Setiap seekor kucing adalah istimewa kerana mempunyai tabiat tersendiri. Tabiat atau kebiasaan itu akan kekal menjadi ‘signature’ peribadi masing-masing . Bila tengok Si Stokin pasti teringat satu gelagat dia yang tersendiri yang kerap dilakukan. Tengok si Tuxedo, pasti terbayang tabiat kesukaannya.
Kucing saya bernama Stokin dan Tuxedo, tetapi dalam banner blog cuma ada gambar Stokin saja. Tabiat paling ketara Stokin adalah berbaring di atas lantai rumah di depan pintu masuk. Memandangkan kucing-kucing saya tidak dibenarkan berada di dalam rumah, dia sedaya upaya nak masuk.
Kucing bukan saja mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, tetapi Si Curious Cat ini sebenarnya haiwan yang suka kepada kebersihan. Dia boleh menghabiskan banyak masa untuk menjilat bahagian badannya dan tapak kaki dengan mengeselkan tapak kaki pada bahagian badan yang lain.
Kucing suka mencakar, hati-hati dengan perabut dan hiasan rumah. Serpihan lantai yang pecah lebih mudah sekali menjadi parah kerana tabiatnya yang suka menguis dan mengusik sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Ini Miko, kucing emak mertua . Walaupun kucing haiwan peliharaan yang manja dan jinat, tabiat semulajadinya yang suka berburu masih kekal. Cicak, kumbang, anak burung adalah salah satu mangsanya. Dalam gambar ini Miko sedang menikmati seekor tupai yang berjaya ditangkap.
Cuba tengok………….. si comel ini memang mementingkan kebersihan. Dia menjilat jubin yang berdarah untuk membersihkan sisa-sia yang tertinggal. Kalau kita tak nampak apa aktiviti dia tadi, mesti tak tahu ada kesan di lantai ini. Berkilat dia mop…hehe
Ramai orang mempunyai pengalaman yang dekat dengan makhluk ini…. sehingga walaupun dia telah tiada, tabiat dan gelagatnya tetap kita rasa dan kenang. Miko juga telah tiada, tetapi seringkali juga perlakuan-perlakuan comelnya itu menjadi kenang-kenangan.
kucing saja pemalu tapi dia suka main bola golek-golek kat lantai rumah
Lasaknye miko..tupai pon dia bleh tgkp ek?hebat2. . .mmg diratahnya tupai smpi ke titisan drh terakhir.huhu
peh..makan tupai idop2..hahaha..kejam kucing nih
kucing saya semua makan, friskies je dia tak makan.kucing faham perasaan manusia.
Kalau dipikir – pikir kucing merupakah salah satu jenis hewan peliharaan yang mudah menjalin ikatan dengan pemiliknya, beda dengan ayam, burung, kelinci dan lainnya. Kenapa begitu saya sendiri tidak mengerti juga..
mak ai siap makan tupai lg. kucing2 yg berbelas ekor kt rumah mak saya lg kelakar. bukan stkt xpandai berburu, siap tkt lg kt tikus yg terkena perangkap. tikus gi hidu2 kt dia, tros kucing tu lari. buat malu kaum kucing je. huhu
Kucing saya pandai tangkap cicak dan tikus saja…tapi takat tangkap saja lah.. lepas tu, dia lambung buat main bagi kat anak-anak dia makan. Lepas tu, dia pi tidur kat atas tilam dengan senang lenang… huhuhu
nnt kalau xbuang, mesti busuk bau bangkai lak dlm rumah tu. huhu
Tak perlu buang sebab anak-anak dia dah perhabis hasil tangkapan dia tu.. hehe
euww,kucing makan tupai.hehe.jarang nmpk
Sara fobia dgn kucing sejak kecik. Kalau ada kucing dpn rumah, memang tak berani keluar la. 🙂
kalau ‘kucing rumah’ biasanya bila jumpa tikus diorang buat main je..kucing kampung yang ngap semua tu..
Assalam..
Lawak la video tu, kreatif…
Saya ada jugak kucing tapi hantar balik kg, namanya Abu.
Anak saudara panggil Singa..tak tahan dengan bulunya..
sama lah macam kucing saya dulu, tupai, katak, kadang² mengkarung dibuat naiknya ke rumah..rumah kampung dulu banyak lubang..letak kat luar pun pandai je dia masuk
Kucing yati dulu akan kejar tikus tu sampai dapat, selagi tak dapat selagi tu jugalah dia akan cari. Sekarang bila dia dah tak ada, rindu nak tengok gelagat dia.
akak ila dah pindah umah kan ila nak beli sekor kucing.kesian anak ila nampak kucing je mcm nampak gergasi.. tkut sangat kat kucing .. kalau ada kucing sendiri mesti diorang tak takut
Kak Jie bawak sekali ker kucing pi bercuti?
Kucing kat rumah KOPI suka main kejar2 kalau jumpa cicak kecil
dan makan..
har3.. pasal crack jer dah panic.. tomey..
Comel nama kucing mak mertua kak jie..miko…
Teringin nak bela kucing,tapi tak pandai jaga..
tup2, bela ikan emas je laa..hik3
Pandai si Miko ini memburu. Dulu kucing saya pantang tikus atau cencorot pantang lalu depan atau belakang rumah tentu selamat. Ia tidak makan tetapi sekadar membunuh dan bermain dengan mangsa buruannya.