Memanglah marah, tak kan nak buat party potong kek pula?
Anak

Memanglah marah, tak kan nak buat party potong kek pula?

Of couserlah mama marah… tak kan bila awak buat salah , mama nak buat party potong kek. Panggil kawan-kawan sedara mara ..buat BBQ. Tapi marah macam mana pun , ada mama maki-maki awak, ada mama halau awak dari rumah…. ada mama dera pukul awak? Habis kuat pun mama sendiri yang menangis bercakap macam tape recorder dok ulang ayat yang sama….

Masalah tu kecik boleh selesai dulu lagi tapi sebab nak lari dari masalah tanpa berbincang dengan orang yang sepatutnya dirujuk akhirnya menjadi berbelit-belit melibat berbagai pihak.

Kerana hal ini , saya berkampung 4 jam di Balai Polis Trafik Seri Kembangan dan menghabiskan masa memandu pergi dan balik lebih 3 jam.

Intan terpaksa buat kerja sekolah depan balai


Selesai masalah- salam – peluk – nangis , sebelum balik sempat lagi nak tarik nafas sambung khutbah  Jumaat yang ke dua.

” Jaga sikit bahasa awak kat Facebook tu… kecik-kecik dulu awak cakap je benda-benda #$%^@&* tu, melayang kena pelembang dengan abah…. mama tak nampak ada sebab pun awak mesti bergurau dengan kawan-kawan guna bahasa #$%^@&* tu… itu bukan didikan mama …… dah akil baligh macam ni pun kalau buat perkara tak guna akal, semua tu balik pada mama – orang cakap tak pandai jaga anak..mak bapa lepas tangan ….sedangkan dari mengandungkan anak-anak sampai besar tinggi lebih dari mama pun, sedetik pun hati ni tak berpaling …  nak makan pun terbayang anak-anak…   Tak ingat minggu lepas, tengah makan pun mama boleh sms Along ” Along, mama masak daging, teringat Along “ Tak sweet ke sms mama tu?… tak sikit pun menyentuh hati?  “

Ye… saya selongkar Facebook anak-anak !   Saya jejak semua friends list  , saya baca topik gurau senda sesama meraka.  Masa seronok gurau senda sama-sama, bila masa masalah muncul, mana kawan-kawan?

Untung juga saya boleh memantau dan menjejak anak-anak di online, ibubapa lain macam mana ye…?

©kujie – baru sempat bervideo cam dengan suami  (disana 1.00 pagi )- berliter-liter lagi airmata meleleh bila dia cakap ‘ abang rasa macam nak balik je… sayang ok, kan…sayangkan mama yang hebat’ lepas tu kami tukar topik lain yang ceria-ceria.:lol:

nota : jangan tanya apa kes – ini saja yang saya nak kongsi – tak semua pintu saya buka untuk semua orang – cari pengajaran dan ambil iktibar dari kisah dan leteran seorang ibu – itu saja.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Memanglah marah, tak kan nak buat party potong kek pula?

  1. takut membaca cerita kak jie ni… saya yang baru berumur 22 tahun penat fikir masalah anak2 abang saya yang kurang dengar cakap mak dan bapak dorang… kalau suruh buat kerja kene cakap 3-4 kali baru buat… tapi ada gak anak yang dengar cakap…

    Ntahla… dulu masa saya kecik, ngan abang dan kakak saya takde pun camtu… semua dengar cakap, yelah sebab bapak saya garang, lahir jer saya mak saya cakap kat abah, anak ni jangan sesekali pukul, cukuplah anak yang lain tu dipukul…dan peliknya saya takdelah nakal ke, buat benda2 tak elok dan sebagainya, bukan nak puji diri tapi memang itu hakikatnya…nak kata bagi pendidikan agama yang betul, semua dapat, semua diberikan peluang yang sama cuma saya seorang yang mengambil peluang tu…hasilnya sekarang tinggal setahun nak jadi bergraduat…lepas ni boleh la balas jasa mak saya…

    tapi tu lah, saya pun penat fikir, kalau pukul, nanti kata dera, kalau tak pukul nanti bebas melampau pulak…cabaran untuk menjadi ibu bapa masa depan sangat mencabar….
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Hadis – Asas Binaan IslamMy Profile

  2. pernah kena denda tidur luar rumah.aku balik mabuk.bila mula nak menangis, arwah atuk jeling dari serambi

    “Anak jantan tak elok menagis”

    apa kaitan?entah..haha

    hye kak jie…
    Jom terjah post menarik dari twenty-six ..Fake BreedersMy Profile

  3. aderk!..

    payah gak ni..
    ngeri seh.. huhhu

    tapi apa2 hal pun elok dikawal dari sekarang. takut terlepas pandang, maka terjadi mcm kawan (perempuan) satu kelas maza dulu2.. huhuu

    mula2nya segala2 baik2 belaka.. tapi bila sudah berkawan dgn sorg lagi itew (perempuan satu kelas juga).. terus dunia dia berubah menjadi ganas dan lari dari rumah.. aderkkk

    skrg dia sendiri cerita, dia sesal..
    tapi masih ada pangkal jalan lagi kan?
    Jom terjah post menarik dari maza ..Siapa yang rembat seliparkuMy Profile

  4. Membesarkan anak-anak memang penuh dengan dugaan. Pada anak-anak kak an dan anak-anak yang diluar sana, ingat, jangan sampai nanti anak-anak berenang dalam air mata mama diakhirat kelak. Jangan anggap NASIHAT mama-mama itu sebagai bebelan.

  5. kak jie, 🙁 sebak rasa bila baca entri ni, sbb tpinky dah hantar anak2 kt kampung utk dijaga oleh mak atas sbb2 yg tak dapat dielakkan…niat nk berhijrah jauh utk mulakan hidup yg baru. tp bila memikirkan si kakak yg bru menginjak kan kaki ke bangku sekolah (msh kecil)..tiba2 bermain difikiran, bagaimana kalau perkara mcm ni berlaku pd tpinky 🙁 urrghhhh beku kepala ni buat seketika 🙁
    Jom terjah post menarik dari tpinky ..Video CallMy Profile

  6. saya ni belum ada anak dan belum khawin tapi rasanya saya faham dengan perkara sebegini kak

  7. speechless jap. tadi tak berapa nak paham sebab bace kat tepon. template kak jie tak jadi mobile template la. mesti browser saya crash setiap kali nak submit comment.

    rasanya dah boleh tangkap apa yang berlaku. tapi sampai ke balai polis. adoi ai…

    Nota buat along: Uncle dari kecik dah tadek mak. *paham kan?*
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Masalah MP3 mempengaruhi kitaran OvulasiMy Profile

  8. satu jer saye nk cakap..anak2..ingat tanggungjawab kita pada mak bapak..itu ajer..jgn main lepas tgn saje..saye pasti, akhirnya mak bapak juge yg kita cari..

    moge kak jie dan semua ibu bapa termasuk sayelah..terus tabah dan kuat mendidik anak2..ameen
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Awasi pendapatan online kitaMy Profile

  9. saya rasa sgt sedih bila kak ji ngadu kat abg kak jie tu..
    tetiba cam sayu jer..
    saya tahu..perasaan ibu amat lain dgn anak..
    harap2 anak2 saya dgr nasihat saya nanti…huhu

  10. salam kak jie..
    kadang termengadu juga pasa mak perangai anak2..
    mak kata itu dugaan.. macam mak nak besarkan kamu dululah..
    ingat balik.. senang ke susah..
    huhuhu.. insaf

  11. semalam satu kes di sekolah

    pelajar form 3, sangat bijak dan sangat baik, tak disangka-sangka, meniru tandatangan semua guru dalam borang maklumat kawalan (borang MKM) pelajar…

    memang tak disangka, ibu bapanya tak salah pun kerana kenal dengan ibu bapa tersebut yang memang bagus dalam mendidik anak ini…. tetapi itulah, anak2.

    kekadang peristiwa yang berlaku hari ini kerana Allah ingin menjaga mereka di satu hari nanti, mengelakkan mereka melakukan perkara salah yang lebih parah di kemudian hari nanti, jadi Allah nampakkan kesalahan mereka pada hari ini supaya kita dapat perbetulkan, insya Allah.

    moga anak-anak kujie dan anak semua kita ini terus terpelihara

  12. penat mulut, habis air liur.
    sakit hati, sakit badan.
    nak tidur tak boleh, perasan terganggu.
    anak hanya akan betul2 sedar
    (a) perempuan cepat sikit kesedarannya..selalunya 23,24 or 25 tahun
    (b) lelaki dah nak masuk 30 tahun…

    makan coklat la kak, supaya hormon gumbira datang dengan segera..
    Jom terjah post menarik dari anak ..merokok adalah haramMy Profile

    1. pagi tadi bervideo cam dgn abang, dah ok dah
      mula2 tu je nangis macam orang hilang akal..hehehe

      lepas tu – share picture… sembang2 hal2 lain
      ok dah ni…

      bukan berat sangat pun masalahnya…tapi sikap..sikap tak tanggungjawap sehingga hal kecil yg nak disorok dari mak bapa meletup – ambil banyak masa dan susahkan semua org

  13. hoho..baru bergaduh pasal facebook jugak..sebab ada orang tu terlepas kata yang sakitkan hati..hmmm..semua dah terjadi, nak marah macamana sangat..yang penting janganlah cerita semua benda kat FB ni..tu je..
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Bosan Dengan Produk IM Sekarang Ni-My Profile

    1. kak jie kurang berfacebook –

      mak2 skrg ni… kena jejak anak2 online, bukan saja dugaan dtg dari dunia offline 😛

  14. Memang banyak betul dugaan membesarkan anak-anak ni..Semalam aku pun marahkan anak yang tetiba menengking mamanya yang kejutkan dia bangun pagi untuk ke sekolah…sedih tengok perangai diorang kadang-kadang..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Jaga Ko Sotong-My Profile

    1. masa kecik, masih depan mata
      apa2 boleh kita buat tindakan spontan atau terus

      ini kalau dah besar dah remaja… kadang2 tak terfikir begitu kah anak2?

    1. bila dah jadi – cuma boleh cakap
      mama selalu berleter tu bukan apa…sbb sayang
      kalau tak diam tak peduli, nnt cakap mak bapa tak ambil peduli pula

  15. Saya selalu cakap kat wife anak ni masa kecil lain peningnya dah besar lain peningnya. Masa kecil kalau kita marah atau rotan dia diam patuh tapi kalau dah besar kita marah silap-silap dia marah kita balik. Apa pun ibubapa tak boleh putus asa mendidik anak kerana inilah pelaburan akhirat terbesar.

    1. masa kecik – makan pakai sakit demam – itu saja masalah
      bila dah besar, kaki dah panjang melangkah – mulalah macam2 ‘serangan’ dtg berbagai arah

      orang yang melepasi tahap2 ini saja yang faham…owh…mcm tu jugalah mak bapa kita 🙄

    1. asalnya bukan masalah besar pun…. malah tak kena saman, tak kena lokap, tak cedera orang pun…

      tapi sikap lepas tangan, tak tanggungjawap – akhirnya mak bapa yang kena seret p selesaikan..

Comments are closed.