Percutian

Hari Pertama – KK – Tuaran – Kundasang

Perjalanan percutian kali ini semuanya lancar, cuma agak suspen bila saya terlupa bawa dokuman pengenalan diri Intan ( Surat Beranak ). Akhirnya selepas mengisi borang dan berbagai soal jawap, Intan dilepaskan juga untuk menaiki pesawat.

Kami mendarat di Kota Kinabalu 20 minit lebih awal dari jadual penerbangan dan menaiki teksi ke Sri Borneo Hotel. Selepas makan lewat malam, tiada aktiviti selain melayan bantal…he hehe…

Tips pertama : makanan di sini semua dalam size XL ( rm 5 keatas). Mula² kami masing² order sorang satu, tapi semua tak habis di makan. Agaknya orang Sabah memang makan banyak kot.. jangan marah tau orang Sabah…tapi itulah kenyataannya kerana di Semenanjung makanan dalam size L lingkungan harga RM 3.50 – 4.00.

Ini gambar hari pertama sewaktu pusing² KK dalam perjalanan ke Kundasang dan singgah di Tuaran rumah Combi.

Pemandangan sepanjang jalan di KK dan Kampung Air berdekatan masjid terapung.


Di tepi pantai berhampiran Pasar Filipine

Gerai menjual lokan panggang banyak terdapat sepanjang jalan ke Tuaran. Bersama Combi dah suaminya.

” Hang tengok ni… Ok tak arr…kaler ni…rasa mcm nk pergi lagi la..mcm ade je yg belum beli”

Makcik² ni kalau bersembang sampai ke ceruk dapur non stop! pok pek gelang…kristal..terubukmasin…bla..bla…mutiara…bla…bla…pasar pilipin…. bla..bla.. pasar pilipin …pasar pilipin…hahahaha

Kami tak dapat singgah lama di rumah Combi kerana akan meneruskan perjalanan ke Kundasang. Perjalanan melalui Tamparuli dalam suasana kabus dibasahi hujan.

Terimakasih Combi, atas layanan mesra dan makan tengahari yang sangat sedap. Mai nak cop ISO & SIRIM….

Semua entri tentang percutian di Sabah…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Hari Pertama – KK – Tuaran – Kundasang

  1. mz – mmg nk p cari tempat sejuk pun..hahahaha

    ziana – hahaha..mmg tak henti2…dari mula sampai….dok sembang je..mcm tak abis2..

    neeza – tu la, kena bawa surat beranak dan ic…

  2. muadz -maksudnya..kat sana bila kita order nasi lemak ke, mee goreng ke…yg dtg dlm pinggan mcm nk makan 2 org….kat sini satu pinggan tu sorang je makan abis…kat sana banyak…tp harga pun bnyak lah juga.

    lily – nnt kakjie wat lawatan ke Kl, kita jumpa erk..hahaha

    biasa arr lily..yg dekat2 tu susah nk jumpa..

  3. pertamanya alhamdullilah dah selamat pulang…

    amboi conoknyerrrr….. musti mcm2 yang menarik di pasar filipin tuh…

    size XL?.. makanan nya macm kat semenanjung?..apa makanan yg kakjie rekomen??…

Comments are closed.