Rangsangan Seksual Kanak-kanak
Anak

Rangsangan Seksual Kanak-kanak

Ada orang email saya gambar dan bahan-bahan ini suruh terbitkan di blog , katanya lebih sesuai untuk niche blog saya. ( baca tersirat : blog makcik-makcik dan pakcik-pakcik )  Macam  forum di akhbar harian, pembaca kirim bahan untuk diterbitkan.

Kisahnya bermula apabila seorang guru terjumpa buku ini di perpustakaan sekolah beliau.   Buku yang baik ‘ Adab Dan Akhlak Islamiah ‘ sesuai untuk bacaan anak-anak.

Tapi sayangnya , buku yang sebaik ini dicemari oleh tangan-tangan halus suci bersih anak-anak kita dengan contengan yang ‘tak tercapai dek akal’

L : Yang, main jom
P : Malu la bang

Malam ni kita main tak?
macam tak biasa plak..
main papa…

Tengok pep**…. sikit ibu…

Ilustrasi yang sesopan ini pun boleh menembusi fikiran mereka dengan ransangan yang tak terkawal. Fikirkan pula bagaimana imaginasi anak-anak bila melihat majalah separa playboy yang berleluasa boleh di beli hanya di kaki lima?

Bila isu ini timbul, kita akan mula salahkan pihak itu pihak ini. Yang paling mudah – salahkan mak bapa. Saya selalu cakap dengan Along ” Along, jaga tingkah laku, jaga perlakuan, jaga adap sopan, jaga tuturkata, jangan itu jangan ini …… semua-semua tu akan tertempek kat muka mama, orang akan cakap mak bapa tak reti jaga anak .  Along suka ke orang mengata mama?”

Keadaan sekitar juga memberi pengaruh pada ransangan seksual kanak-kanak.

Penafian : Semua gambar adalah dari facebook Princess Liyana dan dihostkan pada kujie2.com

©kujie – terimakasih Yonna

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Rangsangan Seksual Kanak-kanak

  1. Mari kita sama-sama azam kenalkan anak-anak dengan Allah sedari kecil..masalah terbesar yg melanda anak-anak apabila mereka TIDAK KENAL ALLLAH swt yang hanya disebut di bibir tidak mengetarkan hati lansung..
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Imam Muda satu-satunya di dunia iniMy Profile

  2. mengarut tul budak2 zaman sekarang ni… menakutkan bila nak fikir jadi ibu bapa masa akan datang…

    tapi kene juga sebab nak juga kembangkan zuriat keluarga….

    dulu, kalau conteng pun ayat tidak sebegitu… tapi kini pendedahan terlalu banyak….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Dunia Blog- Terima Kasih Tau…My Profile

  3. tak tahu nak cakap mcm mana…
    sebab, terfikir…budak2 yg tulis mcm ni, sebenarnya dia faham ke tidak benda2 yg dorang tulis tu???
    atau, sekadar menulis akibat dari apa yg dorang nampak dan dengar??
    kalau fikir2, mcm x masuk akal jerk…
    tapi, budak2 skarang bijak2..

  4. budak2 belajar dari orang2 dewasa iaitu kita2 nilah…kalau nak disalahkan sebenarnya semua insan dewasa tulah yang salah. Cuma sikit atau banyak je, salah kita tu. Dari ketua negara yang tidak memikir anak bangsa, ulamak yang tidak dapat bersuara, wartawan/penulis/juru kerja media yang menyusup idea…. hinggalah kepada kita yang terbelenggu dalam sistem….

    Cuma yang kita bisa lakukan ialah menepis sebanyak mungkin fitnah akal dan idea tersebut dari terus menjerat jiwa anak2 kita dengan doa, nasihat, bebelan dan tingkah kita.

    Tapi, kekadang … kita tertewas juga, seperti yang kita dapat lihat ini.
    menyesakkan hati dan perasaan sungguh…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..saya ikut perlahan dari belakangMy Profile

  5. suka yg cartoon tu

    sampai 1 peringkat, xde mak bapak, tinggal jauh dari keluarga, jumpa benda pelik2, siapa sebenarnya dapat menghalang?

    ibu bapa kena tanam dari kecik lgi takotkan tuhan, kena yakinkan anak2 yang tuhan tu ada di mana mana perhatikan

    masalahnya mak bakap pun tak berapa nak cakap soal tuhan2 ni, sebab tu anak semakin jauh

    tengah melihat gadis di bali di pantai ni =)
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Babi GulingMy Profile

  6. Ni baru imaginasi kanak-kanak yang lahir bawah tahun 2010. Macam mana dengan kanak-kanak tahun 2020 nanti ek? huhuhu… Menakutkan… Kesian kat bakal2 parents. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak menjadi semakin mencabar.
    Jom terjah post menarik dari Usagi ..Austin Steak- BangiMy Profile

  7. Sekolah rendah aku dulu byk contengan ‘kreatif’ mcm ni walupun berstatus sekolah agama.

  8. kakjie,
    org umah sy cikgu skolah rendah.
    banyak perkara yg sedih nk diceritakan
    berkaitan akhlak dan pemikiran kanak2 zaman sekarang ni.

    faktor utama mungkin pengaruh tv dan media. apa pendapat kakjie?
    Jom terjah post menarik dari zaryl ..Telur Ayam Dibuat Melalui Proses KimiaMy Profile

Comments are closed.