Biasanya dia sms, tetapi petang semalam sehabis kelas dia telefon beritahu nak balik. Setiap minggu pun dia balik.
Pukul 11 malam dia belum muncul. Saya masuk tidur tanpa risau apa² kerana kadang² dia singgah jumpa dengan kawan² yang juga sama² balik dari kolej masing².
Tengah malam saya dengar dia balik. Malas nak bangun, sambung tidur.
Pukul 5.30 pagi, bangun tengok tak ada tanda² macam dia balik. Dapur tak terusik, beg , halmet pun tak nampak. Anak tu dah 19 tahun hidup bersama, dah faham tabiat mana dia campak stokin, mana dia letak beg atau helmet.
Intai ke luar, tak ada motor. Intai dalam bilik , tak ada orang. Kat sofa ruang tamu ada 3 peket ubat dengan nama dia. Ini satu² tanda dia balik malam tadi.
Mesti kat bilik Angah.
Saya masuk, hampiri katil, duduk disebelahnya.
” Along….. Along….. ”
Lemah saja dia buka mata.
” Along eksiden………”
Berderau darah. Terus teringat kejadian suami yang pernah alami kemalangan sampai hilang ingatan dan kes dia langgar kereta BMW yang claim RM 8000 tu.
Ayah saya pun pernah kemalangan dengan gadis myvi hijau.
Tetapi bila nampak anak depan mata tanpa calar, tanpa luka , hati kembali tenang.
Mak-mak …. mesti tak sabar, nak juga tanya itu ini. Eksiden dengan apa, di mana, kenapa, macam mana….
Eksiden kat MMR2 area Pandan Perdana . Along luka sikit kat tangan.
” Kawan Along? ” – tiap minggu dia balik membonceng seorang kawan.
“Dia pun ok, luka sikit”
Motor kat rumah kawan di Keramat Kampung Pandan, rosak sikit. Kawan² lain datang jemput dengan kereta.
Pemandu kereta tu yang bawa Along pergi klinik. Dalam keadaan macam ni saya langsung tak fikir siapa salah siapa betul. Along ada depan mata, dah bersyukur sangat².
Bila namanya kemalangan, itu adalah kejadian yang bukan kita pinta, kita rancang atau kita harap.
Along masih tidur , badan masih lemah. Terkejut.
tiap kali jumpa saudara mara , semua orang akan cakap
“macam Ann….”
‘mestilah…anak abah” jawapnya .
tak ada apa-apa. Syukur. 😉
Jom terjah post menarik dari sayacomel ..Comel Serius – Bila bayi mula mengganas
elok bawa mengurut tu..
pertama kasik kesegaran
kedua kurangkan bengkak2
ketiga dapat dibelai2 manja.. ahaks..
Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaa
nasib baik ok. 😉

moga dah hilang terkejutnya
Jom terjah post menarik dari syafiq ..Projek Redscale 2
takziah kak jie. semoga semuanya selamat
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..TGV Birthday Suprise dari Nuffnang
semoga anak kak jie cepat sembuh..
Jom terjah post menarik dari laily ..Selamat Menjalani Pembedahan
Biasanya kalau kita membawa kenderaan tidak sedap hati macam dapat merasakan sesuatu akan berlaku.
Harap tidak kecederaan atau pendarahan dalaman walaupun pada luar fizikal tidak apa-apa. Kalau boleh pergi buat pemeriksaan lanjut kalau perlu x-ray buat sahaja.
“Jalanraya – kita cuai, kita berjaga2 pun bukan jaminan keselamatan.”
Memang setuju sangat, sebab saya sendiri dah rasa apabila sebuah kereta keluar melulu dari dan melanggar motorsikal saya semasa saya sedang menunggang di jalan besar, syukur along dan kawan dia sekadar luka kecil sahaja, kalau jadi macam saya arituh…
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apabila para cikgu bersukan
Tu cerita masa dia mamai² lagi..entah apa2 dia cakap
Petang tadi dah tanya cerita jelas…
motor kt kg pandan – rumah kawan sekolej
yg dari keramat tu kawan sekampung kebetulan ada kt keramat, dia orglah yg datang ke Hospital Ampang jemput dia balik.
malang tidak berbau…
Jom terjah post menarik dari azura ..Bila novel Ombak Rindu di adaptasikan
kadang-kadang walau kita secermat mana sekalipun…tewas juga angkara orang lain yang tidak cermat…
tapi percayalah…ia semua dari tuhan
Jom terjah post menarik dari puteraduyong ..CAKAP ORANG
nasib sikit je , moga cepat pulih , walau pun kemalangan sikit je fobia tu tetap ada kan 🙂
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Spam Argghhh …
huhuhuhu.. rsaw kan klu dpat dgar anak kita jd mcm tu.. anak adalah harta paling berharga.. hhuhu
Jom terjah post menarik dari trigyy ..Chegu Zubir Promote Blog Saya
Teringat masa eksiden dulu. Mak la org yg paling sedih dan risau walaupun keadaan tak seteruk mana. Semalaman juga la di hospital.
Jom terjah post menarik dari Azwan ..Kini- semua orang boleh main Golf
Betul Kak Jie. Kemalangan ni kalau nak jadi, jadi jugak.
Dulu kami eksiden walau dah berhati macam mana pun.
Lakibini berkampung 2 minggu dekat hospital.
Hubby pulak skrg dah jadi wolverine. Tgn kaki ada besi. =_=
Jom terjah post menarik dari NailahAzman ..Tips Nak Kahwin – Perkara Apa Yang Harus Di Buat
hmmm… cemasnya saya dah rasa. rasa diri kita yang terawang-awang menghadapi peristiwa ini. teringat hingga sekarang.
Jom terjah post menarik dari abunyer ..Ubi kayu goreng & kopi O
alhamdulillah along ok ma. haihhh mintak simlang la eksiden teruk2 T__________T kirim salam kat along eh ma. get well soon,along!
Jom terjah post menarik dari yonna ..I don’t talk much and I don’t care if you do-Elisya dasarelisya
garangnya avatar dia ni -__- takut tgk 😕
Jom terjah post menarik dari yonna ..I don’t talk much and I don’t care if you do-Elisya dasarelisya
erk… baru tau kesah ni. alhamdulillah dia ok. letak motor kat keramat? itu kawasan jajahan tu. haha.. be careful.. kat sini suke rembat sparepart motor.
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Ini semalam punya cerita
syukurlaa along xapa2…adoi..risau betul bila dah jadi mak2 ni.risau kt anak,risau kt suami..
Jom terjah post menarik dari anis ..Dapat Tangkap dah!
Eh, siannye. Tingat kat saya dulu tahun 2002 eksiden seminggu tu boleh fobia nak drive. 😀 tapi lepas tu elok, saya pun tak apa2 cuma kepala benjol terhantuk dekat driver seat. 😆
Jom terjah post menarik dari Mizz Coki ..27 April 2011 – Happy Secretaries Week Buat Kawan-Kawan PA Semua
salam kak jie..syukur alhamdulillah along tak apa2, huhu…
Jom terjah post menarik dari mat gebu ..D T S – TOP MAKAN2 EXPERT
Alhamdulillah along selamat..
Adik saya pernah gak eksiden & luka teruk jugak..
Tapi dia langsung tak bagitau mak ayah..
Balik dari hospital terus masuk bilik & tak keluar²..
Sampai la mak sy ternampak luka² kat tangan dia tu esoknya..
Baru dia cerita yang dia eksiden..
Jom terjah post menarik dari Nadya ..Happy Birthday Noin
semoga semuanya selamat kakjie, terkejut je tu biasalah eksiden mesti terkejut…
Jom terjah post menarik dari mijie ..Hosting NetKL untuk dijual murah-murah
Takziah Kak Kujie.. Semoga Along cepat sembuh…
Jom terjah post menarik dari Rozeman ..Jom ke Galeri P Ramlee & Rumah P Ramlee
Mrr2..bahaya jalan tu…selalu bace blog ondscene banyak kat sane.. anyway syukur selamat…
Jom terjah post menarik dari pereman ..Teknik dan Tips Paling Mudah Untuk SEO Search Engine Optimization
Syukur atas keselamatan! Bab-bab eksiden ni memang sesuatu yang mengerikan dan mengilukan. Cerita ni mengingatkan kisah anak saudara saya di sekolah rendah pernah dilanggar. Melintas ke arah bas sekolah dan dilanggar oleh sebuah kereta yang laju sehingga melambung dan terkencing dalam seluar. Juga syukur sekarang dia di SMSS.
Betullah! maknya pun tak kisah nak saman menyaman sebab syukur melihat anaknya tak ada yang parah.
Fobia bila mendengar cerita kemalangan.. Nasib la Along tak cedera.. Seorang ibu tu mesti selalu memikirkan keselamatan anak2. Sabar ye Kak Jie..
Jom terjah post menarik dari Nur ..Anak-anak Saudaraku
abang eksiden dulu pun tak cedera, tapi dia tak ingat apa²
lama juga tak hilang ingatan…
itu yang Kak Jie risau 😐
baguslah sume selamat..next time kena lebih berhati2 ❗ ❗
Jom terjah post menarik dari Haru ..10 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
syukurlah x serius…
kenderaan rosak boleh dibaiki atau tukar ganti baru. tp klu anggota badan yg rosak atau hilang, susah nak cari ganti.silap2 x berganti langsung…
Jom terjah post menarik dari belalang ..Dibukakan Hati Memeluk Islam Ketika Ingin Bunuh Diri
semoga Alon cepat recover. mungkin terkejut tu blom hilang. saya pon pernah rasa camtu. yg penting dia tak cedera. Alhamdulillah. Kak Jie pon jangan gundah gulana dah ye 🙂
Jom terjah post menarik dari ekspresiruang ..Hitam Putih Penginapan Di The Club Hotel
anak anak tengah membesar – mak mak kena bersedia dengan semua keadaan. 😐
takziah kakji..semoga anak kakji cepat sembuh..
Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Digi Wwwow Awards – Blogger Of The Year
Jangan cerita lahhh, tak senang dudul kak jie ni…. tiap minggu dia ulang alik balik dari kolej, hati memang tak senang.
Jalanraya – kita cuai, kita berjaga2 pun bukan jaminan keselamatan.
alhamdulillah.. nasib tak de apa jadi.. jangan jadi macam saya dulu.. =(
Jom terjah post menarik dari menteil ..Koleksi Games Premium Peranti Android