Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari
Artikel

Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari

Ketika menggunakan tandas, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, adakah kita tahu dan pasti bahawa cermin yang nampaknya biasa tergantung di dinding adalah cermin nyata, atau sebenarnya itu adalah cermin 2 arah?

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan cermin 2 arah adalah jenis cermin yang orang disebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Terfikir tak? Kalau-kalau ada orang memasang cermin 2-arah di bahagian tempat menukar pakaian wanita atau tandas?

Untuk mempastikan cermin itu adalah betul² cermin yang sebenar amatlah sukar jika hanya sekadar melihat permukaannya.

Saya terima email dari suami cara bagaimana kita boleh menentukan dengan pasti jenis cermin yang kita lihat itu.

Hanya lakukan ujian mudah ini.

Letakkan hujung kuku dipermukaan cermin dan jika ada ruang ( gap ) antara kuku dan image di cermin, maka itu adalah cermin yang sebenar.

Namun, jika kuku menyentuh image kuku anda tanpa ada ruang ( gap ), berhati²lah, itu adalah cermin 2 arah ( 2-way mirror )

“No Space, Leave the Place”

Marilah kita sama-sama mengamalkan tabiat ini,setiap kali melihat cermin terutama di tempat khas untuk wanita, lakukan “ujian kuku jari”.

Saya pasti, selepas membaca entri ini, ramai yang akan melakukan apa yang telah saya buat selepas membaca email yang dikirimkan oleh suami.:lol: Tapi ujian untuk cermin 2 arah tu tak pasti nak test kat mana.

eh…cop…cop ! kenapa perempuan je selalu kena intai ? Tak best ke intai lelaki?

©kujie –  sejak berkahwin, suami yang potong kuku kaki kujie, tetapi sejak dia ke luar daerah – Intan yang potong kuku kaki mama dia ni…haha…tabiat bapa turun kat anak!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

77 thoughts on “Elak Diintai : Lakukan Ujian Kuku Jari

  1. ada ke cermin 2 arah.. baru tahu.. jap lagi nak g test kat jamban saya..kot2 selama ni 2 arah..hehe

  2. terima kasih kak kujie..sangat berguna.. boleh bagitau dan ingat2kan kat adik2 perempuan.. bab suka intai lelaki tu, rase2 ada kot.. majoriti yang intai lelaki, dan sekarang ramai yang laki suka lelaki 😛

  3. syukran ni suatu ilmu baru untuk saya yg memang tak ada ilmu nak intai-intai orang ni…heee

  4. dulu pernah dengar tapi dah lupa yg mana satu perbezaan, sekarang ni baru tahu rupa2nya yg kalau dekat tu means 2 way mirror

    p/s: kakjie nak tahu kenapa org perempuan je yg kena intai? sebab yang mengintai tu lelaki, jarang la kes perempuan mengintai lelaki, hoho kecuali artis je la kot

  5. tak faham sbb sepatutnya ada entri tu ada isi mengenai tajuk tu….walau pun sikit..kemudian baru tambah – baca selanjut di sana

  6. hehehehe….hulur jari kejap je
    tapi dok tunggu depan fitting room bosan, kan

    dok merungut..apa lah org dlm tu buat 😆

Comments are closed.