Artikel

Lalat

Masih ingat sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W berkenaan lalat?

“Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit.”

Pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.

Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Pada tahun 1947, Ernestein dari Inggris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahwa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekaligus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah logik apabila ingin mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat, badannya harus dibasahkan -menyelupkan lalat yang jatuh tersebut sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat.

Subhanallah betapa hebatnya Junjungan kita, Nabi Muhammad..

*Maklumat ini diperolehi dari sumber internet

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

9 thoughts on “Lalat

  1. memang dah lame tau cite sal lalat ni…

    tp x tau camne secare saintifiknyer..

    cam kak jie…menghuraikan cam jawab soklan spm…hehe

    klu lalat dah terjatuh dalam air…

    patutnye..kite tenggelamkan lalat tu dulu…

    tp ade ker sesape nak minum air tu..

    bile kite tau perangai lalat suke hinggap kat mane2…

  2. bila sy baca entry ni..rasa sy ni tersangatlah scientistnya..hahahaha…. kogsi lah apa yg kita tau..sama²

  3. Owh….

    Tak ingat pulak Reez hadith ni… Anyway, good info!!

    Tak kusangka, lalat ni elok jugak yek… Ingatkan semuanya tak baik…

    Tapi cam mane nak rendamkan lalat dalam air, baru aje nak tepuk, dia dah terbang dulu… Kalau dpt pun, mesti pastu dah penyek dah sebab kene tepuk dengan kuat…

    😀

Comments are closed.