Anak

Di manakah anak anda sekarang?

Sesiapa yang lama mengikuti blog saya mesti faham…. saya suka mengodek template bila  dalam mode “kesengalan” atau mungkin frasa “mid life crisis” 😀 .  Template pantai , laut dan segalanya ini tiada stori mori apa²lah Puan Intan.   Blogger gunakan “template” dan WordPress memanggilnya ” theme”.  Untuk menukar theme dengan wordpress sangatlah mudah tidak seperti blogger yang perlu kita kita copy save segala mak nenek widget kat sidebar sebelum menukar template.

Buku yang saya pesan dari Ujanailmu.com telah saya terima . Novel Faisal Tehrani Tunggu Teduh Dulu untuk saya dan untuk Intan saya belikan Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia .

😀 Seperti biasa model ini akan enterprem kat blog mama dia…

Dalam perjalanan balik tadi, saya tersempat dengan seorang budak lelaki yang baru balik sekolah tetapi masih merayau² di tepi jalan. Saya berhenti dan tanya di mana rumahnya. Taman Melati. Jauh juga, dalam 3-4 KM. Saya berpusing dan hantar dia. Saya tak sampai hati melihat budak seusia 7 tahun dengan beg yang sarat terlondeh di bahu berjalan tengah panas seorang diri. Faktor keselamatan mungkin juga perlu difikirkan.

Dalam sesi berkenal ‘mesra’ saya diberitahu bahawa dia kes ekolah tiap pagi dengan emak, tetapi balik menang berjalan seorang diri. Entah betul entah tidak. Ini bukan kali pertama saya ‘ mengutip’ dan menghatar budak² pulang. Banyak kali saya tersempak dengan budak menangis di hentian bas depan sekolah, mak bapa tak datanglah…teringgal baslah… Walaupun saya tidak mempunyai anak² yang belajar di sekolah tersebut saya tidak keberatan untuk menghantar mereka. Saya berharap jika suatu hari nanti anak² saya memerlukan pertolongan, akan ada orang lain yang menghulurkan bantuan.

Saya ingat  budak ini mempunyai ibubapa yang berkerja dan dia akan tinggal seorang diri di rumah tetapi saya agak terkejut bila melihat rumahnya terbuka dengan kain baju tersidai menandakan ada orang dewasa di rumah. Juga kereta dalam garaj…

Mungkin saya saja yang sering gelabah dan mudah belas bila melihat kanak² merayau di luar tanpa pengawasan…:( kerana saya tidak biasa lepaskan anak² begitu. Angah pun kalau tidak balik dalam waktu yang sepatutnya saya akan keluar memandu mencari, apalagi kalau anak sekecil itu. Bagi orang lain mungkin itu perkara biasa.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Di manakah anak anda sekarang?

  1. mama, sangat kesian dengan budak laki tu..
    dah la dengan beg berat semua 🙁

    haish!!
    boleh mak ayah dia biar kan dia..
    kalo dia dah besar xpe..
    ni kecik2 lg..

    ye la.
    mama pun kene hati2 tumpangkan org 🙂

  2. Betu K.Jie. Kita tolong anak org kali ni…esok2 anak kita perlukan bantuan pulak.

    Kdg2 kita yg terlebih risau, yg mak-bapak buat selamba je. Jadi hal apa2, baru nak menyesal.

  3. 😀 mmg kan jie..jun pon cpt riso kalu anak blik lambat..drebar bas tu mmg dh kenai sore jun ni sbb lambat sket mesti kna tanyer..wahaha. ala, kalu maen kat dlm pagar umah ni pon, bila senyap j or x nampak bayang, mula la g cek..padahal ade kat keliling umah..hehe. ade gak yg x kesah kan..ade experienced, sorang budak dtg main kat umah..dt tghari smpai mlm dok sini..siap dinner lagik..tp mak bapak dia x sebok pon nk ambik anak dia.x d pon nak call tanyer anak dia kat mana, ok k…kita lak yg risau..suruh anak dia call bgtau ade kat mana..kul 11 mlm br dtg..yelah..anak org kan..iskkk! sabo j la..agaknyer apa lah perasaan mak bapak yg camtu ekk? k..kita yg terlebih riso..ape2 pon, biar riso dulu seblom jadik ape2 kan..hehe

    Kujie ~ Betullah tu Jun… kita yg terlebih risau ke hape tataulah…tgok anak2 org lain tu..selamber je kesana ke sini..kita ni control sgt ke ..rasanya tidaklah..
    itu anak2 kita..tanggungjwap kita…kalau kecik2 kita tak control, bila dah besar baru nk tegur itu ini..tak mau dengar dah masa tu..biarlah org nk kata dok bawah ketiak mak..sekurang2nyua selagi masih bawah pengawasan kita dia akan selamat..jgn liar kesana ke sini.
    isshhh…

  4. Thats so kind of u akak…
    Bukan sume org nak buat gitu…
    InsyaAllah, klau kite ambik berat ttg anak org lain, kita akan dpt balasan yg same…

    Jrg jumpe org yg cam akak skg nih..
    Keep up the gud job kak! :mrgreen:

    Kujie ~ kita selalu menyalahkan masyarakat…sedangkan masyarakat itu adalah KITA…
    kalau KITA sendiri tak buat..kenapa nak salahkan MASYARAKAT?
    rasa kasih rasa sayang tengok budak2 tu
    perasaan tu spt anak sendiri 😆

  5. bukan semua ibu bapa ambil kisah kejadian semasa. kalau anak kena berjalan 3-4 kilometer, sedangkan mereka sedap di rumah, tak prihatin lah tu. Fikirkanlah, terlalu banyak kes jenayah sekarang ni, saya kat court pun dah naik muak. Tak masuk akal kadang tu, yang dalam rumah sendiri pun sanggup dajalkan anak-anak, inikan orang yang di tempat public. Ibu bapa macam tu lah, kalau anak hilang patut kena saman, kak jie.

    Kujie ~ tak kisahlah kalau nak kata kita ni terlebih fobia ke apa…sekurang²nya kita mencegah…kita berusaha..kalau terjadi juga musibah itulah adakah Takdir.

  6. dalam keadaan banyak budak kena culik kat malaysia sekarang ni, memang tak selamat anak2 dibiar balik sekolah jalan kaki sorang-sorang. Tambahan pula baru 7 tahun. Neeza memang tak harap sesangat. zaman neeza dulu lain. Balik sekolah jalan kaki 3 km pun takpe. masih selamat.. heran jugak ya mak ayah tu biar anak dia jalan sengsorang.. apalah salahnya pergi ambik anak tu sekejap kan..

    Kujie ~ masa menolog tu tak fikir kes culik neeza…kakjie lebih kepada perasaan kesiah budak tu….rasa mcm anak kita sendiri..rasa mcm kita berkemampuan menolong kenapa mesti biarkan..
    org lain mgkn fikiran tak sama..
    betul tu..zaman kita dulu….takmcm skrg..
    bkn soal culik lagi…soal kawalan kita pada anak²
    kalau dari kecik mmg kita biarkan dia bebas mcm tu…balik ikut suka
    merayau sana sini
    bila dah besar…baru nk control..mmg tak jalan lah …masa tu

  7. ye la kak jie .. budak2 jalan sorang2 mcm tuh, mana la x risau. mak bapak pun x serik2 lagi kan .. dengan apa yg dah berlaku banyak kali sebelum nih … hilang anak sume .. bila dah berlaku baru nak nyesal ..

    haihhh … 😕

    Kujie ~ lily…org selalu ckp…kawasan kampung, luar bandar..tak mcm KL..tp tgok…jenayah kecil pun merebak gak kt kawasan terpencil..masalah sosial anak2 remaja pun sama teruk dgn kat bandar…dan rasanya lagi teruk…
    entahlah..nk ckp ape…tiap org berbeza..
    kakjie cuma jalankan tanggungjawap yg mampu
    sebagai MASYARAKAT

  8. hati2 bagi orang menumpang kereta puan.. saya ada menumpangkan seorang pakcik dengan 3 org anak2 kecil.. berpakaian spt ala2 dr kampung.. dan pengalamannya habis beg laptop serta plastik barang belian saya di belakang nelakang habis dikumbahnya.. dan saya hanya sedari apabila saya telah sampai rumah..

    kadangkala kemanusiaan akan jadi terlalu `berkira’ apabila ada pengalaman2 buruk sperti ini..

    wasalam

    Kujie ~ terimakasih atas nasihat itu..saya faham…saya pun takut nk tumpangkan org dewasa atau orang yang tak kenal…saya cuma tumpangkan budak2 sekolah..yg saya kenal pasti memang budak sekolah..dengan uniformnya..lagi pun memang di kawasan ini saja…tak der la kalau sy terjumpa di Bangi ke..Shah Alam ke..saya akan berenti senang2 mcm tu juga..
    ini juga di kawasan komuniti saya…masyarakat saya…
    saya cuba elak kan berfikiran negatif kerana kalau setiap org berfikir mcm itu..makin rosaklah masyarakat kita..makin jauhlah perpaduan dan tolong menolong dlm komuniti kita.
    Insya Allah….tiap balasan baik ada ganjaran dariNya..kalau kita terkena musibah itu.. berfikir balik, mungkin ada sesuatu yg tak betul pernah kita buat..mungkin tanpa sedar kita pernah melakukan kesilapan..dugaan yg Allah turunkan itu sekadar peringatan kecil utk kita…

    Wallah hu ‘Alam

  9. pak cik x pernah lagi angkut2 anak orang ni takut kene charge kidnap laks :p
    *angkut2 anak dara org tu biasa aaaaa* :)) muahahahaha

    Kujie ~ 😆 😆 boya…kahkahkah….
    mgkn belum tersempat kejadian2 yg memerlukan pakcik tolong budak2 tu kot
    mgkn pertolongan dlm bentuk lain…
    tak kan semua org nk angkut budak2 je
    yg lain2 tu bahagian pakcik le pulak…kan…kan.. 😆

  10. Woo… kena nasihatkan juga budak itu jangan main tumpang sesuka hati. Ramai yang dah hilang tak ketemu lagi…

    Kujie ~ komuniti kami kecik je..bukan macam kt KL tu
    lagi pun budak tu nengok muka saya dia dah tau org baik ni..hahahahahaha 😆 😆 😆

  11. bila ada kes mulalah jaga anak masing2 …then bila masa berlalu…kembali kepada asal sampai dibiarkan anak berjalan keseorangan…dan sebenarnya komuniti yg perlu aktif memantau…dan kita yg perlu memulakan..

    Kujie ~ Betul tu..masyarakat adalah KITA… saya, awak, dia , kamu dan mereka!

  12. kekadang ade jugak ibu bapa yg lepas tgn..bile dah jadi hal2 yg buruk barulah nak menunding jari…ini satu lg masalah ibu bapa yg tau buat anak je!oppsss,terlebih sudah!bile dah ade anak,lepas tgn aje…mama memang x akan bg anak balik sekolah jalan kaki..banyak bahay ayg menanti!

    Kujie ~ mgkn juga tiada pilihan lain…mgkn tak mampu bayar tambang bas..mungkin budak ini mmg sukar nk kawal…entahlah..
    kita jadikan pengajaran utk diri kita…
    dijauhkan dari segala musibah…

  13. saya rasa sesiapa yang berada dalam mode sengal terlampau memang akan menggodek template, paling tidak pun godek code… housewife millenium la katakan..

    Kujie ~ tgh sengal tarikan graviti bulan ni..entahlah sejak akhir2 ni…sengal seluruh badan..tapi nk jugaa mengadap pc 😆

Comments are closed.