Anak

Mengail Puyu

Kamera saya mengalami masalah pada hari tersebut… kami mengail ikan puyu di tepi bendang sewaktu bercuti di Kampung Pasir, Sungai Petani Kedah.

Sawah yang hijau, anak padi yang subur berlumba² mendongak merebut sinar mentari , desir angin yang bertiup membelai juga bau lumpur yang memberi aroma kenangan yang tidak pernah terhakis.
Pengalaman adalah pelajaran berharga… belajar untuk bersabar, belajar untuk memegang umpan cacing, belajar untuk saling menghormati … yang mengusik dan yang terusik riuh menyulam sebuah kemesraan abadi .
Berbasikal di celah batas bendang antara takungan dan becak lumpur musim hujan di bulan Disember. Terbuai² rambut gadis² comel ini oleh tiupan bayu petang yang indah. Hijaunya sawah terbentang udara yang bersih memberi ruang rongga nafas yang selesa.

Akhirnya kami dapat 3 ekor puyu tetapi dilepaskan semula untuk dia terus membesar dan membiak dah kami boleh kembali lagi setahun kemudian…mugkinkah?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Mengail Puyu

  1. aku dpt belut,puyu,dan ikan long kang best gila ayoh maro g keda g bili ikan kat kedai aku g sauk ikan kene maro g senyap aje lah dapat ngelok dari kene rotang padan muke akula sb kne rotang

  2. huhuhu ikan puyu yg dh bela 4thn mati dh ms lik ry thn lepas…dia pnt terhuyung hayang dek kete lik kg yg jem 10 jam 😛

  3. umi mia ikut PLUS highway tu..dari Gurun terus sampai ke utara..mmg laluan sawah..sayup² mata memandang….leka memandang…:p

  4. Seronoknya balik kampung yer…pernah sekali jer pergi kedah dulu…kagum tengok sawah hijau terbentang seluas mata memandang…bila pulaklah agaknya nak pergi lagi…

  5. sakurasa mengail tu yg seronoknya….mmg…terasa masih segar dalam ingatan

    kasawari kalau musim mcm ni..menghijau..nnt bila padi dah masak..menguning la pula…pengalaman tu berbeza..rasa aroma udara pun berbeza…

    Insya-Allah…kalau berkesempatan..kita sama² berkubang dalam selut

    yginsag unik sgt nickname :p will not be forgotten

  6. Aduhai..seronok dan suka saya tengok gambar gambar di sini.. best la…. nanti leh bawak kami sekeluarga ke sana eh.. he he

  7. amei awk tak kenal ikan puyu? mcm mana ye..nnt la saya post gambar ikan..he he.. macam tak percaya je…awak mancing udang :p

    zino dah lepas balik dah..tunggu tahun depan sy pergi mancing lagi ye

  8. papa betul ke..mana la sy tau etika , law 7 order mancing mcm tu…bkn main lagi order yg bukan²..dpt puyu 3 ekor tu pun..siokkkk..mcm dpt ikan jerung :p

    mat gebu tu la …anak sapa yg tekun berpanas…sy suka gambar ni….. disebalik rumpun bambu..ha ha…

  9. apa tu puyu, ada gambar, jie?
    saya suka pancing ikan juga, tapi lama tak pancing dah…pancing udang lagi shiook oh…!

  10. wah..jie..kan main lagi ya…memancing puyu ya… bagus tu jie.. konsep “catch & release” tu etika pemancing sebenar…..

    Ikan haruan, belut ke tak ada ke jie?…tu kalau dapat gulai sedap jie..

  11. abg putra zaman saya dulu, bendang kat Baling tu setahun semusim, mana ada tali air batas ban jadi musim org tak bertanam padi lama…masa tu lepas org ‘pukui” padi….main pokok padi buat serunai, main wau kat tengah bendang..time bendang kering kontang…kalau kt Gurun time tu tanam jagung.

    Ada lopak² air tu kita cari ikan “karin” atau budak² skrg panggil fighting fish.

    budin ahaaa…selalu bertauk sepat kt parit area Kerian, area Sg Star di Nibong Tebal tak pun menimba kat Parit Buntar….berkubang mengalahkan org yg turun dalam kolam….nampak ikan bukan nk tangkap..lagi lari mcm la ikan tu boleh geget..ha ha ha..pastu tgh2 sawah ade dangau…ada pokok pelam…bila kait jatuh terplup dlm selut terpercik sampai kat muka…

    rindunya…….jom kita balik p bendang berguling² mcm dulu…:p

  12. budin tak mancing puyu. tapi tangguk dan pukat sepat, gagau keli dapat belut di musim parit banyak air, menimba di musim kemarau, mengelau haruan, menahan taut… dan dan dan. Tak tau apa lagi. Selalu dapat lebih dari tiga ekorlah…

  13. Entri Jie ni mengingatkan saya semasa saya di zaman kanak-kanak. Seingat saya, semasa tu umur saya sekitar 9 atau 10 tahun. Saya sering mengail puyu di bendang (orang Terengganu panggil Baroh). Banyak juga dapat. Semasa musim berangin pula, saya bermain layang-layang yang saya buat sendiri (wau bulan, wau ikan, wau kuching dll). Seronok sungguh semasa tu.

Comments are closed.