Artikel

Tip elakkan letih memandu

Kepada kawan-kawan yang akan memandu balik ke kampung hari raya ini, service kereta anda dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Hati-hati memandu, kerana kemalangan bukan saja melibatkan diri kita seorang , seringkali membabitkan orang lain. Bukan saja kemusnahan harta benda dan yang lebih parah kehilangan nyawa juga penderitaan perasaan bagi sanak saudara dan keluarga yang ditinggalkan.

Kemalangan yang berpunca dari rasa letih selalunya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih .

Punca-punca keletihan semasa memandu

* Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat
* Mengambil alkohol
* Kurang tidur dan rehat
* Ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik
* Masalah kesihatan seperti penyakit Addison, anemia, AIDS, gangguan alahan yang kronik seperti demam alergi atau lelah, malignan, diabetes, kegagalan jantung
* Senaman berlebihan
* Tekanan perasaan atau stres
* Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.

Tanda-tanda keletihan

* Kerap menguap dan mengantuk
* Keliru dan pemikiran yang kabur
* Murung dan mudah baran
* Tindak balas dan reaksi yang lambat
* Khayal atau berangan-angan
* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa
* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda
* Gagal menumpukan perhatian
* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu
* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk
* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain
* Tersengguk-sengguk semasa memandu
* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).

Pengurusan sendiri

* Perlahankan kereta anda
* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai
* Berbual dengan penumpang jika ada
* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan
* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum
* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap
* Berhenti sekejap untuk minum
* Berhenti rehat untuk mandi
* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh

Amalkan tabiat baru

* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu
* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu
* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh
* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk
* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan
* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah
* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh
* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.

(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Tip elakkan letih memandu

  1. Saya akhir-akhir ni time balik keje selalu terlelap tika drive.. risau betul.. nasib lalu highway.. tapi bahaya jugak tu.. esok nak balik kampung lepas sahur harap-harap oklaa.. ish mata nih!

    >>> uik..bahaya tu… ingat orang yang tersayang..

  2. tips ni berguna utk org yg suka drive. utk diya yg tak suka drive pun berguna jgk kot. hehe

    >>>utk org yg tidak memandu pun berguna gak..print..lekatkan kt dashboard kereta….baca kat pemandu kalau dia mengantuk..hahaha πŸ˜†

  3. erm…
    tapi kak, camne nak sedarkan org yg ngantuk, tp xmo ngaku ngantuk, dan terus drive..
    abah saye…cukup degil…kdg2 kite yg menengok riso je..

    dah ngntuk nih, tp degil kepala batus xmo ngaku ngantuk..saye dah offer nk drive pun xmo..
    bile mak saye bebel kat sebelah, dier cover ngn rayban xbg org nmpk dier ngtuk…

    degil tul…

    >>> hehehehe..suami kakjie..asal malam je..takmoh bawa..dia ckp tak tahan lah skrg ni…silau le..
    duluΒ² tak de hal pun
    ala…udah tau kak jie leh bawa..
    tapi kak jie suka memandu..no hallllllllllahhhh… πŸ˜†
    nak2 kalau semua yg lain tidoo..hehehehe
    abah tu jenis tak harap org memandu kot
    dia yg dok sebelah tu penat dok tekan brek..hehehe πŸ˜†

  4. kalau neeza drive, lagu kena pasang. Kalau husband drive pun sama. tapi dia lebih suka neeza borak dengan dia. Kalau tidak, dia suruh neeza tido dan dia speeding.. kalau neeza jaga, memang mulut neeza macam muraii… hehee..

    >>> kakjie pun mmg pasang lagu..tapi jarang fokus pada lagu…. πŸ˜†

  5. saye bawak laju2. bile bawak laju, kite kene concentrate, tp myk la sakit skit

    >>>opss…lupa tu..kalau bawa laju kadangΒ² ada orang sedang meneropong….hatiΒ² lesap duit raya rm 300 πŸ˜†

  6. Iklan monyet. Peminat TV pedidikan rupanya. πŸ’‘

    >>> πŸ˜† duluΒ² mana ade Discovery Channel @ National Geographic πŸ˜†

  7. Jika memandu kereta bawa cili padi (KNizam boleh bawa cili Melaka). Jika wujud sebarang simpton seperti dinyatakan di dalam artikel di atas, kunyah cili tu. Pasti segar biji mata.

    p/s: Sila berhenti di tepi sebelum melakukan kaedah ini.

    >>> teringat iklan monyet degil makan cili api…duluΒ² ade la iklan tu..kitanya masa tu iklan ni lah yg paling cool…. πŸ˜† πŸ˜†

  8. Nak service kereta next week.

    Perjalanan balik kelantan dah la jauh, penat… tapi demi utk balik beraya, semangat tetap membara.

    πŸ˜†

    K.Jie raya kat mana?

    >>> kelantan intan……jauhhhhhhhhhhhhnya…dulu pergi ikut Gua Musang…jenuh baru nak sampai..
    Kak jie raya kat sabak bernam..petang tu baru balik kedah

  9. Bagus pesanan dan tips ni… mudah-mudahan bermanfaat kepada umat lain… semoga bertambah2 pahala kak jie di bulan Ramadhan ni… πŸ˜€

    >>> tips ini tidak sesuai untuk yang terbang..hehehe πŸ˜†

  10. suami saya suka memandu waktu awal pagi atau malam..dia kata sejuk..and nyaman..plus saya pon suka..kalau panas sgt..lagik cepat letih..

    >>> anak2 pun tak banyak ragam..hehehe

  11. Aku pun suka memandu malam.. tapi wife pulak tak suka.. ambil keputusan memandu lepas subuh.. jumpa gak suasana siang dan malam.. hehhe

    >>> sy suka memandu malam..siang silau…entah…malam sejuk kot

  12. saya suka memandu malam2. nak elak ngantok saya buka radio kuat2 dan nyanyi kuat2 sambil head banging….

    ps: kalau balik keje, saya selalu mengantuk masa drive sbb tak tahan jalan jem di kl. kdg2 masa berhenti tu, saya boleh lelap jap. perghhh

    >>> Kak Jie pun suka memandu malam..sebab…….semua yg lain boleh tido….tak de org sebelah tu dok pok pek pok pek..itu tak kena ini tak kena… ngapa ikut rapat sgt..ngape laju sgt..ngapa…bla..bla..
    sedarΒ² dah sampai kampung..nak nak balik ikut Kuala Kangsar – gerik – baling…dalam kul 12-2 pagi..speed la berapa nk.. πŸ˜†

  13. tip balik kg nie..

    bleh diamalakn.. πŸ™‚

    kejadian buruk bleh jadi bila2 jer..

    so.. hati2.. πŸ˜€

    >>> selalunya nk blk raya mmg penat
    penat siapkan semua kerja sebelum bercuti
    penat menapak kt shopping complex πŸ˜†

  14. saya kalau memandu jauh mesti kena borak2 ngan orang sebelah. takpun pasang lagu raya kuat2 pastu karaoke dalam kereta. haha :mrgreen:

    >>> kalau orang disebelah pun..ZZZzzzzzzzz…hehehe
    cukup 2 tahun dah boleh p audition One In A Million

Comments are closed.