Pada hari bersejarah 20 Mac 2014, saya antara beberapa blogger yang bertuah kerana dijemput menghadiri majlis gemilang Ninetology di Sepang Aircraft Engineering. Tahniah untuk Ninetology Malaysia diatas pelancaran Livery Ninetology pada pesawat AirAsia yang merupakan strategi dan inisiatif utama untuk terus berkembang di seluruh pasaran ASEAN.
Dengan jumlah pelaburan mencecah RM3 juta untuk tempoh 18 bulan untuk projek ini, Ninetology menjangkakan pendapatan syarikat teknologi peranti mudah alih ini akan meningkat kepada RM380 juta berbanding RM180 juta pada tahun 2013.
Inilah pesawat Air Asia yang akan membawa jenama Ninetology terbang melebarkan sayapnya ke seluruh negara Asean. Kempen yang dikenali sebagai “So WOW For All” merupakan projek yang sedang dijalankan dalam tempoh satu tahun untuk mengembangkan lagi jangkauan Ninetology terhadap pengguna di negara ASEAN
Barisan VIP yang hadir merasmikan majlis pada pagi tersebut.
Berdiri dari kini Anaz Ahmad Tajuddin, Ketua Kumpulan Kejuruteraan AirAsia, Marco Beh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Ninetology, Mantosh Malhotra, Pengarah Kanan Qualcomm bagi Pembangunan Perniagaan Malaysia, Filipina dan Singapura , Jay Srage, Presiden Qualcomm bagi Timur Tengah, Afrika & Asia Tenggara , Sean Ng, Ketua Kumpulan Eksekutif Ninetology, Goh Thih Liang, Pengarah Pegawai Pembangunan Perniagaan Qualcomm, Schrene Goh, Ketua Pemasaran Sokongan AirAsia dan Cik Shian, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ninetology.
Kerjasama antara Ninetology dan Qualcomm iaitu syarikat perisian terkemuka telah mengorak langkah untuk memasuki pasaran Asean. Sebelum itu pada Disember 2013, Ninetology juga bergadingan dengan penyanyai popular Indonesia , Agnes Monica bagi menembusi pasaran Indonesia dengan lebih berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng dalam ucapannya berkata syarikat itu telah meletakkan sasaran mengukuhkan pendapatan sebanyak RM380 juta pada akhir tahun 2014, dengan rancangan pengembangannya ke Filipina, Thailand dan Vietnam.
Ninetology Malaysia dijangka akan memperkenalkan telefon pintar yang menyokong rangkaian 4G LTE ( Long Term Evolution ) selewat-lewatnya Mei tahun ini. Peranti yang meletakkan tanda harga dibawah RM 1000 seunit ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon. Kerjasama antara Ninetology dan Qualcomm dijangka menjadi pemacu utama strategi dan inisiatif utama untuk terus berkembang di seluruh pasaran ASEAN
Setakat September 2013, Ninetology telah menjual lebih daripada 1 juta unit telefon pintar dan mereka terus yakin dapat mendahui pasaran dalam 3G, 4G dan teknologi tanpa wayar generasi akan datang. Ninetology Malaysia sendiri telah menguasai 12% pasaran peranti mudah alih di Malaysia sehingga Disember 2013.
Sempena majlis tersebut, Ninetology juga melancarkan model terkini Ninetology U9J1 yang dijual pada harga RM199 seunit.
U9J1 ini boleh didapati dalam 4 warna menarik yang setiap daripadanya mewakili personaliti yang berbeza – Heroic Red, Stylish Black, Sexy Pink dan Youthful Green
Bagi menampung keperluan harian, U9J1 digerakkan oleh kuasa 1.0GHz Dual-core CPU dengan Qualcomm Snapdragon 200 processor. Paparan skrin 3.5 “inci HVGA (480×320) resolusi menghasilkan palet warna 262K dengan sudut luas 170 darjah mendatar dan menegak.
Untuk sebarang maklumat yang lebih terperinci, sila hubungi Ninetology melalui Facebook Ninetology atau laman web Ninetology U9
terimakasih atas postingannya
pelik-pelik baju diorang ehh..
wah ninetology semakin mengukuhkan jenamanya
kan…. setahun dulu, mmg ramai yang tak kenal
ramai ingat ninetology salah satu siri dalam satu jenama telefon…
makin meluas jenama ninetology ni. Strategi pemasaran yang mantap. Cayalah
yup… jenama tempatan yang cepat berkembang hasil dari stategi pemasaran yang betul
airasia makin meluaskan sayapnya..
maaf… ini adalah kempen ninetology yang meluaskan pasarannya menggunakan pesawat air asia
wah pesawatnya nampak hebat. Promosi yang efektif ni..pilihan yang tepat. Tahniah to both of them!!!
betul… perkongsian pemasaran yang sangat baik
cantik kapal terbang dicat dengan warna mcm nih
warna koperat air asia dan ninetoogy sangat sepadan………..
Agak murah juga hp ni.. tapi marketing cukup power!
smartphone rm 199 berbaloi untuk pengguna pertama kali nak beralih arah menggunakan smartphone secara minimum.
Salam,
Saya pengguna nanotology ni dah 2 tahun lebih, harga rendah dgn teknologi terkini. Sapa biasa guna samsung lebih mudah nilainya
Wsalam Anyss, Pasaran utk telefon biasa masih luas dan dengan harga yang ditawarkan Ninetology, dia boleh kuasai pengguna yang pertama kali ingin beralih arah
Hebatlah pemasaran Ninethology bekerjasama dengan Air Asia.
Betul tu, Ninetology sangat cepat berkembang kerana pemasaran yang betul
Cantik pesawat nya….
owh ya, kalau ninetology ni keluarkan model yang berskrin besar gempak juga….
skrin paling besar siri Z1 – 5.7 inci
akan datang mungklah akan ada tablet pula
ninetology makin terbang tinggi…
terbaiklah spek model baru ni..harga pun berbaloi sangat2
cara mempromosikan jenama ke luar negara paling stategi
air asia makin berkembang luas….syabas
Blog kak jie pun berkembang luas jugak hehhee
rasa mcm kurang je…. dok level tu dari dulu
ramai blogger lain dah ke depan dgn lajunya
kak jie dok kat tahap ni je
masih segar dalam ingatan projek review gajet ninetology 😉
kenapa tak pergi projek ni?
hari kerja ye..
Ninetology nampaknya akan bersaing dengan low end Nokia.
Satu pelan kerjasama promosi yang bagus ..tahniah!
Ninetology dah jadi satu jenama yang paling cepat dikenali, sekarang dah kembangkan jenama ke seluruh Asean…Tahniah!
betul betul…ninetology juga agak rapat berkerjasama dengan blogger berbanding jenama lain, itu juga salah satu langkah yang bijak
Semakin menembusi pasaran nampaknya Ninetology ni
Ramai yang dah mula kenal jenama ni…
1st time dengar jenama nie..google jap 🙂
betul ke?
nasib baik baca blog kujie2.com kan…hehehe
semakin berkembang maju nampaknya Ninetology…
Jenama tempatan yang cepat berkembang
Cantik pesawat ni… Ada kelainan berbanding pesawat Air Asia sebelum ni…
kelainan dia, cat badan pesawat dengan jenama NInetology