Bila tak sihat ni, anak tekak lebih mengada². Macam² yang terlintas depan mata rasa nak makan.
Sedang santai² depan tv, terpandanglah satu iklan mengiurkan meleleh air liur – iklan sogood™! Entah bila KFC tukar slogan sogood™ ? Dah tak jilat jari lagi ke?
Promosi KFC O.R. Chicken Chop . Merembis² air liur menitis, macam dah sebulan tak makan.
Kebetulan semalam beg sekolah Intan putus talinya, jadi adalah alasan untuk keluar ke Rawang beli beg sekolah baru. Terimakasih beg.
Dari rumah dah setting dalam kepala otak ni, daging ayam terkangkang dalam pinggan dan sos mushroom likat pekat.
Yes…saya dapat semua tu walau tidaklah sesempurna seperti yang digambarkan dalam iklan. Kata embah – dont to put too high expectations , iklan tu tipu mata je tu.
Promosi satu set RM 9.90 kalau untuk 2 orang sediakan wang secukupnya berjumlah RM 21.00. Jangan buat² lupa, bukan saja cukai pendapatan yang nampak, cukai masuk dalam perut juga 6%.
Apa yang tak kena?
Sebelum ada yang komplain gambar tak jelas, silalah hantar hadiah harijadi kamera DSRL DSLR dengan kadar segera.
Yeahh… pandai! Nampak pun.
Makan chicken chop tanpa pisau! Dia cuma bagi sudu dan garpu plastik . Hilang semua feeling sogood™ sebab takut dengan barangan plastik yang melentok² segan silu nak tekan kuat takut patah.
Bayangkan nak potong daging ayam dengan sudu dan garfu plastik – tak mencapai kepuasan yang maksimum. Takut patah!
Saya bangun dan minta pisau dari kaunter.
“Pisau tak de kak…………”
Pengsan tak ?
Tahun 80’an, saya tak berani nak melangkah masuk KFC kerana dari sebatu dah boleh dengar bunyi laga sudu, garpu, pisah berdenting jatuh ke lantai. Takut nak makan sebab tak reti nak berpisau dan bergarpu.
Saya rasa budaya makan dengan pisau dan garpu dipelopori oleh KFC waktu itu. Pertama kali saya belajar² guna pisau dan garpu dan entah berapa puluh kali juga jatuh berdenting ke lantai. Tapi tak rasa malu sebab majoriti juga ‘rakan sekuliah’.
Tiba-tiba hari ini, setelah 38 tahun di Malaysia, ( KFC pertama dibuka di Malaysia tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman ) , semua pisau tidak disediakan lagi untuk pelanggan. Sungguh pelik.
Kalau saya minta pisau nak makan kat kedai Makcik Gemuk Taman Cempaka tu mau juga kena hambat dengan senduk.
Saya minta pisau untuk makan CHICKEN CHOP di KFC!
Mungkinkah KFC cuba membudayakan kita dengan makan chicken chop menggunakan jari?
Saya izinkan KFC gunakan image ini untuk dimasukkan dalam iklan promosi mereka tanpa apa² bayaran.
Sila letakkan Terms & Conditions : Bawa peralatan sendiri
Trivia : Aduan Pengguna Yang Pernah Saya Buat
- Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam
- Mcdonalds Balas Aduan Pengguna Saya
- King’s Confectionery Balas Aduan Pengguna Saya
Eh… saya bukan makcik kepoh kuat komplain , saya pun akan menulis dengan pandangan tanpa prejudis seperti
Ada satu lagi aduan tentang iklan promosi Watson’s – entri tu terdelete. Kita tunggu KFC nak balas aduan ini atau tidak. Boleh masukkan dalam list akan datang.
Entri ini di cc kepada kaunter customer feedback www.kfc.com.my
Jangan pandang pelanggan anda sebelah mata, anda tidak tahu siapa mereka!
EDIT : Ramai yang mempunyai pengalaman dapat pisau dan garpu besi, bergantung pada cawangan . Tetapi cawangan yang saya kunjungi tidak menyediakan keperluan tersebut.
EDIT 27/04/2011 – Pihak KFC telah menghubungi saya dan memohon maaf atas layanan staff mereka tempoh hari. Pisau ada tapi staff cakap tak ada.
Dah cuba tapi di sini ada pisau dan garfu besi. Bolehlah makan, cuma bagi Kak Long, memang rasa dia ‘kurang’ sikit. 😀
adus…takde pisau????? tapi kadang² makan tempat macam tu pun saya pakai tangan..hehe
tapi chicken chop mestilah nak hiris dengan pisau
embah cakap omputih eh..
nampak bebenor menipunya, orang jawa mana tahan sejuk.hehe.. 😀
macam mana rasa dia kak? ok ke tak…? pasal pisau tu boleh lagi diampun, kalau rasa dia tak sedap, mau juga marah… harap iklan kebabooommmm… 😆
Tak ada?
Seriously?
😯 😯 😯
Alahaiii .. kesiannya sampai terpaksa makan macam tu sekali.
Memang potong mood sungguh! =_=
Yeahh..nice posting. Betul tu, macam mempermainkan kita as customer nk makan ciken cop dgn nikmat. tak logik lah kan,dah le suh guna SUDU dan garfu, bagi yg plastik pula tu..hehe
betul tu kak jie…
ada sesetengah cawangan KFC gunakan sudu plastik jer…
klu amik yg set nasi tu pun susah nak potong ayam…
tadi pegi KFC area tumpuan manusia-manusia berbaju batik. Tau la sapa kan. KFC kat sini pun pelik, bagi garpu n pisau plastik je tapi itu selepas request a.k.a dah duduk di meja. Pelik sangat.
::hahah.. berkira2 untuk ke restoran makanan segera amerika berkenaan… keran::a ada orang sedang craving.. ..rasanya telah berlaku tahun lepas hal sedemikian… takpa, cari kedai chicken chop lagi proper-lah!! btw, thanx for the info.. frst time selak blog ni rasa interesting nak follow… kalau semua rakyat malaysia macam saudari, barulah perkasa consumer rights.. mereka golongan korporat minta maaflah nak kereks sama consumer!!. macammana nak follow blog ini ya?
mmg confirm patah kak, sy dah pernah try 🙄 nak jimat kos la tu kot, tak pun takot customer bwk balik sudu garpu pisau besi diorang
alamak… baru je plan nak try ciken cop kfc tu… 🙁
Pernah cuba chicken chop ni, dan masa tu dapat garfu dan pisau besi. Boleh buat bunyi perang sekali 😛
*Mungkin cawangan tu tak sediakan 🙂
Yang makan dalam kotak kertas tu takde dishwasher kot..hehehe
Lepas makan buang terus..Senang
Hahahah pic last tabley blah!!
Memang cam haram!!
Eh tapi kann kak aritu pi kat KFC cawangan ke 500 kat Subang 2 tuh ada jer garfu dan pisau besi, so tak segan silu makan dengan penuh berselera tanpa takut sudu plastik patah! Hahaha!
Bleh post kat FB KFC nih kak!
kesian… dah la tadek pisau.. makan pakai sudu plastik ke? hilang akai kepsiii!
nmopk sodap..tp nampak la kan..2,3thun b4 ni penah try, tp tak sedap sgt pon…
hairannya kenapa tidak diselaraskan. kdg2 ada cawangan yg makan dalam kotak kertas instead of pinggan kaca atau plastik tebal
orang rumah saya dah bagi signal untuk merasa chicken chop ni..
spatutnya mmg camtu la, kan? smo tu common sense 😕
patut tak de org hantar hadiah kat kak jie..silap eja..hehe
makan chicken cop takde pisau..erm..potong betul la..haha…baik makan kat kedai biasa je..siap pisau bagai..lagi murah plak tu.. 😉
p/s:kak..bukan DSRL …DSLR.. 😆
tak sempurna nama chicken chop tu kak..
ha’a btol la kak jie. dulu klu gi KFC, mkn smo pakai pisau ngan garpu je. besi lak tu. pastu pinggang lak tebal2. sayangnya kalau promosi berjuta2 tapi pisau plastik pon xleh nk sediakan…
Ciannya kak jie, beberapa hari lepas gi kepsi tesco kota bharu pun dia bagi garfu ngan pisau besi… Dah nama pun chicken chop, mesti aa ada pisau, kalau tak besi, paling kurang pisau plastik. huhuhu…
belum cuba lagi chicken chop terbaru..
sebab banyak sangat pendapat negatif…
hehehheee
apa lah kfc ni. sengal pun sengal juga..
asal kak jie tak bawak je pinggan depan kaunter and geget ayam kat situ jugak. then cakap “sy ni omputih, sy tak reti guna tangan youu”
“customer always right” Kak Jie caiyok…
Aloloo..cian intan sampai kena makan macam tu..
Pisau garfu ni memang ikut cawangan..
Cawangan pandan indah ada pisau & garfu..
Nanti kalau nak makan chicken chop ni kat kfc cawangan hang kasturi lepas balik kelas,kena tanya dulu,cawangan ni ada sediakan pisau x?
Assalamualaikum,
Macam ada tanda-tanda Restoren Syarifah dah pakai DUTA ni 😉
ciken cop kat sini tak payah bayar cukai…sedap hingga menjilat kepala lutut, kalau tak percaya, sila belanja saya 😉 confirm nyesal belanja
KFC patut dengar suara hati pengguna…tukar slogan ke bahasa inggeris je tak bagi kesan apa-apa kalau berlumuihhh sampai dahi nak habiskan ciken cop 😉
erm pernah makan c.c kfc tapi masin gile kuah dan ayam dia tu. adei. serik dah tak makan. sama la mana ada pisau. 🙁
saya dah penah makan few years back, mcm x best nk makan lagi. indeed good entry, kasik sedar skit KFC utk kasik garpu dan pisau besi
Salam
Alahai… kesian sungguh. Dan sunguh tak patut, nak untung sangat la tu, tak nak keluar modal lebih. Tak pun budak kerja KFC tu memang dungu, suka suka hati je cakap pisau tak ada.
Lain kali, terus pergi jumpa Manager KFC tu dan cakap apa yang berlaku. RR pun selalu kena, tapi bila jumpa Manager dia, boleh la pulak. Budak budak KFC tu tak pandai macam kita, kita masuk U. koh koh koh
Dulu masa RR di US, makan KFC guna tangan je, selamba je. Semua orang tengok, bukan makan pakai tangan, tapi meja penuh!! (halal tau KFC kat Minesotta tu, tak caya gi sana tengok sendiri).
Kah!Kah!Kah!Hih!Hih!Hih!Huh!Huh!Huh!. Tak tau gaya mana lagi nak gelak. Betui-betui potong stim. Baru ingat nak mencuba. Semalam jugak terpandang iklan ‘tu’ di TV. Macam ok aje. Ada rasa nak mencuba. Iklan yang lelaki tu asyik tekan-tekan kalkulator dia tu. RM9.90. Sebut ajelah RM10. Senang cite.
Tengok gambaq kat atas tu, kesian pun ada. Saya pun allergic makan benda-benda keras atau liat dengan sudu, pisau dan garfu plastik ni. 99.9% boleh patah punye.
Saya pujilah usaha nak mempelbagaikan resepi untuk memuaskan tekak pelanggan, tapi pengajaran di sini serupalah dengan pemaju perumahan kalau bina projek rumah baru jangan lupa siapkan kemudahan jalan yang baik sekali. Biar senang keluar masuknya. Macam jugalah dengan chicken chop versi jilat jari ni!…Kalau sekeluarga gi makan, kira aje berapa pasang ‘alatan’ perlu dibawa.+-x/. Tak payahlah…
uhh.. tak bestnya
Salam Kak,
Selama nie saya silent reader jer… terpanggil untuk comment kat cerita nie…
agaknya kat KFC rawang jer pisau tak de kot…
Saya makan kat KFC seremban ada pisau…
agak2nya stok pisau tak sampai ke rawang…
hehehe….
err…ape yg diorang expect dr pembeli yer ? takkan tau sedia menu jer,peralatan nk mkn xbuleh sedia…
kalau ada apa tak puas hati patut kita adukan, KFC kan ada employee of the month, apa guna semua itu kalau customer tak puas hati kan….
Salam Kak Kujie 🙂
Hihihihihii, saya baru try aritu. Tp sy dapat pisau & garfu besi lagi :p Saya pergi KFC area salak tinggi. Maybe ikut certain tempat kot. :p
Tapi still la, tk sedap! 😛
Malam tadi saya dgn mun pon pegi makan chicken chop kfc ni. dekat KFC Giant Bandar Kinrara. Sana dia bagi Garfu dan pisau besi yg tebal tu. saya rasa ikut tempat gak la kak. Saya penah order nasi ayam KFC ni lepas tu dia cuma bagi sudu yg kecik utk makan mashed potato tu.
Tapi dia punya chicken chop tu sangat menyedihkan. Dengan harga tu, saya rasa boleh makan chicken chop yg lebih menarik kat gerai2 biasa.
Ini dah kali kedua saya baca orang komplen pasal kfc chicken chop 🙁
dulu sebab nak try, order. sekali tengok, sudu plastik. Last-last, gi basuh tangan. makan pakai tangan ajelah..secara jujurnya, tak berapa suka. Kuahnya tak suka..mungkin orang lain suka. tapi bukan taste saya. lebih suka makan ayam dia macam tu aje..
Alahai Key Kep Si, nak ajar makan ciken cop stail baru ke? Sian kat Intan. Betui ckp Mrs Azmi, kfc macam tak bersedia ja nak menjual menu baru.
Ermm tak jadi lah makan kat KFC, baik makan ciken cop black paper kat restoran Sharifah kat seksyen 7 Bangi…sedaaaaap, lengkap pisau dan garfu. Lenkali Kak Jie datang area Bangi , kita boleh singgah situ ye 😉
salam…nampak gayanye saya kene keluarkan pisau ala McGyver saya la waktu makan chicken chop kat KFC nih..maklum laa..pisau tu selalu bawak ke mana jek
eh teruknya…rasanya sebelum kalau makan chicken chop ni ada pisau garpu kak…yang latest ni tak tau la pulak sebab belum p makan lagi…
apa daa KFC….
macam takde preparation utk sediakan meal yang baru pulak.. isk 😯
Teringat filim omputih – scene dalam penjara. Apakah? Depa takde duit nak settle loan masa beli KFC ni dulu.
Emm baru yana nk try test…yana pn perasan iklan soo good,pndang 2,3x jugak kef ci ke tu…nmpaknya kena bawak pisau,sudu dan garfu la kalau nak pergi yer
tula… kak jie cadang nak belanja kt kfc tanjong malim tu..tapi dah tak de pisau…. takut menteil tak pandai makan guna jari 😆
uik..gambar kak jie berlemoih 😆
huhu.. memang tak masuk akal la kan…
kesian tengok intan makan macam tu.. sayangnya gambar kak jie tak de.. =D