Anak

Angah tak sihat

Intan dah sihat, semalam dah ke sekolah. Alahai Pakcik MZ, bersungguh betul ambil tahu perihal bakal menantu pakcik tu ye…. Kalau ada hati nak berbesan, 😀 submitlah proposal awai² ye…

Tapi hari ini Angah pula yang tak sihat.    Tadi cikgu kelas telefon minta  saya datang ke sekolah jemput Angah sebab dia tak sihat. Saya ke sekolah, risau juga sebab tak pernah² di panggil ke sekolah seperti ini. Terus ke pejabat tengok Angah lembek tersandar di sofa dengan sekeping borang keizinan untuk balik. Katanya dia muntah² dalam kelas.

Dalam perjalanan balik, dia muntah sekali lagi. Saya dah bagi dia minum, suruh mandi dan sekarang berbaring dalam bilik. Rasanya tidaklah tenat sangat….tengoklah kalau melarat nanti kena pergi klinik. Bagi dia rehat dulu.  Saya dah bagi dia minum 100plus.

Macam inilah anak²…  tengah sakit pening muntah²  , dia masih sibuk bertanya punca atau sebab² boleh sakit macam tu…virus ke bakteria… dia ingat mama dia ni superwoman semua tahu 😀

Nak kena google web kesihatan kejap….nak menjawap dengan anak²

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

10 thoughts on “Angah tak sihat

  1. dah besar muntah dia pandai pi toilet ok lagi kak jie..
    kalo kecik yg muntah atas cadar… adoii… pastu tgh malam… lagi adoii… kesian kita ek. ekekeke..
    tpai yg kelako tu dia boleh marah dia dia sbb muntah. itula si mirul zana tuh. hihihi

  2. huhu..
    adik beradik..
    demam berjangkit la kot 🙂
    hehe..

    alahaii sian angah..
    demam biase la tu kot. 🙂
    nk manja2 ngan mama die hehe..

    hope he will get well soon 🙂

  3. Sorry I can’t comment on your posts;-)
    Thanks for the visit and the kind welcome!

    Kujie ~ thanks for checking out my blog stine…

  4. takpe kak, tu tandanya mama dia sangat penting dlm hidup nya…
    semoga angah cepat sembuh 🙂

    Kujie ~ iyelah…tapi dok tanya patlima kali..
    issshhh….tak reti nk jawap…
    tp mcm biasa le..mama kena tunjuk pandai..kehkeh 😆

  5. alahai. kesian dia yek..

    Kujie ~ dah ok tu….alhamdulillah 😆

    terimakasih titan..dtg bertandang blog kakjie

  6. ermmm..salah makan kot..ari tu jadik kat saya ni kat ofis..terjelepuk kat atas karpet ofis..siap baring lam bilik boss lagi…muntah ajer…(kalau muntah lain tu..best gak ek)…

    Kujie ~ mgkn lah kot..skrg dah ok tu, dah masak bubur nasi utk dia..
    hehehe..kalo muntah2 ade isi erk..
    insya allah…ade rezeki tu….kawan utk mia 😆

  7. dokter zek pesan … jgn bagi dia minum susu atau air campur susu pekat. air soya molek di minum.
    kene cuti dua hari tu. rehat adalah penting untuk proses pemulihan.
    errr … kim salam ngan intan ya. dgn pesanan .. *jap … kene google syampoo dulu nih*

    Kujie ~ baik doc…dah bagi dia minum 100+
    amboiiii…cuti 2 hari tu…gelak guling² sakan la patients kalo ade doc mcm ni 😆
    hehehehehe..intan pakai santan je 😆
    jimat kos

  8. huhu..
    dpt balik umh tu yg best, relaks kat umah…
    boleh ponteng skola…huuhu

    satu lagi besh dpt balik umh kalau ter-yukyek dlm sluar…
    Huhu..
    Jgn gitau org ye, sye pun ade pengalaman ter-yukyek tu…
    bukan sekali, 3 kali…huhu… 😆

    Kujie ~ a’aha…dah balik rumah..tengok macam tak sakit je….tapi masa nak ambil tadi..nk jalan pun mcm nk tumbang..hahaha. 😆
    uweekkkkk….. ooooo pernah ter”uhuhuh” dalam kelas ye…
    sapa cuci?
    kehkeh 😆

  9. biasanya kalau kes gitu, viral fever kak Jie.. dalam seminggu barulah kebah. anak2 neeza pernah kena gitu.. memang tak larat kalau anak-anak tak sihat ni kan…

    Kujie ~ pagi tadi ok je..tiba²..1st time jadi macam ni…risau juga bila cikgu telefon

Comments are closed.