Hari ni saya hantar Angah untuk mendaftar masuk ke latihan teknikal di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI). Latihan teknikal selama 8 minggu ini adalah termasuk didalam program pengajian Asasi UniKL sebelum ke peringkat ijazah.
Selepas 2 semester FIST ( Foundation in Science and Technology ) di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN) pelajar perlu menghadiri latihan teknikal 8 minggu di UniKL mengikut pilihan pengajian masing-masing.
Angah pilih Bachelor Of Engineering Technology ( Hons) In Data Communications dan kampusnya di UniKL BMI Gombak.
Sebelum SPM dia bercadang untuk ke Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) tetapi sewaktu sedang menunggu keputusan SPM dia ambil kursus pendek 5 bulan mengenai komputer di Kolej Komuniti.
Minat pun bercambah dan dia juga nampak berkebolehan di bidang ini. Sebagai ibubapa, kami menyokong apa saja pilihan anak-anak selagi ianya baik untuk masa depan mereka. Minat dan kebolehan perlu seiring supaya apa yang akan dilalui nanti tidak membebankan.
Dah habis cerita Angah dan UniKL BMI. Sekarang cerita saya pula sebagai blogger.
Di UniKL itu tadi saya telah disapa oleh seseorang yang memperkenalkan dirunya sebagai pembaca setia blog kujie2.com. Anak kami sama-sama belajar di Kolej Mara Kuala Nerang dan kini di universiti yang sama cuma berlainan bidang.
Terkejut dan terkedu bila bertemu dengan pembaca senyap yang mengetahui semua tentang kehidupan kita. Agak pelik bila mengetahui ada orang lain yang mengikuti perkembangan dan mengenali anak-anak sejak bertahun- tahun.
Bila menulis blog dan berkongsi cerita tak ingat semua tu… hihihi.
Cikgu dari Seremban ini tak mahu bergambar.. tak mahu identitinya terpampang di entri blog.
Terimakasih kerana luangkan masa membaca nota peribadi dan bebelan lebih 2000 entri di sini. Kalau yang bermanfaat tu kita kongsi bersama, kalau sebaliknya anggap saja itu entri ‘bad day’ diluar kawalan emosi.
indah sekali bangunannya
Wahhh glamor la kak jie kat sana..hehe..
blogger selebriti! Hehe
Kakjie celebriti dunia maya.. mstilah ramai yang kenal… 😀
Bila kita ramah mcam kak jie, inshaAllah ramai yg nak berkawan… =)
Rupanya ada stalker di blog kak Jie. Mungkin lepas ini perhubungan tersebut akan bercambah
Wah.. Kak jie semakin femes la..
Bila dah jadi blogger popular biasa la kak..mesti ada yang sapa kat luar sana..hehe
hoho..femesnya makcik ni..
hehe.. anak kakjie rupanya generasai KMKN.. hehehe.. mesti terrer sbb FIST.. hehehe.. anak kak jie tak gi oversea ke?
Hihi. Saya suka, saya suka. Kak jie dah semakin fofular sekarang. 🙂
kak jie pernah ditegur pembaca blog di Tesco di Daiso di dalam keretapi malah pernah terserempak blogger di pulau di Langkawi.. hihihi
dunia makin kecil, kak jie makin mengembang tu
wahhh blogger celebrity nih 🙂