Seperti yang diumumkan pemenang peraduan pemasangan jubin secara percuma oleh MML , para pemenang sedang dalam proses perbincangan untuk memilih dan membuat pilihan pemasangan jubin tersebut.
Sementara mereka meneruskan perbincangan, pihak MML sudi untuk berkongsi beberapa tips penting untuk membantu kita memilih dan memasang jubin. Dengan panduan ini, sekurang-kurangnya kita mempunyai gambaran dan bayangna sebelum membuat keputusan.
Lihat contoh jubin dan rekabentuk yang siap di pasang di ruang tamu dan garaj di sini > – Terpesona Dengan Jubin MML Yang Cantik Dan Berkualiti
Gambar pemenang bahagian bilik mandi
Beberapa corak jubin tidak sama walaupun datang dalam kotak yang sama. Adakah ini normal?
Jubin seramik direka untuk menyamai batu-batu semulajadi. Setiap jubin dibentuk dan direka corak dan warna tersendiri yang unik.
Apakah cara terbaik untuk melihat jubin sebelum membeli?
Berdiri sekurang-kurangnya satu meter (1) jaraknya untuk mendapatkan gambaran yang lebih realistik mengenai jubin tersebut.
Gambar pemenang kategori garaj
Bagaimana mengetahui jubin yang sepatutnya untuk digunakan?
Tidak semua jubin dibuat sama. MML menawarkan pelbagai saiz, warna, kemasan permukaan dan kekuatan bahan seramik. Sentiasa ada produk yang sesuai dengan keperluan atau kehendak pelanggan.
• Untuk bahagian luar atau kawasan-kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan mana-mana produk permukaan bertekstur seperti koleksi Rustik.
• Jika menghalang kegelinciran merupakan keutamaan, ciri-ciri permukaan jubin yang akan memerangkap kotoran akan menjadi sukar untuk dibersihkan. Oleh itu menggosok dan pembersihan secara intensif yang betul diperlukan untuk mengekalkan keaslian permukaan.
• MML tidak mencadangkan jubin dinding untuk dipasang di atas lantai.
• Untuk mengurangkan perubahan corak yang terlalu ketara, adalah dicadangkan jubin dipasang pada kedudukan yang sama berpandukan dengan logo belakang.
Apa yang perlu dilakukan sebelum memasang jubin?
Sebelum memasang, buka dan susun atur beberapa keping jubin dengan mengabungkan berbagai warna untuk mendapatkan padanan yang harmoni dan menarik. Sebelum itu, sila pastikan
• Renggang jarak antara setiap kepingan jubin lebih kurang 2-4 mm.
• Lakukan ujian tampalan yang kecil sebelum menurap sepenuhnya.
• Untuk jubin jenis timbul atau berstruktur atau kasar, gunakan bahan kedap (sealant) dan elakkan daripada menggunakan turap yang berbeza untuk mengelakkan kotoran atau sisa degil terperangkap .
Kenapa perlu untuk memeriksa produk dan label pembungkusan sebelum menerima?
Pembeli perlu memeriksa barang-barang dengan teliti untuk saiz dan kecacatan sebelum penerimaan penghantaran. Produk MML dijamin mematuhi standard ‘MS ISO’ dan ‘EN’. Jaminan MML adalah terhad kepada produk gred A dengan toleransi industri yang kira-kira lima peratus (5%)
Gambar peserta yang memenangi kategori ruang tamu
Adakah lorekan ( shading ) dianggap sebagai kecacatan?
Sebarang perbezaan warna / lorekan warna tidak boleh dianggap sebagai kecacatan bahan. Jaminan adalah terhad kepada penggantian jubin sebelum ianya dipasang. Tuntutan tidak akan dilayan selepas jubin dipasang. Dalam mana-mana kes, jaminan hanya termasuk penggantian bahan-bahan yang didapati rosak sahaja. Jadi pastikan memeriksa dengan sebaiknya sebelum membeli.
Semoga panduan ini dapat membantu kita memilih jubin yang betul-betul memuaskan hati dan menarik apabila siap dipasang.
Disaster apabila jubin yang dipasang tiba-tiba tidak cukup. Lebih malang stok tidak ada dan tidak dikeluarkan.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Salam Aidilfitri
jubin skg mmg byk pilihan. rata2 moden konsepnya. rambang mata nk pilih. kena tny pakar gk last2. huhu
Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Teater Rumah RM6.25 Juta Bertemakan Filem Dark Knight Rekaan Elite HTS
betul..kalau salah pilih jubin jadi buruk rumah tapi kalau pandai pilih, rumah buruk pun jadi cantik..
Ubin di kamar mandi rumah saya sudah mulai retak dna harus diganti
terima kasih atas panduannya
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta Depok
Dah ada pemenang rupanya .. bagus ada tips mcm ni , tak pa nanti kita nak buat terus search disini
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Sony Cyber-Shot to Sony A290
info sangat berguna…tunggu rumah siap dulu br pasang tiles.. 🙂
bestnye menang free tiles kan.. bertuah nak raya2 menang free tiles
Jom terjah post menarik dari ilasaleh/baby/mama amana&arief ..SELAMAT HARI RAYA JALEN!
memang sedap kalau rumah pasang jubin..sejuk je..tapi kalau warga emas memang sedikit anti dengan jubin ni, katanya buat sakit urat..hehehe
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Jangan jadi mangsa