Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh menjadi satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.
Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.
Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.
Berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok. Di sini letaknya soal azam, apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.
Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.
Pada bulan Ramadan ini Pusat Racun Negara ada menawarkan Perkhidmatan Telekempen Antimerokok untuk membantu anda berhenti merokok. Jika anda memerlukan bantuan sila dail 1-800-88-8099 (talian bebas tol).
Jie ~ Ini adalah entry saya tahun lepas sempena Ramadan 1427H tetapi rasanya topik ini tetap relevan sepanjang masa kerana dalam kekecohan rakyat bercerita tentang harga ayam melambung tinggi, kenaikan harga tepung juga kesukaran mendapatkan minyak masak, ada segelintir rakykat Malaysia begitu mewah berbelanja. Tak percaya? klik sini..! tengok sendiri.
org yg merokok ni, bukan tak syg diri sendiri je, tapi org lain pun dia tak sayang … apa punye jenis manusia ntah …
-luahan dari mangsa asap rokok-
arin
kena bagi tazkirah lagi tu..hahahah..kena slotok time manja² 😛
echah baguih lagu tu… selalu dengar ada org janji time kawen nk berenti, pastu janji dpt anak…last² tak juga berenti..sampailah nafas dia yang berenti..:D
suami saya tak merokok dari bujang..sampai la skrg ni…tapi tiap kali balik mengeteh badan bau rokok…..lepak dgn kawan²…
huby dulu(waktu bujang) smoking..tp bila kami dah kawen trus berhenti..sbb dia kata family lebih penting dari rokok..alhamdulilah..anak2 pun apreciate abah dorang..sume utk kesihatan kan jie.
Kak Jie..laki saya perokok yang amat payah nak berhenti..tapi lately nih ader le kurang sket dia nye tebiat merokok..sbb saya selalu cakap, rokok naik rege..takkan still nak isap sekotak sehari kot..hehehe..kadang2 kene guna cara direct nak ngurangkan diorg nih isap rokok / berhenti merokok.