Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?
Anak

Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?


Yuran Pengajian Peringkat Diploma

Sebelum menduduki peperiksaan akhir semester, yuran pengajian mesti dijelaskan. Waktu pendaftaran awal semester, pelajar perlu bayar RM1000 dan bakinya sebelum akhir semester.

Minggu lepas saya dah bayar yuran pengajian Along untuk semester 4. Ini adalah yuran pengajian, bukan kos sara hidup. Untuk perbelanjaan peribadi, saya bagi setiap minggu bukan sebulan sekali.

Saya nak tanya, berapa perbelanjaan yang sesuai di kolej? Nak tahu juga, yang saya bagi Along setiap minggu tu terlebih atau terkurang?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Perbelanjaan Di Kolej – Terlebih Atau Terkurang?

  1. Harap2 rutin dan panduan boleh digunakan oleh adik2 lain yang sedang belajar…. kata org kutip pengalaman orang yang terdahulu dan sesuaikan untuk diri sendiri menjadi yang lebih baik.

    terimakasih kerana berkongsi
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Dulu-duluMy Profile

  2. Anak saya yg diUPM dpt PTPTN, tu pun RM2000 jer setahun, tak cukup utk bayar yuran pun … so ayah dia bayar yurannya… duit PTPTN utk sara hidup dialah… dia masuk Palapes dapatlah jg elaun… tapi biasanya kalau balik rumah ayah akan bg RM100 seminggu…utk duit minyak motor. Samalah jg anak ke 2 di UKM pun macam tu, cuma dia ni tak masuk Palapes…Alhamdulillah dia dah pun ditawarkan Biasiswa JPA…
    Anak yg diUPM tu ikutkan layak dapat JPA sbb result dia bagus, tapi kami tak sedar bila biasiswa JPA ditawarkan, sedar2 dah tarikh tutup…masa tu takde pengalaman…anak ke 2 ni pun masa kita buka website JPA takde lg, bila buka lg dah nak tutup esoknya…mujur sempat….
    Belanja makan memang agak mahal sekarang ni…sehari 2x mkn RM15 ikutkan tak cukup…yg penting kita didik anak2 berjimat…yg penting jgn makan meggi…nak makan sedap balik rumah…tu pasal minta U dkt2 jer…memang masa memohon masuk tu minta UKM, UPM, UM jer…bukan manjakan anak, cuma selagi kita ada, kalau boleh nak anak2 dekat dan mudah dihubungi…

  3. saya pun tak tau la kak, rasanya ikut kursus yang kita ambil and gaya hidup kita jugak. kalau along duduk luar n selalu keluar maybe akan terlebih jugak, makan pun kalau kat kafe dekat RM4 dah, belum campur minum time lepak-lepak lagi. macam saya dulu perbelanjaan sehari dalam rm10 la, sebab sy duduk dalam maybe tak byk guna duit, hostel tiap2 tahun betul-betul sebelah cafe. huhu topup plak sebulan sekali, rm30 sebulan, time blaja prefer msg banding call, klu fmily baru call.

    Shopping-shopping jugak mcm org lain dan ada duit lain guna utk expenses, menabung sejak kecik. masa blaja pun ayah bg duit tp jrg ambil, kalau ambil pun sy tak guna kdg2 dia masukkan syp2 dlm akaun tp sy tau sbb mmg check akaun. Duit pinjaman sampai habis study pun masih berbaki lagi dulu. Apa-apa pun ikut gaya hidup dan cara kita urus duit jugak.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Tips Dari Dr. Haji Mohd Fadzilah KamsahMy Profile

  4. dia tak amik ptptn ke kak jie?kalau ikutkan makan kat sana tu,rasanya dalam RM 300 ke 400 sebulan cukup kot.kalau dalam minggu,mungkin RM 70 ke 80.tu makan je la.transport lain pulak…
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Ustaz Tak Ajar Macam Ni…My Profile

  5. masa saya belajar degree dulu dapat biasiswa dr yasayan johor. tapi sikit je. dah tolak yuran, tinggal dalam 1ribu lebih je. duit tu saya guna untuk makan/minum. tapi yg bagusnyer perangai saya (xkira nak puji diri sendiri.wakakaka) saya xsuka beli2 baju/kasut/tudung ke apa. benda tu bila kite beli tiap2 minggu walaupun sikit harganya berkepuk jugak -..-

    1 sem cuma ada alam 4 bulan je. cukup je duit saya seribu lebey tu. tp makan minum jelah.enjoy2 saya kurengkang. nak mintak mak segan sbb ayah pun dah ninggal.kesian nak pow.kahkahkah
    Jom terjah post menarik dari Lizz ..Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk BloggersMy Profile

  6. saya belajar 4 tahun lepas kak jie, bulan2 mara bagi RM400, ayah saya tambah seratus ke dua ratus ikut pada saya balik rumah ke tidak…kalau saya nak lebih selalunya saya mintak kakak saya untuk shopping2, nanti kakak saya bank in 50 ke 100 (itu duit bersuka ria)…yuran pengajian semua mara urus so taklah ayah saya keluar duit lebih…sekarang turn saya bayar balik pinjaman mara, pinjam 30 ribu lebih, bayar tak sampai 10 ribu sebab ikut pointer…siapa pinjam ptptn memang masaklah nak bayar, tak ada pengurangan langsung…

  7. Kalau macam saya dulu,ayah bagi rm450/bulan..
    Duit sewa rumah rm80,duit api air sekitar rm30
    Pegi kampus jalan kaki,jadi tak perlu pening² fikir pasal duit minyak..

    Tapi itu 2 tahun dulu la..Masa tu beli nasi lauk ayam dengan sayur rm3 je.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Teman,Masihkah Kau Ingat?My Profile

  8. Ianya terpulang kepada Along sendiri,guna transport sendiri tak,kalau tak bolehlah kurang sedikit,tetapi barang dah mahal sekarang,jadi harga makanan pun boleh tahan jugak..handphone satu keperluan sekarang,kena fikirkan guna perbelanjaan waktu mendesak kalau ada. Zaman saya belajar dulu ..dah lama, 13 tahun yang lalu di Penang setakat Rm 200 aje sebulan buat saradiri, sekarang..kena tengok keperluan Along, boleh suruh Along tulis apa yang dia belanjakan selama semingu dan akak boleh buat budget lepas tu. 😀
    Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Macam Mana nak Buang Artikel yang diCopy di Enjin Search GoogleMy Profile

Comments are closed.