Mana Hilangnya Bintang Malam Ini?
Anak

Mana Hilangnya Bintang Malam Ini?

” Mak Long tak update kisah kami kat blog Mak Long ke?”

Sipu² Maklong !

Dah pandai nak popular kat blog MakLong dia ni… semalam dah seronok tengok gambar ditempek dalam blog, kemudian ramai kawan² MakLong datang mengomen. Hari dia claim lagi!

Entri santai² waktu lunch . Kisah anak dara pergi berkhemah.

Awal petang semalam, bertukus lumus anak² bertiga ni pasang khemah. Teruja sungguh!  Usung toto 2 lapis, dengan bantal dan selimut.


Awal malam tadi, riuh rendah pula pindahkah khemah . Lebih dekat dengan pintu rumah walaupun jaraknya beberapa langkah.

Dendiam malam tadi saya bangun, nak tengok macam manalah budak² tidur dalam khemah.

Buka pintu bilik – nampak bergolek depan ruang tamu. Berkhemah sakan.

Semangat tak mau kalah.  Seorang lagi tidur dalam bilik.  Berkhemah dalam mimpi saja kot.

Saya tak ada pengalaman berkhemah.  Agaknya best kan kalau tidur dalam khemah , berbaring tengok bintang² di langit.  Ada unggun api – macam novel yang dibaca, macam filem cinta.  Hero menyanyi petik gitar… :lol:

Berkhemah memang macam tu ke?

©kujie – musim hujan ni….  tahi bintang pun tak nampak!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Mana Hilangnya Bintang Malam Ini?

  1. Teringin nak camping diluar rumah bersama anak-anak tapi tidak berani pula apabila beberapa kali jiran mengadu ada ular tedong. Hee..hee.. penakut rupanya

    Jangan kena kencing dengan kucing jantan liar yang banyak kat luar rumah 🙂 Tak pasal jadi miliknya

  2. hehe budak2 tuh berkhemah dalam rumah la nampaknya. Takpe lah, janji ade semangat tuh ada. pernah jugak berkhemah dulu di tepi hutan, bila dengar bunyi ranting patah masing2 diam banyak pantang larang tapi memang seronok.

  3. Memang best tidur berkhemah ni terutama kalau buat acara famili di tepi sungai atau tepi laut … mengajar hidup berdikari dan melihat kebesaran Allah melalui persekitaran.

  4. kalau tak hujan lebih kurang cam tu la especially kalau kat tepi pantai… langit lus terbentang… btw, budak2 dah agak dah, kejap jer pastu mesti masuk rumah…

  5. huahahaaa berkhemah dlm mimpi best. kita pernah pergi berkhemah sekali je, hujan khemah masuk air. banjir. lepas tu bertaubat taknak lagi pergi. terus tak suka.

  6. adik adik saya dulu kalau makan luar sikit dari pintu rumah dah kata berkhemah. diorang ingat macam picnic kat tepi pantai la kot sambil makan-makan. kah kah. budak-budak. Kena sound sikit : Mengada-ngada la hampa ni nak makn-makan kat luar.
    huhu

  7. pernah travel n tido dalam khemah..best juga..alas dgn sleeping bag..ok la..cuma penat la skit sebab setiap tempat kita pergi kena buka n pasang khemah..

  8. hahaha..
    sama macam perngia adik2 saya,,
    ye2 semgat, lepas tu last2 sume pakat tido dalam rumah jugak… 😉

  9. uhuhuhu! saya pertama kali dan terakhir khemah masa darjah 6 dulu, dah lama tuuuu 🙂

  10. Assalamualiakum kak kujie. Berkhemah memang seronok. Kalau berkhemah tepi rumah, keseronokan itu kurang la sikit. tapi macam saya dulu. Khemah kat luar.. Yang paling takut, ialah masa hujan. Fuh! Penuh khemah masuk air. Lagi malang, khemah pun runtuh. haha.

    hurm, dari pengalaman berkhemah..tak pernah pula bawak novel..layan gitar..duduk depan unggu api (ada sikit)..

    p/s: khemah pengakap..mana boleh main-main. hehe

  11. ingat lg waktu kecik2, abg2 sy tido kt luar dlm khemah..tiba2 nmpaklah ada byang2 hitam..smua cbut msuk dlm rumah,tido dlm rmh..xde maknanya nk berkhemah kalo rmh kt sblh je.. 😀

Comments are closed.