Artikel

Untuk gadis, isteri dan juga suami

Walapun saya orang lelaki, tapi saya pun tak suka dengan perangai sesetengan orang lelaki sekarang. Susah nak faham perangai mereka. Mereka selalu fikir dia suami, dia orang lelaki, dia aja yang betul, semua tindakannya tepat dan terbaik, tetapi ada yang hampeh. Tak ada perancangan tak tahu nak menyimpan duit langsung.

Tambah dia lagi..

Pada saya orang perempuan ni jangan jadi bodoh sangat, kena jaga diri, kena bekerja, baru ada harga diri. Orang lelaki fikiran mereka singkat, tak panjang (bukan semua) mereka nak seronok aja. Bila ada masalah, isteri kat rumah jadi sasaran. Kalau isteri bekerja dia boleh berfikir panjang, boleh buat perancangan, namun bukan semua isteri macam tu, ada yang hampeh tak tahu jimat langsung, menyusahkan aja buat menghabiskan beras aja. Tapi biasalah, kalau isteri pandai mana ada suami boleh dengar nasihat isteri. Suami ni Ego!

Pengakuan ikhlas dari isihati seorang lelaki…

Saya cakap terus terang, suami memang tak suka kalau isteri tak bekerja. Masa bercinta memang okey, alright! Tak kerja lagi bagus dia boleh tanggung, tapi bila dah beranak pinak baru tahu langit tinggi rendah. Zaman ini semua pakai duit. Kalau poket zero memang susah! Waktu tu mulalah balik rumah masam muka. Serba tak kena. Mulalah menyampah kalau kaum puak isteri datang kat rumah selalu, buat menyusahkan hidup dia aja.

Waktu itulah mereka mula benci bila isteri minta duit walaupun untuk belanja dapur atau untuk ke pasar. Suruh isteri berjimat, nak jimat macam mana benda semua dah mahal. Mulalah nak cari isteri baru yang bekerja dengan harapan boleh bantu meringankan beban hidup mereka.

Tapi lainlah kalau suaminya yang suruh dia berhenti kerja kerana dia mampu. Namun sebagai isteri, dia mesti buat perjanjian terlebih dahulu, jangan besok kalau saudara mara dia datang suami tunjuk muka masam, atau kalau emak mertuanyanya minta tolong dia mesti bantu.

Nasihat untuk anak-anak gadis..

Zaman sekarang kalau nak cari suami kena buka mata besar-besar, lihat latar belakang bakal suami supaya tak menyusahkan kita kemudian hari. Lagi pun apa guna ada suami kalau menyusahkan hidup kita aja. Saya tak kisah kalau anak saya tak kahwin kerana tak jumpa lelaki yang sesuai Buat apa susahkan diri tanggung biawak hidup.

Saya sedih tengok sesetengah gadis yang berkahwin kerana terpaksa, konon malu kalau dikata andartu. Pada saya lebih baik tak kahwin atau jadi andartu daripada hidup merana. Orang keliling nak kata apa pun pedulikan, daripada kahwin dengan penagih dadah atau kaki judi lebih baik jadi single. Apa nak susah kerana kita bekerja.

INi pula untuk isteri-isteri

Berbalik pasal orang perempuan ni, bukan semua isteri pandai berfikir tentang masa depan mereka, kebanyakan isteri serahkan nasib dan masa depan bulat-bulat pada suami, ada juga yang jadikan suami tempat bergantung. Kalau suami panjang umur oklah, kalau pendek umur macam mana? Atau kalau suami kahwin lain apa nak jadi?

Sebenarnya saya tak faham perangai sesetengah orang pompuan ini, kadang kala baik mereka tak kena tempat, tak pakai otak, lekas cair kalau kena pujukan suami. Suami minta duit bagi, nak gadaikan barang emas pun bagi, suruh pinjam duit bank dia patuh, suruh jadi penjamin sanggup, mereka percaya suami 200 peratus.

Mereka suka bertindak ikut emosi bahawa dia saja yang betul.

Saya tertarik dengan cerita Badrul kerana keikhlasanya bercerita dan memberi pandangan secara jujur terhadap masalah kaum wanita hari ini terutama jika ingin rumah tangga mereka aman damai, di samping membongkar dan menceritakan rahsia hati kaum lelaki terhadap wanita yang tidak bekerja. Semoga anda mendapat iktibar.

Β©Kujie – walaupun ada beberapa pandangannya saya tidak bersetuju tetapi banyak nasihat dapat kita jadikan panduan dan sempadan.

Saya AFK – Away From Keyboard – tak pergi mana tapi tak berapa sihat.Β  Layan saja entri edisi makcik membebelΒ  part – 2 :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Untuk gadis, isteri dan juga suami

  1. hi assalamualaikum..saya mungkin lewat dalam topik ni..maaf..xpe..saya join jugak,saya nk cerita sikit pengalaman saya,hampir setiap hari saya bergaduh dengan isteri saya..bukan kerana apa..pasal duit..saya mengadu kat dia,saya x cukup duit,,kerja la.apa susah sgt..sementara umur masih muda,,pegi bekerja ,,bole la nk shopping lebig skit atau nk simpan ke..ni x,,dapat gaji je abis,,mmg x xukup,,gaji saya ok je,,bkn x cukup,tp kalau bole ada pendapatan tambh (isteri bekerja lagi best)kadang2 saya rasa tertekan sgt2,psl duit je semuanya..sampai kadang2 tu saya rasa mcm nk tinggalkan mereka semua..saya malas nk fikir sbb depa pun x pernah nk fikir psl kesusahan saya.

  2. ya,aku setuju dgn apa yg dikatakan tadi,buat apa kahwin klu hati kita selalu disakiti.Buat gadis2 diluar sana bila kahwin kita minta semua kemudahan untuk kita,nanti bila dah kahwin suami buat halpun kita x merana.Baru kahwin munkin dia ikut kita,nanti lama2 dia x pedulu pun kita.

  3. Ada baca artikel ni. Tak silap, dia ni mekanik, kan? Memang betul pun apa yang dia cakap tu. Bukan orang lelaki aje tapi orang perempuan zaman sekarang ni ramai yang wasted. Apa nak jadi, opah pun tak tahu… Jie, mana entri tu? Jenuh ler aku menyelak.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  4. kak jie…best entry nie…panduan untuk menjalani hidup..saya sokong panduan tuk anak gadis tu..Rasullullah pun pesan..nak cari calon suami/isteri..yang paling penting agamanya..dan agamanya pulak kena wasatiah..jgn yg extreme..kan ker Rasullullah pesan lagi.bersederhanalah dalam segala hal..smada hal2 dunia mahupun hal2 akhirat…

  5. ahahha. ske btol kalo artikel pasal kehidupan camneh. best. leh jd panduan. walau kat belog sy. sy tukar jd benda len. hehe. igt tue ank gadis, kalo kawen sbb nk lari dr status andartu pun… cari la yg orang tahu agama. kalo jd apa2 xla dia menganiaya kamooo.

    Sweet Thinkers last blog post..Mari Mengenal Diri

  6. jangan begitu, lelaki dan perempuan ini dicipta untuk menyempurnakan antara satu sama lain, tak sempurna hidup lelaki atau wanita jika keseorangan hidup didunia, tidak bertambah zuriat dan mukmin didunia.. erm..berusahalah untuk memilih yang terbaik untuk diri..

  7. “Zaman sekarang kalau nak cari suami kena buka mata besar-besar, lihat latar belakang bakal suami supaya tak menyusahkan kita kemudian hari. Lagi pun apa guna ada suami kalau menyusahkan hidup kita aja. Saya tak kisah kalau anak saya tak kahwin kerana tak jumpa lelaki yang sesuai Buat apa susahkan diri tanggung biawak hidup.

    Saya sedih tengok sesetengah gadis yang berkahwin kerana terpaksa, konon malu kalau dikata andartu. Pada saya lebih baik tak kahwin atau jadi andartu daripada hidup merana. Orang keliling nak kata apa pun pedulikan, daripada kahwin dengan penagih dadah atau kaki judi lebih baik jadi single. Apa nak susah kerana kita bekerja.”

    saye sokng!!!!wape nk kawen ngan org yg menyusahkan idup kite n wat saket ati je..nk idop ngan die bkn kejap…seumur hidup..wape nk menderite sorang2 kan!!~
    (adekah sbb ni saye masih single sampai skarang??)
    kuikuikui

    kuros last blog post..UVERworld-Hakanaku Mo Towa No Kanashi single release 19.11.2008!!!!

  8. saya suka bebelan kak jie..kadang2 tak terpikir..thanks kak jie..

    arins last blog post..My Daughter..

  9. moga cepat sembuh ya kak jie!!! meh saya antar gi berurut meh! nak tak?? πŸ˜€

    ikutkan zana setuju gak ngan beberapa perkara diatas ttp kena tgk kondisi famili tu sendiri.

    yup! pernah satu ketika zana angguk tak penah menggeleng. but not this time around!!! 😈 😈

    Zanas last blog post..Mangkuk Tingkat!!

  10. Inilah zaman akhir dunia.. Nak buat macam mana jika berlaku demkian, itu dugaan dari-Nya, kena tabah, Jangan lari daripada menempuh masalah, Usaha kena buat, doa kena mintak, tawakal jangan dilupa. Sekian..buat masa ini..

    mrozaidis last blog post..PENGASAS YAHOO! LETAK JAWATAN

  11. hmm, isteri x bekerja bila mixing dgn isteri2 yg bekerja nampak agak ketinggalan….at least from my humble observation, tp mungkin x semua kot.

  12. Panjang lebar kak jie punya penerangan nih.. nasihat untuk anak teruna takde ke kak jie.. takkan anak gadis jee..:)

    nuaemans last blog post..Apakah Associated Content masih lubuk duit?

  13. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri.

    selinaps last blog post..Wordpress 2.7 new update features

  14. mintak2 dijauhkan sumer yang tak elok buat kita sumer…amin.

    K. Jie, saya dah tahu naper saya susah nak komen kat page K. Jie, sebab:-

    1. saya asyik tuko komputer, kat umah, kat opis..
    2. Komputer saya amat lembab, loading terlalu lama…

    **hrp2 line tenet pon jangan lah lembab!ujan kat teganu nih!

    cendawanintims last blog post..Usaha Tangga Kejayaan!

  15. – apa da comment luv tu. dah kene komen lagik sekali :p –
    ni kalo tak batuk2 mesti sakit peyut. sila lah makan obat sambil mengambil langkah2 pemulihan. moga cepat sembuh dan kembali aktif menunaikan tanggungjawab fardhu ain dan kifayah. *cewah*
    p.s. bab rumahtangga tu x yah komen ya. lain kali je lah. ;)) huhuhuhu

  16. k jie,
    Segala ketentuan Allah ada hikmahnya.
    Yang penting kita usaha dan selebihnya bertawakkal.
    Hidup berumahtangga memang kadang2 kita tidak dapat jangka.
    Seorang suami yang baik pada hari ini, belum tentu baik pada hari berikutnya.Apa yang penting, kpd gadis2 diluar sana, carilah suami yang beriman. InsyaAllah suami begini akan bertanggungjawab kpd isteri dan seluruh tanggungannya.Seterusnya mampu membimbing kita menuju kebahagiaan dunia akhirat.

    cikgu panjis last blog post..Tahniah

  17. Salam Jie..lama x merapu kat sini..hehe..tengok entry kali ni terasa gak nk mengomel… πŸ˜† Memang betul nasihat untuk gadis2 tu..kalu x pasti betul2 latarbelakang lelaki ni..perangai diaorg macamana..biar confirm betuiii..baru decide nak kawin ke, nak kawan jek! Disebabkan dunia sekarang berpaksikan wang ringgit sangat2, jadi lelaki skrg pun x macam lelaki dulu2..hehe(*kan Jie?? x macam suami2 kita laa..hehe…baik kan?? πŸ˜› ) Memang telah banyak kita dengar, kita baca dan kita tengok sendiri sesetangah alam rumahtangga yang hancuusss dek kerana tertipu..kerana terlalu berkorban..kerana terlalu sayangkan suami..wanita teraniaya sungguh!!! Dan dah era dunia skrg jugak..ramai gadis2 sukakan suami orang sebab suami yang dah veteran ni biasanya poket dah stabil..anak2 pun dah ramai yang lepas sekolah..so duit lebih sikit..suka belanja2 makan..jadi yang mata duitan, mesti try nak massyyyuuukk punya dengan suami orang (*bukan semua la yaa..)..janji leh hidup mewah sikit jadi laa.. πŸ‘Ώ
    Bagus Jie..informative sungguh entry ni..elok panggil ramai2 anak2 dara, para isteri dan suami baca kat sini..hehe

    ummis last blog post..Kek Gula Hangus

  18. ya. saya sangat setuju. kak jie adalah orang yang lebih berpengalaman dalam kehidupan rumahtangga. saya masih belajar mengenal satu sama lain.

    kisah-kisah macam ni perlu diwar-warkan demi menyelamatkan statistik penceraian yang dipegang masyarakat melayu iaitu sebanyak 60%.

    masalahnya mereka fikir mereka seolah tahu apa keputusan yang mereka ambil dan terus buat keputusan dengan alasan, cinta antara satu sama lain.

    sebenarnya banyak perkara yang mereka perlu belajar. bagi saya kursus perkahwinan pun masih tak cukup.

    megats last blog post..Semakin Tenang, Keluar Dari Rumah Dan Berpindah

  19. Musim demam ni kak Jie.. jaga diri.. jangan keluar rumah selalu.. tak elok angin kat luar..

    kes ni Neeza rasa memang subjective sangat. Ada suami yang memahami..Alhamdulillah.. ada pulak yang tak kisah pun. Pada dia asalkan dia bagi duit tiap bulan okay dah. tak kira lah duit dia bagi tu berapa. Mungkin dia rasa RM50 sebulan tu cukup kot..

    pada suami yang selalu beli barang dapur dan tahu betapa lah RM50 hanya cukup untuk makan 3 hari.. akan lebih memahami..

    Pada anak gadis.. ikutlah nasihat entry kak Jie ni.. kalau nak kawin, jangan tergoda dengan paras rupa dan mulut manis dia aje.. kena tengok jugak background family dan sebagainya..

    panjang pulak bebel.. jaga diri kak Jie.. πŸ™‚

    Neezas last blog post..Macam macam cerita.. layan aje laa.. πŸ™‚

  20. CeQ akan beri perhatian lebih pada nasihat yang pertama tu 😎 Masa depan penuh misteri, ceQ doakan yang terbaik saja πŸ™‚

  21. Salam kak jie…
    Formula mudah yg su amalkan, berbaik sangka selalu. Jadikan apa juga sumbangan terhadap kehidupan rumahtangga sebagai satu ibadah. Memberi dan menerima seadanya. Keluarga atau tetamu yg datang bertandang kenalah dianggap sebagai rezeki. Dan rezeki yg paling berkat ialah rezeki yang dikongsi.

    Kasih sayang adalah rezeki yg paling mahal. Bukannya duit semata-mata. Memanglah cinta tak boleh bagi makan, dan duit boleh bagi makan. Tapi makan tanpa kasih sayang, tak ada nikmatnya. Donald Trump pun mengakui yg dia cemburu melihat orang yg kaya dgn kasih sayang.

    Bagi su, suami dan isteri kenalah faham dimana nak letakkan kepentingan duit dlm kehidupan. Jgn terlalu mengagungkan duit dan kesenangan hidup sbb semua tu pinjaman Allah pd kita je.

    Errr… pendapat su je tu. Maaf ye kak jie. Terpanjang lak komen kat sini. πŸ™‚

    P/S: Saja nak kongsi 2 n3 lama su sekitar isu yg sama.
    Hadirnya hanya pinjaman
    Soal pilihan

    suaras last blog post..Berbicara dengan DIA… fahamkah kita?

  22. ishh, saya orang pertama komen ni,
    kak jie, tak sihat mamam ubat ye, jangan jadi saya cukup payah nak makan ubat, nak naturally recovered, menahan sakit je.

    Dalam dunia ni macam-macam pendapat ada kak jie, yang kita boleh terima, ambikkan, yang tak boleh tu kita tolak. Lain orang lain keadaan yang ditempuh. Apa-apa pun hanya Allah yang boleh melindungi kita. πŸ˜›

Comments are closed.