Hujung minggu lepas, saya bersama beberapa blogger telah dijemput oleh wakil pengedar kenderaan di bawah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) iaitu Sutera Gemilang Auto Sdn ke majlis sempena pembukaan pusat 3S terbesar dan terbaharu mereka di Shah Alam. 3S adalah merujuk kepada Jualan (Sales ), Penyelenggaraan ( Service ) dan Alat Ganti ( Spare Parts ) untuk semua jenis kenderaan jenama Hyundai dan Inokom.
Pusat 3S Sutera Gemilang Auto terletak di Lot 7960, Jalan Batu 3 (off Jalan Subang), 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Bersempena dengan Euro 2012, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) yang menjadi Penaja Kenderaan Rasmi Euro 2012 telah mengadakan satu acara yang dipanggil Hyundai Euro Tour . Permainan bolasepak secara virtual ini memerlukan peserta menjaringkan seberapa banyak gol di dalam masa yang ditetapkan.
Seronok juga tengok orang menyepak angin untuk mendapatkan jumlah jaringan terbanyak kerana hadiah yang ditawarkan adalah iPhone.
HSDM juga memberi jersi edisi terhad kepada pengunjung yang bertuah secara percuma. Lebih daripada 100 pelawat telah menebus jersi ini di Sutera Gemilang Auto pada hari tersebut.
Dengan slogan ‘New Thinking, New Possibilities’ , Hyundai Motor Company turut memperkenalkan model terbaru mereka – Elantra sempena pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto.
Melihat tanda harga dengan kualiti dan keupayaan kereta ini agak jelas ianya sebuah kereta yang menarik di dalam kelasnya. Sebagai buktinya, Hyundai Elantra telah memenangi Car Of The Year 2012 di Detroit, USA awal tahun ini.
Harga atas jalan ( OTR) Hyundai Elantra 2012
- 1.6 MT Std : RM 86,888
- 1.6 AT Std : RM 91,888
- 1.6 AT HS : RM 96,888
- 1.8 AT Premium : RM 111,888
Saya tak lepaskan peluang untuk cuba mendekati model menarik ini…manalah tau kalau-kalau berjodoh! Warna putih yang memukau sudah cukup mengamit perasan ingin menyelongkar bahagian exterior & interior yang mengancam.
Dengan luas ruang 31,500 kaki persegi, pusat ini menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan untuk kenderaan pelanggan dalam satu-satu masa. Ruang pemandangan yang jelas membolehkan pelanggan melihat kereta mereka yang sedang diselenggara.
Sementara menunggu kereta diselenggara, pelanggan boleh berehat diruang yang disediakan dengan kemudahan wifi,televisyen , komputer, mesin air (panas dan sejuk ) , ruang kerja juga taman mini untuk pelanggan yang membawa anak-anak.
Uuntuk kemudahan pelanggan , Sutera Gemilang Auto menyediakan Perkhidmatan Pantas dan ’24-Hour Key Drop’ yang membolehkan pelanggan meninggalkan kenderaan mereka di pusat service tersebut. Untuk tujuan tersebut, perkhidmatan shuttle percuma setiap jam disediakan ke Citta Mall atau mana-mana sahaja dalam lingkungan 15 kilometer.
Bagi saya yang kerap menghantar kereta ke pusat service, menunggu di ruang sempit hanya dengan menonton televisyen yang diletakkan tinggi di dinding sungguh membosankan. Tetapi pengalaman di Pusat 3S Sutera Gemilang Auto sungguh menyegarkan. Segala kemudahan adalah seiring dengan keperluan pengguna zaman sekarang yang sibuk dan ingin serba pantas.
Sekarang, Sutera Gemilang Auto menawarkan promosi diskaun sehingga 10% bagi kos buruh dan alat ganti juga perkhidmatan mencuci kereta secara percuma.
Pusat 3S Sutera Gemilang Auto dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan.
Hari bekerja – 9 pagi – 8 malam
Hujung minggu dan cuti umum – 10 pagi – 6 petang
Hubungi Sutera Gemilang Auto untuk mendapakan segala maklumat semasa melalui
No. Telefon (Jualan) : 03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Telefon (Penyelenggaraan): 03- 7832 4333/ 7832 4555
Laman Web Rasmi – Hyundai Selangor
Facebook Page – Sutera Gemilang Auto
Salam, Cik Puan Kujie….
Saya pemilik kenderaan Hyundai Sonata 1990 1.8cc left handed.
Masaalahnya saya ingin membeli alat ganti kenderaan saya,
1) Regulator lifter windscreen and motor,left side front.
2) Screen Window left side front.
3) Lampu kecil sebelah kanan depan
Terima Kasih
Tim 012 781 6732
Masing-masing sibuk dengan 3S sekarang ni, tak kira Hyundai, Proton, Honda dan sebagainya. Apa yang penting, keselesaan kepada pelanggan dan servis 5 bintang.
Hyundai Sonata is my fav. Semata2 minat kt drama winter sonata haha. Oneday, pasti akn rembat satu
baru je pas baca denaihati punya post pasal ni.. menarik keretanya.. gambar kak jie pun cantik.. yg 1st tu.. hehe
wah.. mewah nampak. company luar negara kan?
Pusat 3S Hyundai ini luas, selesa dan bersih. Ciri-ciri ini memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan tempat yang bertauliah. Tentu amalan 5S diamalkan.
Pusat servis terbaik dari Hyundai.. lepan ni bolehlah update blog sambil servis kereta.. 😉
kereta tu serius nmpk cantik
masukkan dalam senarai pendek
Setuju. Sekali tgk dah ‘jatuh cinta’….hohoho
Elantra sebuah kereta yang hebat. Pasti saya miliki satu hari nanti.
aminnnn
whoa menarik service centre ni hehe 🙂
ada ruang untuk bekerja tu…. skrg ni ‘on the go’
Takmo komen pasal posting, tapi nak komen pasal theme baru. Nampak ceria. Leh ejaskan ke susunan post kat rumah saya yg macam sarat sangat tu 😉
tak pe..pelan²
semua org bukan terus pandai…
tudung hijau ni ke kak kujie…
=) sorry x tegur
mgkn event lagi kali
dapat hyundai elantra sebijik, memang buat entri hyundai je selang 2 hari… hahah
ha ha ha…sebulan pun tak pa
Di negeri saya sepertinya belum ada ni
tempat yang luas dan selesa, memang mengikut keperluan zaman skrg
WAH! semakin bagus kenderaan buatan Korea ini…. walaupun sebelum ini dikritik agak hebat,..
bukan shj rekabentuk dlman dan luaran yg cukup memikat hati, skrg pusat servis pun sudah mudah …
psst: harap2 harganya pun kompetatif juga.. hehehe
Lot parking pun luas
Salam,
Amboiii bergayanya makcik dengan Elantra 😀
dapat duduk pun jadilah, tapi kalau ada buat test drive hari tu pun best gak kan ekekeke 😀
smart woah template genesis ni..eh kereta hyundai..
mahal, golongan sederhana tak mampu nak beli ni, melainkan pandai budget
tapi memang cantik la, macam teringin nak guna muda2 macam ni 🙂
Hrm….2 kali ke derang rasmi pusat ni k. jie?…:D
tak…. ini acara-acara sempena perasmian….kami pergi makan-makan, main game
utk Hyundai Euro Tour
Comelnya theme ..
kakjie .. teringat kata2 kajie , gambar ambik banyak2 , tempek 2-3 aje .. hehe
hehehe..s.ebab jurugambar tak pro…balik rumah nak pilih mana satu yg cantik sebab yang tak cantik lagi banyak hiks!
saya balik baru teringat gambar yg betul2 berkenaan tak ada
*komen tak berkaitan*
Comel theme baru kak jie kali ni… 😀 Thumbs up kepada bro affan ruslan… 😉
kak jie ni pesen nak tukaq angin , terus terlintas terus on
tapi masih theme putih , hjau dan purple – minimalis utk femine
setuju…mmg sgt kemas dan sedap mata memandang… =)
saya dah lama berkenan dengan starex…. senang bawak jalan dengan atok ngan opah anak2 saya skali…hehe
kereta Korea ini perlu publisiti utk mengatasi kereta Jepun yang dah melekat kat kepala otak kita pasal kualiti
tq berkongsi info ni!
cantik sunggoh Elantra baru ni. igt nak tlg belikan utk wife tp dia xberapa berminat. hehe
bagi kat kak jie le kalau dia tak nak..hihi
putih gebu sungguh..hehe
cikgu……..yang gebu si putih yang mana?
makcik sebelah Elantra tu ke?
Assalamualaikum,
Fuhhhhh cantiknya mata Elantra baru tu….meleleh air liur!
Elantra putih tu nampak seksi sebab dok sebelah makcik tuuuuu…..tuuuuuu kan kan kan?
🙂
dah pernah sampai tempat ni..tapi tak masuk dalam showroom hyundai, saya masuk kedai sebelah jer hantar servis kereta..pernah buat entri review..memang nice tempat servis ni..
Luaskan tempat dia…………. lot parking untuk pelanggan pun banyak. Kemudahan seiring dengan perkembangan semasa dan keperluan pelanggan