Anak

Sejuk perut ibu mengandung

Angah dah selesai 2 minggu di Kem Smart Al-Quran Nurul Hasanah. Balik dengan serban bukan main besar.   Yang tak selesai lagi, debar tunggu keputusan PMR .

Rumah saya kalau cuti-cuti sekolah memang tak pernah sunyi. Mak dan adik saya dah balik, anak saudara dari Meru pula sampai.  Setiap tahun memang anak-anak saudara saya dari Kedah atau pun Meru datang habiskan cuti di sini. Kadang-kadang terfikir, 10 tahun lagi masihkah mereka ingat untuk datang menjengok Mak Uda/ Mak Long dia orang ni?

Atau pada masa tu dia orang tulis blog, kenangan dulu-dulu datang bercuti di rumah Mak Uda/ Mak Long masing-masing..hehehehe

Pagi tadi kami bersarapan di air terjun [link]– 5 minit perjalanan dari rumah. Ingat kami yang paling awal sampai, rupanya semua lot parking dah penuh.   Saya bawa Pajero, jadi bolehlah meredah jalan mendaki ke tempat lebih jauh.

Sejuknya macam mandi ais sampai kecut…meriah dengan suara kami 14 orang!

p/s – satu lagi entri hari minggu – tanpa faedah!

p/s – dah seminggu tak boleh transfer gambar dari  SE, tadi scan h/phone- ada 3 trojan, semua dari fail muzik.  Kerja anak-anak lah ni…. tak mungkinlah saya yang save lagu Avenge Sevenfold, Arctic Monkey,Bittersweet , Bullet For My Valentine, Couple, Fall Out Boy,Julie Goes Overseas ,Republic Of Brickfields – dan entah apa-apa lagi.

©Kujie – rasa hangat juga perut ibu yang mengandung

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Sejuk perut ibu mengandung

  1. sejuk hati tengok keadaan tu.. buat saya berfikir bagaimanakah agaknya kehidupan anak-anak saya akan datang.. saya sendiri tak pasti sempat atau tidak melihat mereka membesar..
    .-= nuaeman´s last blog ..Hadiah dari contest di Bluedianthus.com =-.

    1. @nuaeman, ish..knp ckp mcm tu plak nueman??huhuhuh…tak baik
      .-= farahaznil´s last blog ..Sejarah Maal Hijrah bagi umat Islam . =-.

  2. Alhamdulillah.

    Along n Angah saya belum habis kem ibadah mereka. Hari Jumaat lepas kami p melawat, along katanya dah selesai hafal al Mulk dan Angah tengah menghabiskan Ar Rahman untuk teruskan dgn As Sajdah kerana yg itu lebih dia tahu.

    Saya tanya soalan cepu emas, so Along n Angah marah ke papa hantar duduk sini 2 minggu? Dua2 peluk saya sambil bisik, ” u r the best father we can wish for”, sebak hati saya sampai la la ni….

    TQ kak jie, saya terbaca n3 kak pasal kem di Darul Quran, lepas tu terus cari Maahad yg sesuai utk mereka di cuti sek.
    .-= Aykay´s last blog ..Pukau tepuk bahu =-.

  3. hehe….sy pun tahu sekerat dua je dari mp3 or band tu…. apa2 yg sedap didengar sy dengar…xkisah la rock ke…indie ke…etnik kreatif ke dandut ke… 🙂
    .-= Active Blogger´s last blog ..Hujan Yang Turun Bagaikan Air Mata…. =-.

  4. aku kompius tang satu ni jer…
    sapa yang tangkap gambar?
    ni lakonan semula ker? hehehe
    .-= Kreuger´s last blog ..Membawa Cik ke kedai kenangan zaman bertunang. =-.

  5. Alhamdulillah.. memang sejuk perut ibu kalau setiap anak yang keluar dari perut mereka jadi orang.. jadi manusia dan jadi hamba Allah yang taat. Kesian tengok segelintir (mungkin sebahagian besar) anak-anak Melayu sekarang ni.. mujahid di atas motor di tengah-tengah kota..

  6. Err… nak tanya sikit la Jie,

    Dulu Tie fikir kita ni kena pakai telekong sembahyang warna putih je.. pastu ada renda2 warna warni tu tak apa..

    Sebenarnya memang tak ada peraturan warna ke pakaian untuk solat tu ? Tie ni masih jahil lagi laa… Jie terangkan, ekk .
    .-= Tie´s last blog ..Pudding =-.

    1. @Tie, kena balik pada rukun dan syarat sah solat. Tak pakai telekung pun boleh solat – syaratnya menutup aurat .

      ada yang pakai jubah hitam – pastikan stokin yg tebal

      ada juga membaca – katanya ikutlah persekitaran – kalau persekitaran kita pakai putih, gunalah putih.

    2. @Tie, maaf..sekadar berkongsi…mungkin yg putih kosong lebih baik..sbb yg renda2 tu..mungkin mampu menggangu khusyuk rakan2 lain semase solat “iskk..cantiknyer telekung die..nak carila lepas nie…”..sekadar pandanganku yg lemah.. 😉
      .-= hafizmd´s last blog ..Adakah Kita Jiran yang Peka? =-.

    1. @iza~de~bintang, kata embah dia..org yg lahir dgn tali pusat terbelit di leher
      pakai baju apa pun

      ‘terletak’ :mrgreen:

      dah tu leher panjang mcm angsa 😆

      itule…mula2 tu sejuk….. last tgok hp segala mcm dia save..hangatlah pula

      tapi sejuk campor hangat – suam je kot 😆

    1. @aloqmalai, perjalanan mereka masih jauh…harap2 berkekalan imanmya

      masih dlm kawalan – kami anak beranak boleh cerita semua hal…

    1. @takumi, kami g mandi air terjun la tadi…tak jeles ke..tak jeles ke…

      mama hang, firdaus, khaleda, noami, acik adi, adik as, acik anna, wani, syasya, aqmal..semua ikut

      tak jeles ke..tak jeles ke.. 😆 😆

      1. @Kujie, jeles mmg jeles,tapi kejenyer skang mmg weekend jerk..huhu
        musim org mengawan skang nih.. 😛 😳
        .-= takumi´s last blog ..Wedding Saiful & Norzila =-.

        1. @kenari, dah faham dah…kami selalu travel..selalu singgah masjid…kadang2 saya tak ikut dia org masuk masjid – jadi kena terangkan sebab-sebabnya…

          jadi – dia pun dah faham tu

  7. kadang2 xpayah transfer apa-apa pun kat phone tu trojan boleh masuk.
    kene selalu scan pc la sebelum connect apa-apa kalau nak lagi selamat
    .-= ariff´s last blog ..Light Painting Tutorial =-.

  8. seronok tengok perjalanan sebuah keluarga bahagia. hanya mampu melihat buat masa ini (hu3).

    ps – adeh tinggi betul penangan trafik kat blog ni (ha3)
    .-= megat´s last blog ..Wanita Hebat Bersama 11 Lelaki Hebat! Mahu Pecah Rekod? =-.

    1. @megat, Kak Jie cuti – tp jadi pengawas tgok apa yg tak betul – nnt boleh betulkan.

      issshhh…. mana lah awk tahu trafik tinggi ? hujung minggu ni nk cecah 800 unique visitors pun berat 🙄

  9. hahahahahaha,Bullet For My Valentine? Avenge Sevenfold? Kakjie mmg ibu rock la,tak salah lagi hahaha.

    btw kakjie pi air terjun kat mana? ^_^
    .-= blowie´s last blog ..Sukan SEA : Bolasepak Malaysia live? memang kartun! =-.

    1. @blowie, bukan kak jie le …mesti anak2 tu….. tadi scan hp sbb dah seminggu tak boleh transfer gambar, dia mati sendiri… 😆

      air terjun tu dekat je dgn rumah – belakang Pusat Serenti Serendah

    1. @beliamuda, itulah bile nengok hp dah kena virus bagai2… mmg kerja dia org ni letak lagu entah apa2 tu….indie la konon tu 😆

      1. @Kujie, eh, bukan indie tu… tu rock namanya.. takpe, lagu je kan… ustaz rock? :mrgreen:
        .-= beliamuda´s last blog ..Gambar PM Sedang Berkicau =-.

Comments are closed.