Minggu lepas saya dah buat Semakan status permohonan ke IPTA klik sini > semakan status permohonan ke IPTA tapi laman web tu sesak nak mencelah pun tak celuih. Saya beralih arah login ke sini pula > www.jpt.uum.edu.my . Keputusannya Along TIDAK BERJAYA dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi SESI AKADEMIK 2009/2010 .
Kecewa juga tetapi saya sendiri buat rayuan melalui aplikasi e-rayuan. Mak yang semak, mak yang isi e-rayuan. Anak? Berseronok dengan kawan² di FB saja.
Sejak saya tahu dia tak buat permohonan ke politeknik memang saya pastikan saya sendiri yang akan uruskan proses untuk dia melanjutkan pelajaran. Saya cari maklumat dan saya isi borang.
Walaupun dapat tawaran untuk ke Tingaktan 6 , mungkin di tolak. Dia pelajar kejuruteraan awam , budak lelaki yang bukan ‘ulat buku’ dan minat pun ke arah teknikal dan saya tak yakin dia boleh ke Tingkatan 6 Kemanusiaan.
Anak-anak saya memang biasa ikut suami kerja sejak kecil – pikul tripod jadi chainman- ikut suami kerja-kerja luar adalah percutian hujung minggu bagi kami. Panjat bukit, turun cerun , bertepuk tampar dengan unggas atau nyamuk atau berkelah tepi lebuhraya sudah menjadi perkara yang dinanti-nanti bagi kami.
Suami saya seorang Freelance Land Surveyor dan tak mustahil anak lelaki sulungnya ini berminat dengan bidang yang dia terdedah sejak kecil. Saya tak nak dia melanjutkan pelajaran di bidang yang DITAWARKAN bukan bidang yang DIMINATI. Saya juga mahu memastikan bidang yang dipelajari nanti akan digunakan dalam pekerjaan selepas belajar. Saya tak mahu dia belajar kerana kawan-kawan atau kerana itu yang ditawarkan.
Tak mahu itu tak mahu ini…. banyak cekadak pula kan. Mak yang sibuk tak nak itu tak nak ini – anak………reles sudah! Semua mak nak yang terbaik untuk anak-anak , memastikan kesilapan kita di masa dulu tidak diulang oleh anak-anak. Bukan saja-saja menyibuk untuk merumitkan masa depan anak-anak.
Merayaulah saya di internet sehingga bertemu dengan Kuala Lumpur Infrastructure University College ( KLIUC) dan program Diploma In Geomatic Engineering.
Saya isi borang dalam talian, saya pilih kursus untuk dia. Saya submit borang dalam talian. Hari ini saya telefon KLIUC untuk pastikan mereka menerima permohonan tersebut untuk diproses. Saya paksa dia buat salinan fotokopi dan fax dokumen yang diperlukan.
Kepada bekas pelajar Diploma In Geomatic Engineering di KLIUC, boleh tak berkongsi maklumat yang perlu untuk saya. Mungkin saya ni mak yang paling kepoh di dunia… yang serba serbi nak uruskan untuk anak-anak.
13 tahun dulu sewaktu kami beli rumah di Serdang terfikir juga pelaburan masa depan untuk anak-anak kalau mereka belajar di kawasan ini. Tapi rumah tu sekarang masih ada kontrak dengan penyewa pelajar UNITEN sehingga April 2011.
saya adalah mak yang sentimental yang amat …. gambar yang Intan lukis 7 tahun dulu waktu umurnya 4-5 tahun pun masih disimpan. Tengok… dia pun tau mamanya supermom dengan tangan yang lebih untuk menguruskan segalanya.
*suka gambar ni… Intan gambarkan saya berbulu mata lentik macam artis !
It’s the three pairs of eyes that mothers must have and that’s just on the standard model.
One pair of eyes are to see through the closed door as she asks her children what they are doing even though she already knows. Another pair in the back of her head are to see what she needs to know even though no one thinks she can. And the third pair are here in the front of her head. They are for looking at an errant child and saying that she understands and loves him or her without even saying a single word
p/s- saya juga sedang mencari kereta kelisa. Sesiapa ada maklumat , boleh hubungi saya di sini. budak bertuah tu tak nak Kelisa, kereta perempuan katanya!
Saya nak balik kampung esok pagi – jumpa mak mertua. Selamat Hari Ibu untuk semua ibu² hebat yang singgah di blog ini.
syurga di bwh tapak kaki ibu…
.-= meo188´s last blog ..Pipi makin tembam. Haruskah saya pakai topeng? =-.
salam kak jie, dah melekat kat blog kak jie ni, menarik.. ((:
.-= fifa´s last blog ..new. =-.
kak jie emak yang kepoh yang glamer. saye sukakannya. yeay!
.-= Kie-yu´s last blog ..Entri Mi Segera. R4T Giveaway! (updated) =-.
selamat hari ibu kakji..tak de adiah la pulak nak bagi..mintak anak kakji je la eh..
.-= aizuddin´s last blog ..10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet =-.
selamat hari ibu kak jie..tahniah kerana mempunyai sifat keibuan yang tinggi..harap anak-anak akan hargai pengorbanan kak jie ni.
.-= mhnizam´s last blog ..Ibu….Mak…Mama..Umi =-.
samalah dengan mama rara. rara dapat politeknik dekat perlis course apa entah dulu, mama cakap takyah pergi, bukan bidang yang rara minat, padahal masa tu rara tak kisah pon, dah dapat tu pergi jelah hahaha. lepas tu dapat multimedia college telekom, course yang memang rara minat, multimedia technology. tengok yuran mahal gila terus rara taknak, tapi mama paksa suruh masuk, dia kata itu minat rara =))) lepas tu semua benda mama yang uruskan. rasa macam terkongkong jugak bila semua benda mama nak uruskan. T__________T tapi sekarang dah boleh fikir, semua tu untuk kebaikan.
selamat hari mak 🙂
sibuk balik kg ke ni kak jie?
😉
.-= joegrimjow´s last blog ..politik : uk sudah berubah, malaysia? =-.
peh..baru tau makcik kujie ni isteri Land Surveyor..boleh mtk keje ni:) saye student land survey gak kat UTM johor..masuk melalui Matrik..so, xtau la pasal KLIUC 2..:)
hati-hati bawak keter tu. tak lame lagi nak jumpe yang tersayang. pulang balik dari jauh tu. jangan gopoh gopoh ok.
(sejak bile plak aku kuat membebel neh? hahaha)
P/S: saya bukan geng mak mak eh.. saya geng bakal bapak yang kepoh kat dunia internet neh.
.-= Kreuger´s last blog ..Sampel imej yang mengelirukan pengguna dari Web RHB Online =-.
biasalah kak..setiap mak nak yg terbaik utk anak2 dia kan. moga2 anak aka berjaya dapat.
pssttt…sy kerja di kementerian pengajian tinggi. 😆
.-= cikpuanezah´s last blog ..Dear Suami, =-.
hehe..aku tak penah lagi jumpa yang tak kepoh. haha..
.-= titan´s last blog ..Titan, Futsal dan Bapak budak =-.
selamat hari ibu…
akak memang gorgeous!!!
.-= nadia´s last blog ..[FOR SALE] LOUIS VUITTON HANDBAG!! =-.
Bertuahnya anak. Semuanya mak yang uruskan.
ini bukan mak kepoh…ini namanya mak yg ambil berat…kak kujie,u’re the great mom in blog!!!![Malaysia only…lalala…]
.-= Mr Fathi´s last blog ..[konfius] kenapa la aku tak cashout Nuff lagi ni!!! =-.
mama yang caring..selamat hari ibu untuk kak jie besok…saya kagum dengan kak jie…
.-= eyriqazz´s last blog ..AKU KAGUM =-.
Kepoh untuk kebaikkan anak tak apa kak jie..jangan kepoh tak bertempat. Samalah dengan adik saya, orang lain yang sibuk applykan borang masuk U. Yang tuan punya badan, nak berjalan jer..Budak2 zaman sekarang kan..tak rasa susah n tak nampak bagaimana susahnya mencari kerja jika tiada kelulusan yang tinggi
.-= Shaffik´s last blog ..Mak Memang Hebat. =-.
wah2..bagus k.jie..seorang mak yg btol2 supermom nih..& happy mothers day
.-= jmr´s last blog ..Apa Nak Pelik Kalo Terjumpa Ex kan… =-.
Bila kita menjaga anak-anak kita insyallah anak-anak akan menjaga kita kelak di masa tua. Jika kita biarkan anak2 maka pasti anak2 juga akan biarkan kita di masa tua. Semua tu cash dibalas atas muka bumi. Jika kita buang anak tunggulah balasan di dunia dan juga akhirat tetapi manusia sekarang dah tak takut dengan hukum Allah…. Selamat hari IBU untuk kak jie.
.-= denaihati´s last blog ..Hidup Untuk Memberi : Tabung Sumbangan Muslim Cambodia =-.
Syabas utk k.jie, begitu kaedahnya yer…mak2 mmg kena kepoh pun…
semoga yang terbaik untuk anak kak jie dan terharu dengan sikap prihatin seorang ibu yang buat yang terbaik untuk memastikan kejayaan anak. semoga semuanya berjalan lancar
.-= sharinginfoz´s last blog ..Jangan Lupa Segmen Kenali Blogger Ahad Ini =-.
tak pe kakjie, kepoh utk kebaikan anak..mungkin sekarang dia tak paham, satu masa dia akan hargai apa yg kak jie buat utk dia..saya sokong tindakan kak jie yg carikan bidang yg dia minat..
saya dulu grad engineering, tapi bila habis belajar mmg tak minat nak kerja bidang sama..apakan daya masa dulu lepas SPM main ikut2 aje org..org amik engineering, kita pon amik..bertuah anak2 kak jie..ada ibu yg nak amik tau dan faham perkembangan anak2..selamat hari ibu in advance..saya suka quote mother’s eye tu..mintak izin saya copy yer..nak share di blog n FB..
.-= MamaSeni´s last blog ..Hadiah Birthday Untuk Alisya =-.
hehe..anak kak jie ni main lepas tangan je eh..
mentang2 la mak dia supermom..
selamat hari ibu kak jie.. 😀
.-= Lan Bingka´s last blog ..Kawan dia kata dia memang laju =-.
Ibu yang prihatin memang begitu…
.-= GreenLava´s last blog ..Adding Facebook Like/Fan box to blogger =-.
pastinya semua ibu pun melakukan yang terbaik untuk anak2nya..cuma apa yang dilakukan mungkin berbeza..semoga pengorbanan ibu-ibu mendapat balasan yang sebaik-baiknya dari anak-anak..;)
.-= Bb Hussain´s last blog ..Maher Zain – Insha Allah | ماهر زين – ان شاء الله =-.
Apa yer perasaan seorang IBU… yang tidak pernah bersekolah tinggi… tak tau kom… tak tau nak apply apa2 untuk anaknya… tak tau nak buat e-rayuan. TAK TAU MEMBACA..yang dia tau… g noreh getah untuk dapat kan rezeki untuk anak2.. noreh getah tuk sekolah kan anak2… noreh getah tuk hantar anak ke U.. dan dari duit getah tu anak nya mengecap kejayaan…
Besar sungguh pengorbanan seorang wanita bergelar IBU.
IBU adalah seorang wanita yang amat mulia…
renung2kan… selamat beramal 🙂
heppy mother day to Kujie n all mom in the world
p/s : komen tidak merujuk kepada sesiapa.. sekadar penghayatan.. Peace
.-= Amry´s last blog ..Selamat tinggal…. =-.
Mak Kak Jie penoreh getah
buta huruf
anak yatim piatu sejak belum kahwin
kawin dengan ayah
juga anak yatim – bapa mangsa kekejaman jepun yang dibawa ke Siam untuk projek landasan keretapi.
kak jie anak sulung, generasi pertama bersekolah
sebelum pergi sekolah dulu pun
kena kutip sekerap juga
kena masak untuk adik, jaga adik2 sbb mak dan ayah p motong
………… tak perlu ditulis
sangat faham semuanya!
Salam
Semoga yang terbaik untuk anak diperoleh atas usaha ibu tercinta. Jasanya akan dikenang selagi hayat,pastinya. Selamat perjalanan..
hehehe
anak relaks je sbb die tau mak die uruskan semua.
ngeee.ape pun, all the best utk anak akak nnt =)
.-= ery farieha´s last blog ..Lelaki yang suka tolong bawa kan beg aweknya ATAU awek itu menyuruh lelaki itu membawa begnya? =-.
bila melihatkan hala tuju pembangunan ekonomi sekarang, mak MMG kena kepoh pasal anak2 kak.
hehe… sila2..kalau along tak bantah, apasalahnya mencuba. 🙂
.-= Zana´s last blog ..Bila Sibuk =-.
bile saya baca entri kak jie ni, saya rasa kak jie memang terbaik dalam menjaga anak2.. semoga ape yang diimpikan jadi kenyataan..
Selamat balik kampung Kak Jie.. kim salam kat mak.
Selamat hari mak untuk semua mak-mak seluruh dunia.
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Masih Tetap Harus Bernafas Dengan Atau Tanpamu =-.
kepoh pun kepoh le kak jie. yg ptg semuanya terurus dan beres.hehehe
.-= rumah kuning´s last blog ..Memang Nasib Baik =-.
kak jie memang ibu yang caring. semoga along dapat kursus yang dia minat untuk belajar. 🙂
.-= zaiMi´s last blog ..Video Dan Lirik Lagu Kantoi Whatever =-.
Terimakasih entri ini. Terasa seperti keadaan hampir sama saya. Saya duk pulun sakan-sakan sebab IKA tak dapat IPTA gak. Buat rayuan kat e-rayuan gak.
Tapi apa yang saya dapat dari sorang kawan saya? “Ingat senang nak dapat? Susah lah. Politeknik pun lum tentu lepas. Tak nak Tingkatan 6? Tu jawapan orang ego!”
*Memang IKA ngelak nak masuk Tingkatan 6 (kecuali tiada pilihan)
Saya menangis dari pagi sampai tengahari dapat sms camtu.
Jadi, saya anggap dia TIDAK pernah lalui apa yang saya (dan Kak KUJIE) lalui. Sabor je lah.
kat sekolah pun sama, cikgu-cikgu yang berlebih, anak murid tak hirau pun..hehe
selamat hari ibu kak jie!!
.-= chekgu naman´s last blog ..Widgeo Counter yang vogue tetapi agak menyusahkan.;) =-.
salam Kak JIe..
tahniah anda memang ibu yang hebat
moga anak anda berjaya ke menara gading
.-= zulkbo´s last blog ..Bahtera Nabi Nuh Ditemui 99.9% =-.
Selamat Hari Ibu Kujie…untuk mak, mak mertua, juga ucapan untuk isteri, ibu kepada anak-anakku..
buat kak jie..Selamat Hari Ibu 🙂
slamat hari ibu
hari2 hari ibu
😉
.-= joegrimjow´s last blog ..politik : uk sudah berubah, malaysia? =-.
selamat hari Emak untuk kak jieee..=))
.-= nursarah´s last blog ..apa salahnya guna gambar comel? =-.
kujie,
adik perempuan saya pun seperti kujie juga, dia yang lebih kalut dari anaknya, mengisi borang itu dan ini untuk pastikan anaknya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati
saya pasti ramai juga seperti kujie, dan ramai juga anak2 yang seperti along…. releks je kan. tapi elok juga diorang rileks, tak kepoh…nanti dua2 kepoh payah jugak kut… tak taula pulak
apa pun selamat menyambut hari ibu juga buat kujie dan ibu2 di luar sana yang berusaha menjadikan orang2 disekelilingnya yang terbaik. kita mendoakan semua ibu yang amanah dan tabah agar bahagia hidup dunia dan akhirat
Betul, nak belajar pun kena ada minat dengan kursus yang diambil.
.-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.
eppy mOther’s Day…
salam singgaH
.-= enasan´s last blog ..:;buka hatimu…bukalah sdikiT tukKU.:: =-.
selamat hari ibu untuk kak jie juga.. memang ibu selalu impikan yang terbaik untu anak dia..
.-= cikgu isza´s last blog ..Cikgu.. cikgu – Amaran sudah diberi =-.
selamat bercuti kak jie, semoga selamat pergi dan balik…. selamat hari ibu untuk kak jie dan semua wanita yang berpangkat ibu… sekian
.-= asmaria´s last blog ..Anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya =-.
selamat hari ibu untuk kak jie jugak .. selamat bercuti semoga semalat sampai.. banyak betul tangan kak jie yer… ehehehe..
.-= L@n@´s last blog ..Selamat Hari Ibu =-.
😉 sabar kak sabar, semangat akak memang tak berbanding demi kesenangan dan kebahagiaan anak, akak lakukan juga. 😛
kongsi tips rumah tangga, anak, doa untuk anak dll
.-= asmaria´s last blog ..Anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya =-.
huhu.. berdebar2 lak tunggu keputusan UPU utk budak2 matriks. hope anak kak jie dpt masuk uni
.-= jard´s last blog ..Jika menjadi guru bahasa malaysia di Sabah, apa yang kamu temui? =-.
semoga anak2 akak berjaya ye
Bertuahnya anak Kujie….
.-= Amry´s last blog ..Selamat tinggal…. =-.
Selamat Hari Ibu untuk Kak Jie.
Rizal doakan agar semuanya baik-baik untuk Kak Jie.. Selamat bercuti ke rumah Mak Mentua Kak Jie 🙂
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Freshout is all i Need on May =-.