Isu Semasa

Intipati ringkas belanjawan 2009

Semua orang yang peka dengan isu semasa bercakap tentang Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Jumaat semalam.

Carian saya di Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai perkataan ini :

Bajet – Rekod tidak dijumpai

Belanjawan – Jumlah Rekod 3 :

  • peruntukan wang, anggaran belanja, dana
  • belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah).
  • perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun;

Nota Kaki : Seperti ketam mengajar anak berjalan betul!

Ada beberapa perkara yang dapat diringkaskan mengenai Bajer2009/Belanjawan 2009 ini:

  • pengurangan bayaran tol 50% bagi semua bas kecuali di pintu masuk sempadan dan pengecualian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara – tetapi kerajaan sedang menimbangkan kenaikan 30 % tambang bas.
  • Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009- Dulu masa Kerajaan Selangor memberi rebet air percuma 20 meter padu, BN mencanangkan itu adalah rasuah.
  • Bonus kakitangan awam sebulan gaji dengan minimum RM1,000 – dibayar dua kali pada September dan Disember ini- Alasan setiap tahun untuk perbelanjaan raya dan persekolahan anak.  Kami yang bukan kakitangan kerajaan tidak  beraya dan tidak ada anak yang bersekolah.
  • Laluan LRT baru Kota Damansara ke Cheras
  • Perkhidmatan komuter KTM dipertingkatkan – kekerapan / ketepatan jadual perjalanan dan penambahan koc.
  • Duti eksais ROKOK naik lagi – Dr Azwan ada cadangan menarik untuk anda perokok atau bukan perokok. Nasihat percuma bukan dari sisi seorang pengamal perubatan. Beliau mencadangkan jangan hisap rokok tetapi simpan rokok sebagai barang komoditi. Lepas 5 tahun, harga rokok tersebut mungkin naik RM 10.00 atau RM 12.00 sekotak, baru kita jual.

Menurut bekas timbalan gabenor Bank Negara Tan Sri Lin See Yan inflasi belum berakhir lagi dan kini hampir kepada 9%. Dalam tempoh 27 tahun , inflasi negara melonjak paling tinggi bulan lepas iaitu 8.5 peratus selepas kerajaan menaikkan harga bahan api.

Sehingga pagi ini, saya masih belum nampak angka², fakta² berjuta yang diucapkan lancar keluar dari mulut PM kita betul² dapat merubah kehidupan saya menjadi lebih baik seperti yang didakwa.  Kesan langsung yang saya terima mungkin datangnya dari rebat elektrik RM 20 itu.  Belanjawan lain bertebaran dari satu tangan ke satu tangan yang entah bila akan sampai kepada saya.  Mungkin  tidak dapat saya gapai , hilang lupus seperti air menjadi wap!

Elektrik – naik 1hb Julai 2008 – dapat rebat 1hb Oktober 2008
Petrol – naik 5hb Jun 2008 , turun 15 sen 22hb ogos 2008

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Intipati ringkas belanjawan 2009

  1. Assalammualaikum,
    sy dah cukup bersyukur dng apa yg negara kita kecapi skarang nih.. kalu nak dibandingkan dng negara-negara lain spt afganistan, pakistan, iraq, iran, even china yg tergolong dlm negara-negara maju pun tak seaman malaysia. mmg tak dinafikan, dunia skarang sedang menghadapi masalah crisis economi yg serius sehinggakan syarikat gergasi spt Lehman Brothers pun terkena tempiasnya dan operasi selam 150 thn berakhir begitu sahaja….
    kita patut bersyukur, kerajaan masih lg mampu mencari jalan bagi menangani masalah ini, bukannya terus-terusan menuding jari menyalahkan barisan kepimpinan Pak lah.. dulu, waktu era pemerintahan Mahathir, ramai yg mnyokong & tak kurang juga yg menentang , menghina, menfitnah & mengejek kepimpinannya… ramai yg meminta agar beliau meletak jawatan sbg Perdana Menteri….. Skarang, apabila dah bertukar pucuk pimpinan, ingatkan masalah politik ini akan selesai… Ada sj yg tidak berpuas hati…. mmg sukar utk membuat semua org dlm masa yg sama berpuas hati… jadi, berilah masa utk kerajaan membuat perubahan……perubahan bukannya boleh dibuat dlm masa sehari dua… memakan masa….. SABAR…….
    Saudara semua, kita smua perlu bersatu sekiranya ingin Malaysia terus maju, berkembang, aman & yg pentingnya, terus mempertahankan KEMERDEKAAN kita…… Tidak takutkah kita apabila melihat keadaan negara-negara lain yg sampai sekarang pun masih belum aman, belum bebas dari penjajahan, kemiskinan, peperangan, kebuluran. Kita semua diberi pancaindera yg sempurna.. Jadi, buka mata seluas-luasnya, buka telinga & biarkan otak berkembang.. fikirkan yang positif & bukannya negatif sahaja….setiap yg berlaku ada sebab musababnya…. Bukannya hanya membuka mulut, membangkang, mengumpat, mengeji & mengherdik pihak lain……….
    Akhir kata, marilah kita bersama-sama memelihara kemanan negara kita, Malaysia tercinta…. BERAT SAMA DIJINJING, RINGAN SAMA DIPIKUL……… BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH………
    Terima kasih, wassallam………..

  2. tak tahu ler mana yang bestnyer kak. sebab walaupun ada penurunan dari segi itu ini dan ada bagi itu dan ini, tapi tak banyak memberi kesan pada saya. minyak turun 15 sen pun tak memberi kesan pada saya, sebab harga barang runcit masih sama…

    letrik? tak tahu ler, dapat ker tidak… dan saya ada terbaca mengenai bajet lebih untuk sabah dan sarawak, dan sarawak cakap, bajet tu tak cukup pun untuk pembangunan negeri sarawak, yang keluasan semua tahu besar mana. huh…. tak tahu ler…

  3. Jika kita tak mampu buat cara tak mampu. Jika biasa makan beras harga RM46 untuk 10kg makan sekarang maka sekarang zaman inflasi kena la makan beras yang lebih murah dari kebiasaan. Jika biasa pergi makan kat luar dan menghabiskan RM30++ bersama keluarga makan kurangkan la kekerapan tersebut. ISLAM agama sempurna dan kita amalkan la semasa Ramadhan bulan mulia sekarang. Ajar la anak-anak bersyukur. Mula la dari sekarang. Alhamdulillah 😀 Lagi satu kena faham konsep inflasi baru kita tahu macam mana nak menanganinya dan jika anda fahami maka tidak perlu dirungutkan lagi.

    >>>
    Mengikut kamus DBP, maksud inflasi ialah ‘keadaan harga barang bertambah tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli’.

    Pada urnumnya inflasi bermakna “kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga umum”. “Harga umum” bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalam sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu.

    Penjelasan mudah yang sebagai contoh ialah dengan membeli secawan kopi sekarang berbanding tahun 1970-an dahulu. Kalau sekarang dengan harga RM1 kita hanya dapat setengah cawan kopi. Tapi pada tahun 1970-an dulu, dengan harga RM1, kita boleh dapat sehingga 4 cawan kopi.

    Itulah maksud sebenar inflasi. Betapa kita tidak sedar disebabkan harganya naik perlahan-lahan. Itulah sebabnya dulu sibuk kerajaan membuat kempen ‘Inflasi Sifar’. Tapi sekarang sudah senyap begitu sahaja.

    Apa pula kaitannya dengan isu kenaikan gaji? Isunya senang sahaja. masalah sebenar tidak cukup duit ini sebenarnya bukanlah masalah gaji rendah tetapi dari segi perancangan kewangan tiada. Semakin naik gaji, semakin tinggilah keinginan untuk membeli barang(maklumlah dulu gaji sikit, tak dapat merasa beli itu, beli ini). Semakin tinggi permintaan untuk sesuatu barang maka semakin peniaga mahu naikkan barang. Kenapa? Sebab permintaan meningkat tapi jumlah barangnya macam dulu juga(baca=terhad). Jadi, harga terpaksa dinaikkan. Apabila harga dinaikkan, kadar inflasi memang tidak akan menurun sebaliknya meningkat. Yang kaya adalah peniaga, yang tertipu adalah pembeli.

    Jadi, apa faedahnya kenaikan gaji. Sama macam dapat RM200 tapi ditambah -RM300. 200+(-300)=-100. Apa faedahnya gaji naik? Hurm. Mungkin sebab inilah kempen inflasi sifar senyap.

    Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

    Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja pekerja yang berpendapatan tetap.

    Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalam ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

    Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

  4. Kita bercakap pasal kenaikan harga dan ia merupakan rungutan dalam perbualan kita dengan rakan-rakan sekerja. Cuba la bersyukur dan jangan asyik melihat sesuatu perkara dari sudut lain. Walaupun berlaku kenaikan harga tapi rakyat Malaysia mewah berbelanja. Cuba buat pemerhatian dan jangan asyik merunggut tapi kita kena terus berusaha. Jangan tanya apa kerajaan patut bagi pada kita tapi tanyala apa sumbangan aku sebagai rakyat kepada negara tercinta. Bagus ke produktiviti aku. Intergriti ke aku ? Merdeka! Merdekakan pemikiran dengan cara terbuka dan jangan lupa amanah kita sebagai khalifah di muka bumi.

    >>>Ini jawapan saya , walaupun saya tidak berminat mengulas pandang pengunjung yang tidak berani memperkenalkan diri sendiri tetapi bertukar pendapat sangat menarik kerana tidak tiap orang mempunyai pendapat dan setiap orang berhak menghormati pendapat orang lain.
    Kepelbagaian pendapat adalah sesuatu yang lumrah dan ia wujud bersama-sama kepelbagaian bangsa, bahasa dan jenis ilmu serta pengalaman yang diperoleh dan dua pandangan yang berbeza dapat diserasikan atas satu jalan kebenaran, apabila dilakukan dengan cara yang betul.
    Jangan tanya apa kerajaan patut bagi pada kita tapi tanyala apa sumbangan aku sebagai rakyat kepada negara tercinta
    Rakyat adalah tuan punya kepada negara dan bos kepada kerajaan. Dalam mana-mana negara moden, konsep ini dihormati sepenuhnya. Malangnya, selepas 51 tahun kemerdekaan, masih ramai yang gagal menghormati rakyat sebagai tuan punya negara. Apa yang memenuhi telinga kita adalah dalih-dalih seperti “Rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan”,
    Rakyat adalah tuan punya negara, kerajaan cumalah pihak yang dilantik rakyat untuk mentadbir negara. Jadi bila kita bercakap soal kerajaan, kita bercakap soal diri kita sendiri.
    Bayangkan negara itu sebuah korporat. Rakyat adalah bos, setiap warganegara merupakan pemegang saham. Kerajaan adalah pengurusan dan pemegang-pemegang jawatan awam adalah berkerja untuk rakyat. Upah dan gaji kakitangan kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain dibayar dengan wang rakyat yang datang bertitik peluh.
    Maka, kerajaan mestilah berkhidmat untuk rakyat. Kita rakyat, sebagai bos, berhak untuk mengkritik kerajaan. Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum bosnya.
    Sebagai Sebagai bos kepada Kerajaan, rakyat mestilah menyatakan impian dan aspirasi mereka dengan jelas untuk memenuhi impian kita.

    Merdekakan pemikiran dengan cara terbuka dan jangan lupa amanah kita sebagai khalifah di muka bumi.
    Yah..betul..kepada pemimpin kami jangan lupa tanggungjawap mereka kepada saya , awak, dia, kamu, mereka sebagai rakyat.

  5. tak faham betul dengan bil api tu, kenapa yang bilnya RM 20 ke bawah je tak payah bayar, mana ada rumah dengan bil secoet tu dengan kadar yang tinggi sekarang ni, main buat syarat je tu. Kalau seminggu dua kali di rumah pun belum tentu dapat bil RM 20.

    Tentang bonus tu, swasta lagi tebal masyukkk kak jie….satu bulan tu tahap teruk untuk mereka. Dengar cerita Petronas nak bagi 9 bulan lagi bonus. Orang gomen nak dapat satu bulan macam menunggu entah apa-apa, kerja bagai nak rak, terkejar sana sini, asyik2 menurut perintah. Dulu masa kat swasta ingatkan kerja gomen lepak. Kalau kenangkan bonus nak masuk swasta balik. Patutnya bonus ni pak2 menteri dikecualikan, depa tiap2 hari dapat bonus, macam2 free….jual air liur je kejenya.

    >>> yang tebal masyukkk tu pekerja kolar putih…kita kalau cerita pekerja swasta kita hanya pandang yg duduk kat opis, pegawai2…sebenarnya pekerja indah water, tukang kutip sampah dpn rumah kita tu pun pekerja swasta… mmg Petronas bagi bonus banyak..tapi berapa peratus rakyat kita pekerja Petronas…
    mcm mana pekerja stor kt Ah Chong Enterprise, Syarikat Maju Sdn Bhd…mereka jaarang sgt dpt bonus. Sebenarnya bukan kes cemburu atau tak setuhu mereka kaki tangan kerajaan dapat bonus tetapi mungkin ada cara lain boleh difikirkan boleh diganti sebagai bonus. Kerana apa saja kenaikan atau durian runtuh yang diterima oleh pekerja awam, rakyat biasa mcm kami ini yg terkena kesan langsungnya… kenaikan segala kos.

  6. entahlah kak Jie… kadang2 bajet ni menyakitkan hati aje.. kadang2 lebih sudu dari kuah.. bercakap untuk sedapkan hati.. realitinya.. cakap tak serupa bikin… 🙁

    >>> cuma satu catitan yg tersimpan dlm arkeb…susah utk diguna pakai utk realiti kehidupan …

  7. bagi saya tak best mwakaka. sbb saya tergolong dalam golongan kurang berkemampuan 😛

    pasal rokok tu mmg takleh simpan sampai 5 tahun. sebab rokok punyai kod dikotaknya yang menandakan bila ia dikeluarkan (kod kilang). dan rokok hy boleh bertahan di pasaran dlm 6 bulan sahaja.

    itu pun sebab saya pernah bekerja di syarikat rokok sebagai system analyst eheh. masa tu dapat rokok free memanjang 😀

    >>> tatau nk ejas tang mana nak ..sendat sgtlah belanjawan kita..
    mgkn kita ni berkemampuan lagi, mcm mana org lain..
    bila dah ramai yg ‘tak mampu’
    jenayah pun meningkat…semua org kena kesannya

  8. hmmmm ade best ade tak bestnya kak.. tapi saya happy le dpt bonus tuh.. kurang2nya utk raya ni saya ade la duit lebih sikit. alhamdulillah..

    Selamat berpuasa kak jie

    >>> Ayu dpt bonus, mestilah best…
    huwa…. kita org ..nk minta dgn sapa? 😕

  9. Bajet 2009 lebih ke arah nak menyelamatkan parti yang hampir tenggelam.. terpaksa bagi banyak gula2 kat rakyat sabah sarawak.

    hakikatnya tetap tidak memberi kesan.. kos pebelanjaan harian makin mahal..
    nak2 dekat ramadhan dan raya nanti..

    Apa2 pun Merdeka merdeka merdeka :mrgreen: 😀 😆

    >>> makin celaru kita ni
    bkn susah… balik ke pangkal jalan
    kalau tak mampu , bagi org yg mampu urus takbir

Comments are closed.