Hujung minggu lepas saya ke MPH beli buku rujukan untuk Intan yang akan menghadapi peperiksaan PMR yang dipanggil Pentaksiran Tingaktan 3 ( PT3) mengikut sistem PBS. Saya gunakan Baucer Buku 1 Malaysia milik Angah. Saya rasa tak salah kelau gunakan baucer tersebut beli buku untuk anak menengah rendah biarpaun baucer tersebut diberikan kepada pelajar universiti. Janji kami beli buku sebenar benar buku.
Buku hanya rujukan bukan perkara utama menghadapi peperiksaan tetapi saya percaya buku rujukan banyak membantu anak-anak membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan.
Berbalik kepada buku rujukan PMR atau nama barunya PT3, memang sukar untuk mendapatkan buku tersebut. Memandangkan tahun ini adalah tahun pertama PT3 diperkenalkan ( beberapa bulan yang lepas) banyak perkara yang tidak jelas mengenai sistem peperiksaan yang akan dijalankan. Keputusan yang sekejap begitu sekejap begini sehingga penerbitan buku rujukan Tingkatan 3 agak terhad.
Cikgu Intan pesan, beli buku yang umum sebab garis panduan mengenai PT3 baru saja keluar dan banyak perkara yang sering berubah-ubah. Contoh mudah, katanya Peperiksaan Berpusat hanya membabitkan 4 mata pelajaran tetapi sekarang berubah menjadi 6. Sekejap ada peperiksaan pusat, sekajap tak ada.
Dalam pekeliling siaran media yang saya baca di laman web KPM senarainya ada 9, tiada peperiksaan berpusat. Cikgu Intan cakap ada. Boleh rujuk di sini – PMR Diganti PT3 Guna Sistem PBS
Cikgu Intan beritahu lagi, untuk mata pelajaran BM, levelnya lebih tinggi dan silibus Tingkatan 4 yang akan digunakan dalam peperiksaan. Cemas jugalah menjadi antara kumpulan pertama ‘tikus makmal’ dalam sistem pendidikan.
Saya pun tak jelas macam mana, tunggu Intan dah tempuh PT3 dia hujung tahun ini, saya boleh berkongsi lagi cerita sebenar megenai PT3.
Based on an interview to a famous electronic designer who spoke to media that he asks for some advanced custom LVDS cables for the item he has been developing. And the LVDS screen cables shoud be durable, good-looking and small enough for the assembly.female usb to rca cable
Adik saya kata study seperti biasa sahaja. SUmber untuk PT3 PBS memang terhad.
nak buat macam mana..sabar ajelah.
cikgu-cikgu sekolah dah lama bersabarrrrrr..
terima kasih kak jie berkongsi..
walaupun anak saya masih lmbat lagi..paling tak.dapatlah tahu secara kasarnya pasal PBS ni… =)
tak ada benda lain selain buat peperiksaan…para pelajar hanya diuji tentang perkara yang tidak sepatutnya
saya ingatkan bila dimansuhkan itu bermakna tiada peperiksaan, rupanya ianya hanya perubahan dalam peperiksaan
peperiksaan ttp ada =)
PBS untuk tingkatan 3 baru dilaksanakan pada tahun ini setelah PMR dimansuhkan… Hmmm… Ini merupakan peluang baik untuk guru-guru menulis buku…
Kenapa lah selalu berubah2 sistem pendidikan negara kita nih… hmmm
ya begiktulah negara ini, ingin perbaiki pendidikan tapi malah membuat sulit pendidikan.
mencabar juga ni kepada ibu bapa. alhamdulillah lambat lagi anak nak ambik PT3 PBS jadi masih ada ruang pembaikan
Jadi perintis secara tidak langsung mengalami kesukaran untuk mendapat bahan rujukan.
Payah juga nak berhadapan dengan sistem yang tak jelas ni..kejap macam ni, kejap macam tu..sampaikan nak cari buku yang sesuai pun payah..sabar je lah Intan..harap Intan dapat tempuh PT3 dengan jayanya..