Puddy

Pada suatu hari Apai Saloi diajak kawannya Apai Seumang-umang pergi ke hutan mencari harta kerana niatnya ingin mempergunakan Apai Saloi yang terkenal dengan sifat lurus bendul tersebut. Kerana bercadang untuk merantau sebulan, mereka menyediakan bekal yang mencukupi sebelum meninggalkan rumah panjang.

Keesokkan harinya, mereka berdua pun berangkat meninggalkan rumah panjang dengan menyusuri Sungai Rajang. Setelah agak lama bersampan melalui sungai, mereka pun naik ke darat. Apai Saloi hanya mengikut Apai Seumang-umang dari belakang.

Mereka berjalan terus berjalan di dalam hutan . Bila penat mereka berehat dan kembali meneruskan perjalanan.   Sehinggalah pada suatu hari mereka terjumpa sebuah gua. Apai Saloi tetap mengikut Apai Seumang-umang memasuki gua tersebut.


Rumah panjang moden di Kapit Sarawak
Kredit : Wikipedia

Alangkah terkejutnya mereka apabila terlihat cahaya yang bergemerlangan dari timbunan emas dan permata. Seronoknya Apai Seumang-umang kerana bertemu dengan harta karun yang banyak seperti yang diingininya. Tetapi Apai Seumang-umang baru tersedar mereka tidak membawa bekas untuk mengisi harta karun tersebut.

Apai Seumang-umang meminta Apai Saloi menunggu di dalam gua sementara dia keluar mencari rotan untuk dibuat bakul. Apabila Apai Seumang-umang keluar dari gua, tinggallah Apai Saloi seorang diri. Kerana menunggu terlalu lama, Apai Saloi pun tertidur.

Tiba-tiba Apai Saloi terjaga apabila terdengar suara dari beberapa orang lelaki  yang bersenjata tombak dan parang.

“Apa yang kamu buat di sini?” tanya salah seorang dari lelaki tersebut.
“Aku menjaga harta karun ini “ jawap Apai Saloi.
“Harta siapa yang punya?” tanya lelaki tersebut lagi.
” Tentulah raja yang punya” jawap Apai Saloi.
“Bawa orang ini bersama harta ke istana”, perintah seorang lelaki lain yang seperti seorang ketua.

Apai Saloi dibawa ke istana dan menerima anugerah dan pujian dari raja kerana beranggapana Apai Saloi telah menjaga harta karun raja yang telah hilang selama ini.

p.s – esok kita cerita Sang Kancil Menolong Kerbau pula ye…:lol:

Pemenang Kontest Mudah Kujie2.com akan menerima hadiah terus dari penulis buku tersebut.  Pemenangnya adalah mereka yang menerima hadiah tersebut.  Terimakasih kerana mengambil bahagian.

©kujie – zzZZZZzzzz………. aispppp…. menguap katup mulut!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Bedtime Story : Cerita Rakyat Apai Saloi

  1. salah yang lelaki tu penuggu istana kawan die bukan nk cari harta karun die nk cari rotan untuk buat bakul lepas tu baru die tejumpa harta karun apele tak best langsung

  2. wah…nasib baik ade jugak cerita rakyat….selamat~ phew~~ anyway,great story… nice work! 😀 ganbatte kudasai!

  3. cerita yang menarik sangat .. bye-bye .. nak sidai baju

  4. Ni ada dalam buku teks Tahun 4, atau Tahun 5, kan? tak ingat. 🙂 memang best citer apai saloi ni. agak berbelit lidah nak sebut apai seumang-umang. uhuk

  5. penuh dengan unsur humor dan nasihat secara tersurat dalam cerita ni… tak sabar plak nak tunggu cerita esok, sang kancil menolong kerbau…hehehe banyak kerbau kat Pekan ni…hehehe

    p/s: da macam budak kecik plak saya ni….uban da penuh kat kepala…

  6. tak penah dengar pun! 😀 hihi thanks mama mebawakan cerita rakyat ni malangnya tak mengantuk pun dengar cerita ni T__________T tak boleh pggl bedtime ni hahaa

  7. first time dengar bed time story nih… ngeh3…

    agak ringkas ceritanya… err… memula aq ingat apai saloi nih macam kisah pak pandir, sebab permulaan cerita dia nih di sebut sebagai lurus bendul…

    sekali last sekali pandai lak dia cakap tuh harta raja… erk? pening jap… ngehahhaha

  8. Dulu ada juga fikir nak tulis cerita para sahabat…mungkin boleh dimulaka.

Comments are closed.