Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke 19 Amirul Syafiq.
Melihat anak-anak membesar, sehingga remaja itu hati tidak pernah lekang dari mendoakan mereka.
Bayi dengan cara jagaannya, anak remaja dengan caranya tersendiri.
Bila remaja, doakan mereka dilindungi dan terpelihara dalam menempuh laluan hidup yang serba mencabar ini.
Proses ini tidak pernah terhenti sehingga ibubapa menutup mata biarpun anak-anak itu mungkin akan berkeluarga sendiri.
Bila dah usia begini, perkara yang sering merisaukan adalah tentang hidup selepas mati nanti. Yang lepas dah lepas, perlu juga difikirkan perkara yang akan datang. Bukan setakat kasih sayang sehingga ke hujung nyawa tetapi sehingga kehidupan kekal abadi di akhirat nanti.
Mampukah saya melepaskan diri dari soalan tanggungjawap menjaga amanah Allah di dunia. Disoal kecukupan memberi anak-anak nafkah fizikal, nafkah mental, nafkah emosi malah nafkah rohani ( spiritual ). Kejayaan seorang ibubapa bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata, Islam itu cara hidup. Cara hidup anak-anak kita itulah yang memberi markah kejayaan yang sebenar.
Ada orang tanya, kenapa saya tak fokus kepada niche kekeluargaan/tips jagaan anak dan sebagainya – saya takut, takut apa yang dicakap tak menggambarkan keadaan sebaliknya. Bagi tips hebat tetapi sendiri tidak mampu melaksanakan membentuk anak-anak yang sebaiknya. Anak umur 1-3 tahun bolehlah kita kawal sepenuhnya. Bila dah masuk tadika ( 4 tahun ke atas ), kawalan ke atas anak-anak menjadi lebih mencabar.
Nota : Seperti gambar diatas …. memberi keperluan anak-anak tidak pernah terhenti biarpun si anak dah bermisai berjanggut!
Semoga menjadi anak Sholeh, patuh sama orangtua, dan menjadi anak yang pintar.
selamat hari lahir buat amirul safiq,,
Selamat Hari Lahir, Amirul Syafiq, berbanggalah memiliki ibu sehebat bondamu.
Risau fikirkan masa depan anak2. Lagi2 pengaruh kawan & persekitaran yg tak mudah dikawal.
happy birthday amirul,semoga lebih berjaya dimasa depan
Selamat hari lahir buat Amirul , semoga berjaya hidup dunia dan akhirat hendak-Nya…amin…
anak itu kan amanah..jadi memang perlu dijaga dgn penuh tanggungjawab
Selamat hari lahir Amirul. tahniah sbb anda ada mak yg osem. not everybody is gifted with this.
Selamat hari lahir untuk anak kak jie 🙂 Semoga besar dan jadi lagi macho dan gentleman.
Anak-anak masih kecil lagi, cabaran menanti di depan entah masih hidup entah tidak. Buat apa yang tarbaik yang termampu sekarang mungkin lebih baik. Terima kasih atas entri yang buat otak berfikir
selamat hari jadi kepada Amirul Syafiq..
semoga menjadi insan yang berguna satu masa kelak
zaman remaja sekrg penuh dgn cabaran.
Betul apa yang kak tulis sampai sekarang mama saya masih memantau tindakan saya walaupun sy dah beranak pinak. .kasih ibu memang sukar dganti. Dia selalu mahukan yg terbaik untuk anak dia dalam setiap perkara. Sanggup berkorban macam2 utk sy. Doakan anak akak menjadi anak yang bertanggungjawab kepada ibubapanya. Amin. …..
happy birthday kat anak kak kujie.. jagaan tu memang kena ikut level…kalau remaja jaga mcm kanak2 memang rosak jadi nya..semoga terus membesar jd anak yg soleh…
Selamat Hari Lahir, Amirul Syafiq, semoga doa bondamu sentiasa dimakbulkan-Nya.
K Jie, memang mencabar saat anak dah meningkat remaja sbb kawan mmg memainkan pengaruh yg besar dlm hidup diaorang
Sweet sangat gambar yang mula2 tu. Ada bapa susah nak tujuk kasih sayang sebegini pada anak2.
Tak salah kak berkonsi pengalaman dan cara didikan agar jadi panduan kepada ibubapa yang masih muda. Paling penting ambik yang baik buang yang tak baik begitulah adat dalam memberi dan menerima.
Memang besar tanggungjawab sebagai parents ni…
P.s. Peringatan buat diri sendiri…
Selamat hari lahir kepad Angah. Tarikh lahir jatuh sama dengan anak saya Aslah yang genap 3 tahun.
setuju kak..saya pun kadang2 mak saya masih telefon ingatkan supaya solat selalu, doa banyak banyak dan kerap baca alquran.. sungguh pun dah beranak pinak.. semoga saya mampu lakukan perkara yang sama bila anak anak da besar nanti..
Betul kak.. dyh pernah dipersoalkan begitu.. knp x fokus cerita pasal anak.. knp xnak buat pasal parenting.. sbb dyh takut.. apa yg diceritakan bakal jadi indah kabar sementara je.. bila anak makin besar makin lain ragamnya.. sebab tu dyh tak concentrate cerita pasal anak semata mata.. lagipun dayah tgk makcik blog kesayangan dayah takde over pun cerita pasal kejayaan anak kat blog dia.. blog dia established jugak.. hehe..
^_^
Dayah suka mencontohi dia. .
Saper eh nama makcik blogger kesayangan dayah.. kak jie kot..
Eh.. macam sama je.. macam sama je.. macam serupa je.. macam serupa je.. kan.. :p
Intan jeles tuuu.hehe
Selamat hari jadi buat Amirul Syafiq…
selamat hari jadi kepada anak akak 🙂
semoga menjadi yang diantara anak yang soleh dan solehah
setuju tu Kak jie bila anak-anak semakin membesar cabarannya terlalu luas dengan impak di sekelilingnya dijadikan pedoman @ disebaliknya. Kita sebagai parent seharusnya melepaskannya perlahan-lahan dengan tawakal dan berhati-hati agar anak-anak kita tidak tersasar dan menjadi seorang insaniah yang begitu dihormati orang disekelilingnya……
Hepi Besday angah semuga menjadi anak yg soleh dan memberi manafaat kepada seluruh alam