Tadi dapat message dari Angah dua baris
“maaaa….”
“Sorokkan…!”
Lepas tu terputus hubungan komunikasi.
Puas saya memikir apa nak disorok? Sementara menunggu hubungan bersambung, saya keluar tepi rumah, bagi ikan makan dan terpandang bubu yang terlekat pada dinding rumah. Secara automatik, terlintas ingatan pada isu MH370 dan bomoh bubu di lapanganterbang .
Saya ada bela ikan talapia dan ikan kaloi. Kalau berminat , boleh baca Panduan Ternak Ikan Tilapia
Oh… dia suruh sorokkan bubu ni kot, maklumlah sejak popular sampai ke KLIA tu orang dah tahu khasiat tersembunyi bubu. Manalah tau ada orang mencari untuk meniru aksi tersebut.
Bubu masih elok tergantung di dinding rumah , kena jaga elok-elok mungkin bubu akan naik harga. Ada 2 jenis dan 2 saiz.
Bubu ni dah dekat 10 tahun dah kot ada kat sini. Saja beli untuk hiasan kraftangan.
Memang misteri #MH370 dan pakar analisa tak bertauliah pun semakin ramai.
bomoh terbaik dipasaran…hehe…moga tak ad yg terpengaruh dngn perbuatan yg menjatuh kan islam di mata dunia…
Lepas ni popularlah bubu ni..
makan dalam entri ni kak jie..hehee
sedih kan..tak pasal2 buruk nama Malaysia. buat diam2 kat rumah dia sudah lah (bukan menyokong). buat malu je.
*cantik theme ni..kak jie.
saje nak cari populariti…padahal dah malukan agama sendiri…wanau’zubillah
kalau dia buat tempat tertutup rasanya tiada masalah.. tapi ini tempat tumpuan orang. Kan dah macam macam orang cakap.
Lepas ini toeh bubu jadi kaya Kak Jie…
Rasanya kerajaan kena kawal daripada benda-benda macam ni keluar di media. Sampaikan media Australia pun highlight pasal bomoh cari kapal terbang yang hilang dengan bubu ni.
selepas 10 tahun bubu tuh nampaknya kelihatan masih elok terjaga…
Berkenaan isu bomoh bubu ni..untuk diri saya sendiri, saya hanya berfikir mengikut logik akal dan berdasarkan pengetahuan agama yang saya dah diajar dari kecil…daripada apa yang saya baca dan tonton mengenai hal ni, segala2nya jelas nampak jauh lari dari logik akal dan ajaran Islam..harap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak terbabit..
Pasal bubu kat rumah kak jie tu, kena pantau elok2..ramai yang dok cari sekarang ni.. 🙂
Itulah. Harapnya pihak berwajib berani ambil tindakan yg sewajarnya. bukti dah ada…
kena sorok dulu, skang macam2. hahaha
Haha. entri ini memang kelakar dan mencuit hati. tak sangka bubu pun ada khasiat.
pelik kan, ada juga la khurafat dari org kita ni, bila nak berubah ntah
Napa nak sorok? Takyah la sorokk-sorok.. Kalau ada yang sudi membeli dengan harga RM10000, jangan lepaskan kak..
Video rakaman tersebut memberi gambaran yang kurang baik kepada negara.
Assalamualaikum,
Kat rumah ni pun ada 2…satu tu besar sungguh…paras pinggang.
Bolehlah lelong kalau ada orang nak beli rega juta2 hu hu hu hu tapi kalau beli utk teropong macam Pakcik Bubu tu, tak payahlah. Tak pepasal kongsi ilmu salah pulak
Sesekali kak jie buat entri kelakar…menarik!
Eloklah disorok…rasanya dah berganda nilainya!
susah nak guna bubu tu sekarang.. sungai dah cetek.. tu yg buat cari kapalterbang bagai
Sampai macam tu sekali kena sorok..hahaha
ok kak jie..amat kelakar..aahhaa