Malam tadi sekitar jam 12.30malam, saya dapat panggilan telefon. Bila telefon berdering tengah malam mesti perkara negatif yang difikirkan. Tak mungkin orang saja-saja telefon ajak sembang pasal ayam itik, mega sale kat tesco atau tanya tutorial blogging.
Seperti degup jantung yang bagai nak meletup bila mendengar suara seseorang yang panggil saya
“makcik… anak makcik…bla…bla….langgar kereta saya …makcik…bla….bla…makcik “
Saya tak fokus pun apa yang dicerita..entah kenap perkataan ‘makcik’ itu yang tertangkap.
Sambil mendengar pihak sana berceloteh.. bla … bla .. makcik .. bla … bla … makcik…. saya berjalan dari hujung pintu depan hingga ke hujung pintu dapur untuk meredakan perasaan.
Masalah bukan serumit berlanggar berdentum dijalanraya bergolek sana sini. Hanya tercalar di pintu sebelah kanan bila Along nak keluar dari petak parking. Lepas kerja malam tadi, Along keluar makan bersama kawan-kawannya.
Orang dalam keadaan tertekan, saya diam saja…biarkan dia saja bercakap. Itu lebih baik dari kedua-dua belah pihak bercakap ( ini tips rumahtangga juga ni.. kalau pasangan kita bercakap, diam…… mesti dia pun buntu sebab tak der respon )
Riuh jugalah sampai 4 jam. Nak pergi repot kesian pula, Along masih lesen P. Kita yang salah, ikut sajalah. Mula-mula minta 8 ribu sebab nak cat keseluruhan kereta...kereta BMW bukan proton ye makcik – lunak suara ditelinga saya. BMW saya cat matelik makcik…. asal dari UK…bla…bla…… Bila dia cakap 8 ribu – saya bayangkan kereta tersebut remuk seperti kesan momentum perlanggaran 60km sejam.
Dia kata budak-budak tu kurang ajar . Kata Along dia orang terus je bising-bising macam ada kemalagan ngeri. Dia diam saja sebab terkejut. Budak 18 tahun dengan orang dewasa semestinya perlu ada cara berbeza untuk menilai. Orang dewasa sepatutnya perlu lebih matang menanggani masalah dari budak-budak 18 tahun. Darah muda! Budak itu pun bukan nak lari dari bertanggungjawap.
Saya perlu juga melihat kerosakan yang alami sebelum membuat keputusan. Berbincang lagi hinggalah kos anggaran baik pulih sekitar rm 2000 hingga rm 3000. Kami buat temujanji untuk bertemu pagi tadi. Seawal 8 pagi saya dah keluar dari rumah kerana “Encik BMW” ( saya save nama dia dalam hp ) ada mesyuarat penting awal pagi.
Sampai saja di tempat pertemuan , rasa nak terduduk saya bila melihat kesan calar di bahagian pintu BMW tersebut. Kesan calar tersebut hanyalah sebesar 1 inci x 2 inci. Ialah cuma tersentuh bila Along undurkan kereta dari tempat parking bukan tengah merempit memecut di jalanraya. Lagi parah… ada beberapa kesan calar dan kemek kecil di bahagian lain BMW tersebut. Bukan kereta baru berkilat baru keluar dari kilang.
Oklah..memang Along yang salah kerana mencium teruna orang, kan… yang tu kena mengaku. “Encik BMW” bagitahu workshop dia boleh baiki kesan tersebut dalam anggaran kos maksimum 800.
Saya pun bijak juga walau pun lebih banyak mendiamkan diri. Saya tak pergi seorang. Saya minta tolong jiran saya Encik Din. Beliaulah yang berurusan sehingga masalah ini diselesaikan dengan Encik BMW akan hantar kereta tersebut untuk dibaiki di workshop pilihan kami ( kawan jiran saya ) .
Jiran saya cakap, masalah ini sangat-sangat kecil dan boleh diselesaikan dalam masa setengah hari saja untuk dibaiki dengan kos separuh dari yang di minta.
” Tak apalah …. mungkin dia gembira dengan cara ini…. “
Terkedu saya mendengar jiran saya berkata begitu. Ada juga orang yang gembira atas kesedihan orang lain. Bila dah selesai, kami bersurai.
” Along…. dia panggil mama, makcik!”
ha ha ha……….. barulah masing-masing berselera nak gelak.
“Uban dia dah penuh….” kata Intan.
ha ha ha………… kami ketawa qada’ gelak yang tertangguh sejak pagi tadi.
“umur dia lebih tua dari mama….”
ha ha ha… kami gelak secara berjemaah lagi.
Gelak untuk menutupi bengkak-bengkak mata kerana menangis sepanjang malam. Seorang ibu macam inilah…..airmata terlalu murah harganya. Berjurai-jurai airmata saya bila saya intai Along sedang menangis di dalam selimut malam tadi menyesali kesalahan dia.
” mama…. Along mengaku Along buat salah ” .
” Tak apalah… benda dah jadi. Pergi ambil wuduk dan sembahyang…”
Semua ibubapa akan alami berbagai dugaan dalam membesarkan anak-anak. Waktu bayi hinggalah mereka dewasa. Inilah pengalaman saya yang patut dikongsi bersama kawan-kawan juga anak-anak yang mungkin membaca blog ini.
Kawan ketawa meriah waktu bersama, bila timbul masalah ibubapa juga tempat bergantung. Ingat ye anak-anak….
p/s – tak ada gambar…nak snap pun tak nampak kesan calar tu
p/s – banyaknya typo. Lepas taip entri ni, saya offline tak check ejaan pun. Penat dan mengantuk!
Nota : Update kisah ini dan ketahui berapa harga yang kami kena bayar di sini ( klik )
harap itu bukan encik bmw saya…huhu.
akak, soffya pernah menghdapi situasi ni.tapi bukan sofffya lah yg melanggar.
kawan, memakai viva langgar viva juga.huh, sikit je terlanggar kt belakang, tp mahu tular satu set bumper.hangus rm1000 kat situ.sebab dia seorang, yg pempuan dan BF serta kawan2nya buat bising.satu kuantan boleh dengar.
akak mngingatkan saya ttg pengorbanan seorang ibu..
abg juga pernah terlanggar kereta jiran masa nk kelaur parking.yelah..rumah flat kereta rapat2.abg abru ambil lesen juga.terus amsuk ke rumah.menggigil dia kerana takut dan bersalah.tiada siapa nampak kejadian.jadi, ibu pergi mencari tuan punya kereta,.yalah…rumah flat.penghuninya ramai.tidak saling mengenali siapa empunya kereta.ibu pergi cari juga untuk membayar ganti rugi sebab katanya kita mesti bertanggungjawab dan jika kita yg kena langgar, apa yg kita rasa jika orang bua diam…??
dan tolak ansur ada di situ.ibu menggantikan yang patut diganti bukan seperti encik BMW itu…yelah, kita bukan tk mengaku kan..
dlam hal ni along itu sma dgn abang saya.terasa sesal bila tersalah langgar dan emnyusahkan ibu sendiri..ye, rm400 yg ibu ganti tu bukan duit yg sedikit utk org susah spt kami, kan?
.-= soffya cik bulan´s last blog ..cikgu hot 2010…!!!! =-.
kadang2 orang tuan punya kereta tu nak ambik kesempatan. padahal keretanya cuma bercalar aje…. tak besar pun…. saja nk kecoh agaknya… tah pape… 🙂
orang kaya ni susah! semua nampak duit! kalau kaya n kuat bersedekah takpe pulak! ni calar sikit pun dah macam eksiden besar! Ya Allah, tunjuklah mereka ke jalan yang benar
.-= wanmus´s last blog ..Bajet Sempurna Sangat Ke Dia Ni? =-.
berlagak je lebih owner kete bmw tu, sabar ye makcik…
ada gak org cam encik bmw tu ek..patutnya suruh je dia claim insurance..mesti org insurance suruh dia balik tido lagi bagus hehe
.-= zamz´s last blog ..UEFA Champions League Quarter Final Draw: MU vs Bayern Munich, Barca vs Arsenal =-.
Apasal kak zie tak call saya..? lain kali kalau mintak gantirugi lebih dari saman RM300.. gi report polis.. pastu suruh dia claim kat insuran.. habis cerita..
camne dia boleh panggil makcik ek? hmmm konfius.
oh ya, saya pernah terlanggar BMW tahun lepas..huhu teruk kereta saya, tapi BMW tu takda apa-apa. Nasib baik pakcik BMW tu (mmg betul pakcik tau) baik hati. dia tak claim apa2 pun..tapi parah gak kereta saya..huhu..pengalaman..pengalaman..
.-= FTN´s last blog ..Thursday Back to Back Drama : Penunggu Gunung Raya dan Asmaradana =-.
macam2 hal la..kelakar je baca citer en bmw itu..hehe..
emm sayu bila baca kak jie pun menangis sama..huhu..rindu kat mak..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Arissa loves the camera =-.
Entah2 En BMW tu driver je kot. hu hu hu. Sebab kalau orang lelaki yg banyak duit, dah tua pulak, jarang yg behave cam tu. Ape2 pun tahniah jie sebab masih under control.
.-= kak an´s last blog ..CARIBBEAN BEACH PARTY =-.
mickey rasa bukan encik BMW ja berperangai cam tuh, kekadang org keta kecik (tapi bukan made in Mesia) pun sama, spcially kalu x penah merasa pakai keta sebelum ni, bak peribahasa kaduk naik junjung / bagai kera mendapat bunga dan seangkatan dengannya. pengalaman sendrik sbb jiran mickey tu pasan baguih, ada keta reverse langgor stream dia, dia nak mintak RM300, tapi org tu kasik RM100 ja, sekali hubby mickey pergi tgk alah RM50 pun dah berbaloi patutnyaaaa, manusia x pernah bersyukur apa yang ada, depa ingat keta tu leh wak masuk kubur
Apalah sesama melayu tak nak bertolak ansur. Benda kecik nak dibesar-besarkan. Mentang-mentang lah kereta BMW
.-= imran´s last blog ..Pelajar Baru Diploma Tahfiz ITQAN 2010 =-.
Angkuh betui pemilik BMW tu.
.-= Dr House´s last blog ..Procol Harum – A Whiter Shade Of Pale =-.
adoyai k jie seb baik la tahap kesabaran maksimum kan kalau saya. haha surelah there and then juga saya amik video dia, amik gambaq, buat live blog lepas geram. haha
.-= KNizam´s last blog ..Four MQM-Haqiqi Workers Shot Dead in Karachi (Dawn.com) =-.
baca atas.gelak2.
sekali,bila baca cerita along diam2 nangis. hah! dengan yonna pun berjurai2 ni haa. T_______________T
bc ayat2 mama bawah skali tu lg banjir hahaha. baiknya along. mengaku tu. hahaha. tp ye la kan.dh depan mata :p tp comel lah part dia menangis tu.. heeee. hati tisu jugak 😀
.-= yonna´s last blog ..Sebab Musabab Tukar Nombor Telefon =-.
Ceh… sabor je lah.. nak ambi kesempatan.. keta dia dah banyak yg calar balar nak sekali settle lah tu..
keta BMW.. duit mestilah banyak, itu pun nak berkira ker..?
Kan… makcik kan.. hi hi
.-= Zoul´s last blog ..10 Tips Jadi Kaya =-.
aderk..jahat betul itew worang lorr.. mau ketuk pun agak2 ler.. huhuhu
den pun pakai keta gak.. setakat seinci tu, maafkan ajelah..
apa2 hal pun dua hari lepas maza hampir pengsan gak..bila tipon kesayangan maza hilang.. apa lagi, no tipon kujie juga hilang lorr..
psst: minta ganti no kuji yg baru, boleh?
.-= maza´s last blog ..Nenek Saya Sayang Saya… =-.
manusia skrg mmg suka mengambil kesempatan en. maza..
.-= Nadri´s last blog ..Keajaiban Manusia Akhir Zaman =-.
salam kakjie,
hehe..tang makcik tu kelakar 😆 😆 camne agaknya yea rupa along nanes dlm selimut tu
haishh..sabar jer lah ngn perangai manusia yg mcm banyak ragam tu…sebab calar sikit dia bising…padahal kereta mmg dah x cantik pun..x pulak dia g bela keta dia…saje je tu…
.-= nana´s last blog ..ini n3 bergambar =-.
benda camni la yang ajar kita lebih berhati-hati. Saya pun pernah buat pertama kali dalam sejarah bawak kereta terlanggar kereta orang. Takde kemek, hanya calar yang boleh dihilangkan dengan polish. Atas dasar saya orang muda, saya bayar RM80. Tak kesahlah, saya mengaku bersalah.
Lepas dari insiden tu, memang extra cautious dalam pemanduan..haha..apa2 pun saya respek cara Kak Jie selesaikan perkara ni. 🙂
.-= izzat´s last blog ..Boikot Barang Sweden: Sejauh Mana Tekad Kita? =-.
bagus r kak jie nie.. ad gk nsht yg bergune d selitkan.. patut r fofuler..
mmg xptut tol “En BMW” tu.. lets me guess,, he is malay.. right?!
.-= AvantGardeShoppe´s last blog ..7 Supermodel Kulit Hitam Paling Berpengaruh =-.
xdapet la deng nak nolong..huhu 🙁
saya penah kene dulu pakai kete ayah baru sapat lesen P, tapi masa tu panjat divider. so enjin bocor. ayah saya langsung x marah, malah sibuk tanya samaada saya ok ke tak? terharu gak la masa tu.
.-= CikLilyPutih´s last blog ..Aku Sedey, Bukan itu sebenarnya =-.
sabar jela kak jie.. dugaan. tp demand gile owner tu nak lebih2.. sampai 8 ribu… rosak x sberapa..
.-= Amir´s last blog ..Maintain trafik blog: Cabaran buat blogger baru =-.
tak de lah stress sangat pun..cuma ini adalah pengalaman… macam-macam manusia yang kita jumpa dalam hidup ni… 😆
Tahniah kak sebab boleh settlekan masalah ni. Kita kena contohi kak dalam menangani konflik ni. Kadang-kadang masalahnya kecil tapi bila dah dalam keadaan tertekan atau kecemasan pening jugak otak memikirkan nak buat keputusan tu. Sabarlah kak ini semua ujian, apa yang paling penting… Kak dapat sedarkan cik BMW tu, dia call mintak maaf akhirnya. Mungkin dia malu kerana sifat tamak dan mengambil kesempatannya tu.
.-= fahmi ibrahim´s last blog ..Upload Gambar ke Facebook menggunakan Windows Live Photo Gallery =-.
semua orang yang pernah memandu ada pengalaman , cumanya sikit atau banyak…dan dari penilaian Kak Jie….kes ini sangat-sangat kecil. Tetapi itu dari pandangan kita, mungkin orang lain rasa benda kecil ini adalah perkara penting dalam hidup mereka… kita terpaksalah terima.
Tapi agak kecewa juga, seseorang yang ‘dewasa’ sepatutnya lebih matang dan terbuka dapat menerima ‘tragedi’ ini lebih terbuka. Memang Along bersalah – pengalaman ngeri bagi dia yang baru dapat lesen tak sampai 2 bulan – kesalahan dan kelalaian waktu parking. Kawasan tersebut berbukit pula tu…..
Ada banyak lagi yang dia cakap – contoh ” saya ni bukan apa…nak settle sebab anggap sesama melayu…. saya ni cukup bersabar..sedangkan saya ni panas baran…dah 4 orang pernah mati di tangan saya”
entah..Kak Jie tak pula rasa takut waktu dengar kata-kata dia. Rasa macam kebudak-budakan bila nak takut-takutkan orang dan berbangga kerana pernah MEMBUNUH 4 orng…entah betul entah kelentong…
sedihnya…teringat mak dikampung…hehe. btw, mmg permintaan yg sangat melampau…
.-= Kancilbiru´s last blog ..Misteri… =-.
macam tu lah hati semua emak…anak2 susah hati..dia sama2 menangis dalam bilik….
lepas solat malam, kak jie intai bilik dia…sebab lepas keluar bilik kak jie tengok bantal2 kat sofa tu berterabut..mesti dia tensen lepas geram..
intai je bilik dengar dia sedu sendan menangis….hati kita apa lagi…lagi laju airmata..
nak hentikan…suruh je dia solat…itu sebaiknya.
saya pon penag langggar bumper kereta time malam raya..sumpah horror…wlapun pecah lampu jer..tapi rasa bersalah sgt2..
dah ler takde lesen..memang mama n abah berleter lah…jln licin lpas ujan..bwk 60km/h pon still tak grip lagik…huhu
tak mo ingtlah saat tuh…
.-= Hafizd´s last blog ..Fridge Magnetoooz~! =-.
kesalahan Along, dia tak lekat P walau ada dalam kereta… kemalangan di tempat letak kereta bukan ditengah jalanraya bagi seorang pemegang lesen baru memang ‘ngeri’. apa lagi bila terkena dengan pemandu yang sangat2 berkira….
itulah pengalaman….. 😆
banyaknya mintak 800.00 … mana nak cekau nie..nasib baik settle mudah.. 🙂
.-= zik´s last blog ..Kenapa kita perlu simpan duit syiling? =-.
dia nak ” makan ” makcik..hehehe 😆
lepas ni nak panggil makcik jie la. hahah! gurau je. kesian along. mesti dia takut gila lepas langgar kereta tu. takpelah along anggap je sebagai pengajaran. lain kali mesti lebih berhati-hati. 🙂
.-= zaiMi´s last blog ..Panas! Tips Mendapatkan Kerja Untuk Penganggur =-.
dipanggil makcik dan sebut diri sendiri sebagai makcik tu dah biasalah…. dengan kawan2 anak2…
rasanya semua org ada pengalaman macm ni….atau lebih dasyat lagi
Kenapa kak jie tak g report? Sebab along tu still lesen P ke? Rasanya, xde ape2 kot coz dlu saya pernah hentam kereta Honda Camry n driver die tu xnak settle so ktorg g wat report n dat time lesen saya still P lagi..
Ape yang saya kena, just saman rm300 aje n then adelah surat lawyer datang umah minta ganti rugi rasanya dalam 9 ribu tapi saya kasi pihak insuran yang settlekan..
Along masih lesen P …nak pergi repot dgn calar sebanyak itu sangat2lah tidak berbaloi 😆
salam kakjie,
biar je lah dia nak rasa muda,
tak puas muda tu,
tapi melampau betul mintaknyer..
leh dakwa tu… mengugut (leh ke?)
nie spesis mata duitan mengambil kesempatan nie 😯
.-= cikgu isza´s last blog ..Hai Baby dalam perut Angah, Along ngan Adik nak bagi hadiah =-.
masa kejadian tu…mgkn dia tak perasan kot beza umur dia dgn along…. mgkn dia rasa dia dgn along tu ‘adik abang ‘ je….
entahlah…org moden skrg ni…. dipanggil pakcik tak mahu… 😆
en. BMW tu ingat bleh ‘makan’ makcik… dia x tau makcik lagi terror dari dia. mmg kurang sivik betul en. BMW tu! nasib kak jie x gelabah.. klu x dah hangus RM8k 😕
tak… mmg ada sempat fikir ‘plan B’, ‘plan C’ lagi..hehehe
tapi malam tadi sempatlah juga berym dgn encik suami sambil menangis2….kuat konon…hahaha 😆
adoi ai “makcik”… kalau saya.. saya tambah dulu calar dia. tak pon saya langgar kereta tuh laju-laju. biar puash hati. elelelele… depa tuh kerek jer lebih. kereta baru macam mane pon lame-lama jadi besi buruk jugak. benci betoi orang berlagak macam tuh… memang rasa nak tambah langgar lagi, tak pon baling dengan batu… wah mencik
.-= kreuger´s last blog ..Anything, Something, Terpelanting? =-.
ingat kak jie jenis korang ke…ha ha ha…ni makcik ‘cool’ je…sampai dia pun hilang kata-kata sebab kak jie diam je…melawan tak…apa pun tak.
dia ckp kak jie dengar je… last2 sejuk dia…. mlm lepas settle dia call mitan maaf…pelik pula!
makcik vogue tu! 😆
Pergh…amik kesempatan betul sampai 8k. Makin kaya makin berlagak nampaknya. Ingat dalam drama sahaja.
.-= Hadjie´s last blog ..Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman =-.
calar sejemput nak cat seluruh body…. mmg tak masuk akal… bukan kereta baru berkilat…dah tu mmg ada kesan calar2 lain di badan kereta tu…. tak berbaloi dgn kesan yg dicium dgn Along 😆
kagumnya saya dgn ketabahan encik BNW memanggil kak jie makcik…lagi kagum membaca kegigihan encik tersebut meminta 8K utk calaran sebesar itu…ish ish ish…apalah nak jadi dengan encik BNW ni….
.-= epel´s last blog ..Selepas 11 tahun =-.
‘encik bmw’ beristeri muda…… sebab tu jiwa pun muda!
intan kata..kalau isteri dia yg panggil mama makcik, oklah juga..isteri dia muda lagi/
see………..anak sekecil itu pun tau gaya orang 😆
ayoyo!!!!
calar sikit…
tp nak cat satu body…
mmg nak ambil kesempatan ni..
heheheee
.-= mie´s last blog ..:: adakah anda bertuah :: =-.
sebagai seorang yang ‘berusia’ rasanya encik bmw pun pernah alami berbagai2 kejadian dengan kereta…. sikit mcm tu pun tak boleh nak bersabar.
nak dilawan dgn budak2 muda 18 tahnu..
sebab tamo amik risiko cium kete mahalla kete saya kene langgo aritu.. saje je amik kesempatan ye ‘budak yang dah beruban’ tuh mentang2 cakap ngan seorang makcik!! die tatau ‘makcik’ yang die nak deal itu selalu menguruskan berbijik2 kereta! 😆
kot ye pon nak memeras duit orang berpada2la dak??
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..alfatihah =-.
ini bkn bmw kilat2 baru tu…..dah ada calar2 lain sebelum ni..lagi terus dr yg along ‘cium’ tu 😆
tangkap gambar kete bmw tue yg bercalar tue x?
.-= lady D´s last blog .. =-.
kereta tu silver, calar tu garis tak sampai 3 inci…..
mmg ngeri klu terlanggar/tercalar kereta mahal2 nie..semuanya mahal belaka..mana nak cekau duit..
tp agak melampaulah pulak en bmw tu, calar sikit pun nak mintak sembur satu body..mana ada aturan…
.-= Nadri´s last blog ..Keajaiban Manusia Akhir Zaman =-.
agaknye kan orang tu dah abeh duit nak tuko cat baru. sebab tu amik kesempatan calar sikit nak cat seluruh kete!! 😆
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..alfatihah =-.
duit gaji dia dh abis utk byr instalment keta bmw..org lain pakai keta mewah, dia pun nak jugak pakai w/pun hakikatnya tak mampu..
.-= Nadri´s last blog ..Keajaiban Manusia Akhir Zaman =-.
dia ingat boleh goreng ‘makcik’ sorang ni…. kalau terdesak sgt pun…pintu saja je diganti..
dia kata….nnt kaler dah tak sama dgn body…
tapi yg langgar kita kan…diam2 sudah….biar dia saja yang bercakap
sekali en bmw tu salah orang mahu goreng daa…tp bila kita dah buat salah, kita mengaku salah ajerlah..klu susah nak setel, pergi balai polis ajer lah..
Kus semangat…aarin pun ingat teruk bercalar balar sampai repair RM8K..
Aarin pun pernah accident sampai remuk kereta, baru repair dlm RM700..betul2 kecoh pakcik tue yer…
.-= aarin´s last blog ..Hotel Mania =-.
dia pakai BMW tau…..patlima kali dia cakap kat telefon…..BMW 😆
mula2 nak tergelak sbb panggilan makcik tu. Lepas tu tiba2 bertukar sedih….
.-= rumah kuning´s last blog ..Kelmarin Seorang Hari ni Berdua =-.
malam tadi memang sedihlah cikgu…nangis2 anak beranak
tapi lepas dah tengok benda tu depan mata….dgn tuan2 BMW tu …..bolehlah gelak
ubat diri sendiri…hehe 😆
alahaaaiiiiii encik BNW!
🙄
kak Jie yg silap eja tu…maklum tak tidur semalaman…. taip entri tinggal je..tak de nak semak2…
sabar je makcik…
heheh.. errm… klo eksiden sikit2
kena potong dimerit lesen p ke?
kujie check la dulu…
wat per nak buang duit byk2
report pas tu byr saman 300 je..
yg lain tu insurans cover la…
.-= ery´s last blog ..Apple Macbook – Student Discount =-.
tak aih…dah settle dgn jiran tu..dia tolong bawa g wordshop kawan dia..rasanya tak sampai pun 500….
susah nk p repot2 ni..kereta nama suami..suami kt luar negara…along tu lesen tak sampai 2 bulan…masih P
sikit sgt..calar dia…. serius
nak cat keter sampai 8 ribu.. too much…
BMW matelik tau makcik….. 😆
Salam Kak Jie ..
Banyak-banyak, ini juga yang betulnya “Kawan ketawa meriah waktu bersama, bila timbul masalah ibubapa juga tempat bergantung. Ingat ye anak-anak….” 😉
Selamat Hari Rabu
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Blogging is No Longer Fun =-.
Memang selalu pun dipesan bab ini – hati-hati berkawan..berpada-pada…bila anak remaja kita memang cuba mengawal anak kita tetapi pengaruh rakan sebaya juga tak boleh kita elak.
Berpesan-pesan ….beringat-ingat sajalah. Tak kan nak kepit anak tu bawah ketiak lagi…. 😆
hee seram je baca dr awl, last2 cite tercalar kete org KAYA BNW. akan dtg, kompom makin berhati2 ank akk drive. pengajaran~
.-= Enchek Sepang´s last blog ..Lata Kinjang, Tapah, Perak [Photo] =-.
hari ni pergi kerja tak bawa kereta lagi….naik LC dia yang berabuk tak dipandang sejak ada lesen kereta 😆
Takpe kak. Bagi angah handle tengok boleh tak? :p Kalau boleh suruh angah angah yang bayar.
.-= tekkaus´s last blog ..Lee Chong Wei Wins All England 2010 Badminton Crown! =-.
budak 18 tahun tu boleh menangis2 dalam selimut… 😆
Okay lagi tu, saya dulu baru pandai bawak keta siap remuk lagi. Alhamdullillah, sib baik tak pape…Ragam hidup. Dia sorang je pakai BNW
.-= kruel74´s last blog ..How to market a book…. =-.
rasa semua org ada pengalaman ‘kali pertama’ macam tu.. kita bukan boleh pilih nak TERlanggar dgn kereta mahal atau murah….nama pun TER 😆
kalao saya langgar kereta orang, confirm saya kena bayar sendiri.. hohoho
.-= topo´s last blog ..Rumah yang Diinspirasikan Daripada Cerita Kartun =-.
budak tu baru dapat gaji pertama minggu lepas…hahaha… 😆
masa minggu pertama saya dapat lesen, saya tergesel kereta abah dengan bucu bumper van vannate. teruk jugalah kemek di kereta abah. nasib baik van tu van abah jugak. tp van tu takde apa sgt. hari tu plak abah saya outstation. cepat2 saya cari polish KIT. lepas 3 hari baru abah perasan kemek tu.
along lagi baik dari saya. sbb dia mengaku salah. saya diam aje. hehe. kesian dia. sampai menangis bawah selimut. ye lah, BNW tu. bukan BLM atau BMX. hehe. saya tak penah lagi berlaga dgn keta2 mahal. mintak di elakkan la..
.-= mrkay´s last blog ..Susah nak on YM guna Pidgin =-.
klu tercalar BMW X3 @ BMX3 nangis jugak tuuu
.-= ~mrs azmi~´s last blog ..alfatihah =-.
lagi hebat pengalaman kali pertama 😆
Along kenalah mengaku…dah sah=sah kantoi depan mata…agaknya kalau boleh sorok tu..dendiam juga 😆
kak jie silap eja BNW..korang pun semua komen tulis BNW…hahaha..patut rasa lain je tapi sebab mengantuk tak tidur semalaman…. tak check pun. 😆
igtkan kak jie nak perli BMW tu atau saja tak nak tulis BMW. hahaha
.-= mrkay´s last blog ..Susah nak on YM guna Pidgin =-.
makcik? hehe.. kakjie wat saya teringat kat kampong la.. dh lama tak balik kampong, makan sama2 dgn mak abah, borak2, gelak2.. huk3..
*nak nangis* 😥
.-= Anarm´s last blog ..Internet lebih laju dengan Pale Moon Project =-.
kak jie heran dipanggil makcik….sebab dah biasa dengan kawan2 anak2 kak jie…. sedar diri pun! 😆
abih tu tak reti2 nk blk kampung…haha
.-= ejam´s last blog ..Apa Faedah Saya Dapat. =-.
wahhh…pakcik ejam pun nak ganti makcik jie berleter…ha ha ha 😆
rasanya bukan encik BMW saja yang berperangai macam tu, orang yang x pernah senang tetiba pakai keta pun leh jadi cam tu bak kata peribahasa kaduk naik junjung / kera dapat bunga dan seangkatan dengannya…. kalu dulu x penah naik keta besa sekali dapat…. cam tu le jadinya
.-= mickey_honey75´s last blog ..kecik-bujang-anak =-.