Setelah menempuh berbagai rasa dan merancang dengan berbagai perancangan, Insyaallah esok saya dan 5 ahli keluarga yang lain akan bertolak ke Langkawi dengan keretapi Senandung Langkawi.
Saya booking tiket 3 minggu lepas. Merancang bercuti selepas Angah selesai SPM dan menghadiri pameran LIMA 2011 ( Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition ). Penginapan dan pengangkutan semua dah ada. Hari-hari belek tiket dan berangan-angan…hiks!
Hari terakhir SPM, Angah telefon dengan khabar gembira.
” Angah dapat SPC ”
Sekali lagi saya berdampingan dengan encik google mencari segala ceruk maklumat mengenai SPC. Manalah saya tau pasal SPC kecuali SPC adalah Skim Pelajar Cemerlang. Pemilihan dan penempatan pelajar di bawah SPC pun saya tak tahu.
Berita gembira ini juga diiringi dengan kucar kacirnya perancangan kami untuk bercuti ke Langkawi kerana menurut khabar dikalangan rakan sekolah Angah, temuduga personaliti akan diadakan pada 11 dan 12 Disember. Saya perlukan kata putus atau kepastian mengenai tarikh ini. Saya risau kalau surat jemputan untuk menghadiri temuduga tiba sewaktu kami tiada di rumah.
Saya telefon Ibu Pejabat MARA selepas mencari di laman web terjumpa ayat – Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila hubungi 03-26132000 ( talian utama MARA ) . Selepas panggilan di hantar ke sana dihantar ke sini , terputus tanpa penyelesaian. Tiga kali situasi ini berlaku.
Jalan terakhir, saya hubungi kaunselor Angah, Cikgu Norain . Menurut beliau, kebiasaannya keputusan akan diketahui sebelum 25 Disember tetapi dia belum tahu bila temuduga akan diadakan. Calon akan dihubungi melalui telefon atau email. Saya terangkan kepada Cikgu masalah kami dan saya minta pertolongan untuk dihubungi jika ada maklumat tersebut.
Lewat malam tadi, Cikgu Norain telefon. Memang dah lewat malam. Kesian cikgu… tercungap-cungap. Dia bagi tau sms yang dihantar sebelum tu salah.
Saya yang tercengang-cengang sebab tak tahu hujung pangkal sebab belum baca sms tersebut.
Cikgu Norain beritahu. dia dah dapat email dari HQ mengenai SPC . Pada mulanya dia ingat Angah tak perlu hadiri temuduga ( sms pertama ) tetapi kemudiannya selepas double checking, Angah perlu hadiri temuduga pada 14/12/2011. Sebab itu dia telefon walau pun dah lewat malam.
Sangat terharu dengan sikap dan keperihatinan guru yang cemerlang ini. Terimakasih tak terhingga kerana saya mendapat maklumat terus.
Sekarang saya boleh pergi bercuti dengan rasa lebih aman dan tenteram. Saya tidak berteka teki lagi.
Kereta Kabel Langkawi – kali terakhir ke Langkawi, anak-anak masih kecil.
Rancangan awal untuk bercuti tanpa ada tarikh tepat untuk kembali telah diubah. Ingat ke boleh bercanda ditepian pantai dua minggu… huhuhu.
Saya perlu berada di rumah selewat-lewatnya pada 13/12/2011.
mulai esok – blog ini akan berlive blogging
emm..kalau tak..memang nak gi sana. tapi ada hal plak.. 😐
dah decide ke kujie..nak teruskan spc ke tidak?.. hmm bukan senang nak buat keputusan kan.. esp utk anak. Mintak pada Allah untuk tolong Kujie buat keputusan terbaik utk Angah
Spc adalah pogram mara utk pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian dikolej terpilih sebelum mendapat keputusan spm sebenar. Kalau pogram luar negara utk engineering 2 tahun faundation dibuat didalam negara, tahun pertama dikolej terpilih dan jika lulus minima cgpa 3.5 baru ditawarkan tahun kedua di unikl. kemudian baru berlepas keluar negara sekiranya memenuhi syarat. Kalau angah berminat unikl MIAT bermakna takleh le dia jd junior anak kedua sy, engineering aviation di unikl banting, ank sya engineering chemical di unikl melaka…kalau tak boleh le ngomong jowo dgn suami kak kujie..ha ha..
Assalamualaikum..
Saya nak tanya anak saya dpt 7a2b dlm spm 2011..dan nak minta kejuruteraan pesawat kat unikl..macamana caranya,…bila iklan dan pengambilann kemasukan dan apa syaratnya…
iklan pengambilan July 2012 telah dibuka, tarikh akhir permohonan bagi program dibawah kendalian UniKL MIAT dan program DET in Marine Engineering, UniKL MIMET 22 April 2012.
Untuk kursus asas ( foundation ) tarikh akhir permohonan 30 April 2012
http://www.admission.unikl.edu.my/index.php – baca syaratnya di laman web
Spc adalah pogram mara utk pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian dikolej terpilih sebelum mendapat keputusan spm sebenar. Kalau pogram luar negara utk engineering 2 tahun faundation dibuat didalam negara, tahun pertama dikolej terpilih dan jika lulus minima cgpa 3.5 baru ditawarkan tahun kedua di unikl. kemudian baru berlepas keluar negara sekiranya memenuhi syarat. Kalau angah berminat unikl MIAT bermakna takleh le dia jd junior anak kedua sy, engineering aviation di unikl banting, ank sya engineering chemical di unikl melaka…kalau tak boleh le ngomong jowo dgn suami kak kujie..ha ha..
kalaulah dapat ke LIMA
kawe dpt 250k spc…tp xbyr2 lg huhu
mai sini roger2lah…
good luck to angah & selamat membingitkan telinga kat LIMA.
Comelnya Kak Jie waktu muda .. Nur belum pernah jejak Langkawi.. Kesiankan.. 🙁 Tahniah buat Angah, moga terus cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.
Kak Jie nak tengok LIMA ke.. alahai bestnya.. Nanti kongsikan gambar2 ye dalam blog. Jangan lupa tu.
Maklumat yang bagus.. Saya pun baru tahu tentang ni..
wow…panjang ENTRy…TQ affan for info.
Tahniah wat angah…
Selamat bercuti kak…
WOW !
Terimakasih untuk maklumat ini. Kos engeneering yang dia minat tu hanya ada di UniKl Miat… macam mana ye?
Perlu tolak ke spc ni, tunggu permohonan ke Unikl? 🙁
jangan lupe sertakan domain mak dia ye.. hahaha
terimakasih – 😆
comel jer tgk ibu dgn 3 anak comel tu…
tak sangka dh besau2 mereka tu kan, sikit masa lagi jd nenek plak…
fasa kehidupan berubah tanpa diminta sebaliknya berjln dengan sendirinya..
*komen saja nk lari dr tajuk kerana saja jer…hehe
Selamat bercuti dan bermain pasir di pantai Langkawi…jgn lupa rakam aksi berlari-lari ditepian pantai dgn anak2…hehe
Kak Jie ni pertama kali nak pergi LIMA
mesti sesak giler giler kan…
tiket keretapi 12/12 utk balik ke KL dah habis. 😐
Kak Jie pun tatau – melilau cari info. Nasib baik Kak Jie blogger, buleh tulis tanya minta pendapat rakan² tak sebaya ( adik² yang pernah ada pengalaman ) untuk berkonsi info.
Sebenarnya orang lain dah tempun pengalaman macam Kak Jie, sekarang masa Kak Jie pula….. akan datang korang pun akan tempuh macam² lagi perkara baru dalam hidup.
Masa Along, kalut cari info untuk Along, sekarang time Angah pula……… mak dia lebih kecoh.
Dia cakap, kalau penemuduga tanya ‘ darimana anda mendapat maklumat mengenai universiti kami?”
Dia nak jawap – ” dari blog emak saya ” hahahaha 😆 😆
😡 kalau.tak. baca blok kak jie pagi ni… Saya pon tatau natang spc tu ape. Hahaa.. kite dulu sekolah tinggo, tingkat 4 tapi tadek plak istilah spc. Tu yang tercangang jugak ah.
Nota: komen pakai mobile ni tak best betoi la.. selamat bercuti kak jie
pergi… sebab tarikh temuduga 14/12, sempat balik. kalau 11/12 spt berita awal tu, memang tak dapat pergi…frust pada mulanya. 😉
salam kak jie..
selamat datang ke langkawi..
1. Tahniah kat Angah.
2. Die ambil engineering kan? Selalu kalau engineering dihantar kat dua tempat, UTP atau UTM Johor. UTP Program mcm biasa, tapi dpt jimat satu sem sebab masuk awal. Kalau UTM dipanggil fast track, sbb terus ambil degree, takyah ambil foundation. Dari rakan2, rasanya kalau engineering ni temuduga tu untuk cukup syarat, selalunya semua dpt SPC tu.
3. Kalau medic ke Russia mmg susah sikit. Ramai dpt, yang dipilih sikit je.
4. Bila dah ambil SPC guna result trial, dah takde peluang nak apply scholarship dari Mara untuk program ke luar negara guna result SPM. Jadi kalau ada keinginan nak ke luar negara gak, boleh try apply schorlarship JPA atau lain2. Tapi ada kawan2 saya di UTP kena black list dari JPA sbb diorang dpt tau kawan2 saya dah dpt SPC, mungkin nak bg peluang kat org lain kut.
5. Sekian sahaja entry saya kali ini. lol
Tahniah angah & semoga berjawa
Dulu masa saya masih tinggal di Langkawi,tengok LIMA dari beranda rumah je.. 😆
Sekarang ni tengok berita kat TV je la.. 😥
Habis macam mana dengan perancangan ke LIMA jadi tak?